Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi halaman facebooknya
Warna yang berbeza antara buah naga merah dan buah naga putih disebabkan oleh pigmen yang terdapat dalam daging buah tersebut:
Buah Naga Merah mengandungi pigmen yang dipanggil betalain. Betalain adalah pigmen yang memberikan warna merah atau ungu pada buah naga merah. Pigmen ini juga terdapat dalam bit dan beberapa jenis bunga. Buah ini memberi rasa sedikit manis dan masam.
Ads
Buah Naga Putih mengandungi pigmen yang lebih sedikit atau tiada betalain, menyebabkan isi buahnya berwarna putih. Warna putih ini adalah hasil daripada kandungan pigmen yang rendah. Rasa buah ini lebih tawar.
Pigmen ini bukan sahaja memberikan warna yang menarik tetapi juga mempunyai sifat antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan.
Ads
Kedua-dua jenis buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang hampir sama, iaitu mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, serat, dan antioksidan.
Namun, buah naga merah cenderung mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding buah naga putih.
Ads
Kedua-dua buah naga merah dan putih membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah kerosakan sel tubuh, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kekebalan tubuh, dan menjaga berat badan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pemberian cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi sesi akademik tahun 2026, melibatkan sekolah di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Pengumuman ini dibuat bagi memudahkan perancangan perjalanan serta persiapan perayaan dalam kalangan guru, ibu bapa dan pelajar, selain memberi ruang kepada warga sekolah pulang ke kampung lebih awal.
Bagi Kumpulan A, yang melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti tambahan diberikan selama satu hari iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis).
Sementara itu, Kumpulan B melibatkan negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menerima dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pula dijangka berlangsung pada 21 Mac 2026 (Sabtu) dan 22 Mac 2026 (Ahad), yang turut diperuntukkan sebagai cuti perayaan dalam takwim tahunan persekolahan.
Pelaksanaan cuti tambahan ini diharap dapat membantu melancarkan perjalanan pulang kampung serta memberi peluang kepada warga pendidikan menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa bersama keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 1 sesi 2027 menyaksikan pendekatan baharu apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menilai kesiapsiagaan kanak-kanak melalui ujian diagnostik khas bagi mereka yang ingin memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun. Langkah ini diperkenalkan bagi memastikan kanak-kanak benar-benar bersedia sebelum memulakan alam persekolahan formal.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hanya kanak-kanak yang memenuhi kriteria ditetapkan serta lulus ujian diagnostik KPM akan dipertimbangkan untuk kemasukan awal ke Tahun Satu bermula sesi persekolahan 2027.
Menjelaskan dasar tersebut, Fadhlina menegaskan bahawa pelaksanaan ujian diagnostik KPM ini bukan bersifat wajib dan tidak melibatkan semua kanak-kanak berusia enam tahun. Sebaliknya, ia ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa berdasarkan tahap perkembangan dan kesiapsiagaan anak masing-masing.
“Bukan semua kanak-kanak layak masuk awal. Kanak-kanak yang layak perlu melalui proses saringan terlebih dahulu sebelum dipilih,” katanya.
Pendekatan ini dilihat memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bimbang anak mereka terpaksa menghadapi tekanan akademik terlalu awal hanya kerana faktor umur semata-mata.
Ujian diagnostik KPM bagi Tahun 1 sesi 2027 ini bukanlah peperiksaan akademik seperti yang sering dibimbangi ibu bapa. Sebaliknya, ia bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi aspek perkembangan asas.
Antara elemen yang akan dinilai termasuk perkembangan kognitif awal, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, tahap kematangan emosi dan sosial serta keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran formal.
Melalui ujian diagnostik KPM ini, pihak sekolah dapat mengenal pasti sama ada seseorang kanak-kanak benar-benar bersedia untuk mengikuti pembelajaran Tahun Satu atau memerlukan tempoh persediaan tambahan di peringkat prasekolah.
Dalam masa sama, Fadhlina memaklumkan bahawa ibu bapa yang berminat perlu mendaftarkan anak masing-masing untuk menduduki ujian diagnostik KPM tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran, bentuk saringan serta tarikh pelaksanaan akan diumumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
Langkah ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk membuat keputusan secara sedar dan berinformasi tanpa sebarang paksaan terhadap anak.
Pendekatan baharu ini selari dengan usaha KPM untuk memberi penekanan kepada kesejahteraan dan kesiapsiagaan kanak-kanak, bukan semata-mata mengejar pencapaian akademik awal.
Pakar pendidikan awal kanak-kanak berpandangan bahawa setiap kanak-kanak berkembang mengikut rentak yang berbeza. Ada yang bersedia dari segi kognitif lebih awal, manakala ada yang memerlukan masa tambahan untuk matang dari aspek emosi dan sosial.
Dengan adanya ujian diagnostik KPM ini, kanak-kanak yang belum bersedia tidak akan dipaksa, sebaliknya diberi laluan pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Dalam menghadapi pelaksanaan dasar ini, ibu bapa disaran memainkan peranan aktif dengan menyokong perkembangan anak secara seimbang melalui aktiviti harian seperti membaca bersama, bermain sambil belajar dan membina kemahiran sosial di rumah.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu anak bersedia menghadapi ujian diagnostik KPM, malah membina keyakinan diri dan minat terhadap pembelajaran sejak awal.
Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program PAKAT Prasekolah yang berlangsung di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan ujian diagnostik KPM bagi kemasukan Tahun 1 sesi 2027 dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dasar ini diharap dapat melahirkan murid Tahun Satu yang lebih bersedia, yakin dan gembira untuk belajar, selari dengan matlamat pendidikan yang holistik dan berfokuskan keperluan sebenar kanak-kanak.
Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim. Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi-misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara.
Memandangkan situasi covid-19 di Sabah yang semakin teruk dengan kes-kes terbaru yang banyak serta kes kematian baru yang mencatat angka yang membimbangkan, Ardell Aryana menyertai misi bantuan ke negeri Di Bawah Bayu itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Pergi Sabah Hantar Bantuan
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh suaminya, Nadzmi Adhwa di Instagram miliknya. Memuat naik video pendek merakam momen sayu Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, Nadzmi memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya sepanjang perjalanan dan juga kesejahteraan isteri tercinta sepanjang keberadaan di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu.
Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu. Saya sayang awak. Abi tahan airmata tadi,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mengirimkan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Semoga segala usaha baik Ardell ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Didoakan juga semoga Ardell dan kumpulan misi bantuan ini sentiasa berada dalam Lindungan Yang Maha Esa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!