Penantian rakyat Malaysia untuk tahu siapa Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Setelah pengumuman secara rasmi oleh pihak Istana Negara, turut meluahkan rasa syukur adalah ahli keluarga Anwar Ibrahim iaitu isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak beliau.
Mereka menganggap semua ini adalah ketentuan ilahi setelah melalui pelbagai ujian dan halangan sejak 1998.
Terkini dalam hantaran di instagram Nurul Izzah, beliau mengharapkan papanya dapat menggalas tanggungjawab dengan baik selaras dengan prinsip perjuangan selama ini.
Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
Ads
I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Ads
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.
Trend membimbangkan yang semakin menular dalam kalangan anak-anak muda Muslim hari ini mengundang rasa gusar ramai, termasuk Ustazah Asma’ Harun – pendakwah bebas, penulis buku dan aktivis dakwah yang lantang bersuara dalam isu-isu moral dan keruntuhan akhlak masyarakat.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, beliau meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap trend “S-Line” yang kini tular, melibatkan tindakan membuka aib sendiri secara terbuka dan tanpa rasa bersalah – seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.
Trend ini bukan sahaja meruntuhkan maruah, malah menormalisasikan maksiat dalam kalangan anak muda. Ia satu lagi bukti dahsyatnya fitnah akhir zaman, di mana dosa bukan lagi disembunyikan, tetapi ditayang dan diraikan.
Ikuti perkongsian penuh Ustazah Asma’ Harun ini
Menggigil baca.. Anak-anak muslim kita dengan segaja menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri di hadapan ribuan mata. Bahkan, lebih sedih, ramai yang menyebar dan meniru tanpa rasa bersalah, seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.
Dahsyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan ikut trend..
Sedangkan perbuatan membuka aib, berbangga dengan dosa dan menormalisasikan maksiat adalah HARAM serta DILARANG KERAS dalam Islam, bahkan mengundang murka dan bala Allah. Na‘uzubillahi min dzalik.
Trend S-Line ini nampak seperti gurauan ringan, tapi hakikatnya membawa kerosakan yang besar kepada akhlak dan maruah.
Ia diinspirasikan daripada drama Korea, di mana satu garis merah umpama tali muncul di atas kepala kononnya menunjukkan siapa yang pernah berhubungan intim. Lagi banyak line merah, maka lagi banyaklah pernah berhubungan, ia ditiru secara terbuka, dengan bangga menyunting gambar sendiri atau orang lain dengan filter seolah-olah mendedahkan kisah silam hubungan peribadi.
Allahuakbar… inilah yang sedang berlaku. Maksiat dihias, dosa dikaburkan dari hati, lalu disebarkan tanpa rasa bersalah. Apa yang patut disesali dalam doa dan taubat, kini dijadikan bahan hiburan di skrin.
Tuan Puan, duhai Ibu Ayah, guru-guru pantaulah anak-anak kita, jangan terlalu longgar memberi akses kepada dunia digital tanpa bimbingan. Nasihat dan doa kita adalah benteng utama agar mereka tidak terjebak dalam arus yang merosakkan.
Para guru, jangan jemu menegur. Teguran yang kecil hari ini mungkin menyelamatkan satu jiwa esok hari.
Duhai anak-anak muda Muslim, jangan gadaikan maruah diri hanya kerana ingin dilihat trendy. Apa yang kamu anggap biasa hari ini, boleh menjadi penyesalan yang panjang di akhirat nanti.
Trend S-Line ini perlu dihentikan. Ia bukan lucu. Ia bukan hiburan. Ia adalah penzahiran dosa zina yang dimuliakan oleh syaitan dan ditertawakan oleh dunia. Jangan biarkan diri kita menjadi alat kepada rancangan syaitan.
Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah. Jangan biarkan garis merah yang ditrendykan menjadi sebab maruah tergadai dan aib terbuka di hadapan Allah pada hari tiada tempat berlindung selain rahmat-Nya. Na‘uzubillahi min dzalik.
Allah telah menutup aib kita dengan kasih-Nya. Maka jangan sesekali kita sendiri yang membukanya. Wallahu a‘lam.
Tidakkah kita sedar… Allah yang Maha Penyayang telah menutup aib kita selama ini, tetapi kita sendiri yang membukanya kembali hanya kerana satu trend yang sia-sia?
Rasulullah SAW telah beri peringatan KERAS dalam sabdanya.
Maksudnya: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan AL-MUJAHIRIN. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.” (Muttafaqun a’laih)
Mujahirin: mereka yang mendedahkan dosa dan aib sendiri
Tuan Puan, inilah permainan halus syaitan memperelokkan maksiat, menjadikan yang keji tampak biasa, bahkan bergaya.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada mereka di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di kalangan mereka.” (Surah al-Hijr: 39–40)
Selepas 10 hari melahirkan putera sulungnya, Wan Khair Amir, ibu cantik manis ini turut memuat naik gambar thowback selepas bersalin yang ketika itu masih di hospital.
Namun apa yang menarik perhatian ramai pastinya kecantikan Mira Filzah biarpun selepas melalui proses bersalin dan rutin baru berpantang yang memenatkan.
Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik dua keping gambar bersama suami dan anak, buat pertama kalinya selepas kelahiran Wan Khair Amir.
“A lil throwback while baby is sleeping.
“Our first official gambar bertiga masa discharge dari hospital minggu lepas,” tulisnya berkongsi.
Meninjau di ruangan komen, ribuan pujian diberikan buat Mira kerana kelihatan cukup berseri selepas bersalin. Malah wajah Mira yang segar jelas menunjukkan tubuhnya yang semakin sihat dan pulih dari proses melahirkan anak.
Teruja Nak Balik Rumah
Pun begitu, Mira turut membalas pujian yang diberikan kepadanya di ruangan komen. Akui Mira, dia begitu teruja untuk bawa baby pulang ke rumah. Disebabkan itulah dia benar-benar bersemangat untuk bersiap cantik.
“Ya Allah jangan cakap macam tu! Mira cuma rasa happy nak discharge, tak sabar nak balik, nak bawa baby balik rumah.
“Bangun awal pun sebab excited nak discharge!
“Sempatlah makeup sikit, belit tudung sikit. Tapi keluar daripada ward sampai je kereta tetap pakai wheelchair. Sama je macam orang lain.
“Tak jalan pun, tak larat. Gambar-gambar ni biasalah boleh berdiri sekejap-sekejap kan,” kongsi Mira.
Seronok mendengar perkongsian dan penjelasan ibu cantik manis ini. Memang terujanya lain macam bila sudah dibenarkan pulang dari hospital.
Ibu mana yang tidak teruja menanti kelahiran cahaya matanya. Bagi MUA Bellaz, dia begitu teruja untuk menantikan kelahiran seorang lagi ‘bunga’ dalam keluarganya.
MUA Bellaz yang kini sudah pun menghampiri 30 minggu usia kandungannya mengharapkan semuanya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Menerusi Instagramnya, Bellaz menyatakan rasa syukurnya dan tidak sabar untuk menanti seorang lagi cahaya mata perempuan penyeri kehidupan bahagianya bersama suami.
“Tunggu bunga sekuntum lagi keluar maka lengkaplah 2 kuntum 2 kumbang insyallah.
“Apa-apa pun alhamdulilah rezeki dari Nya,” tulisnya memanjatkan rasa syukur atas rezeki dari Allah.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut sama mendoakan ibu-ibu lain yang menanti zuriat agar dipermudahkan segala urusan mereka.
“Ya Allah kurniakan zuriat buat ibu-ibu semua yang menanti secepat mungkin dan permudahkan urusan para ibu yang semakin hampir dengan due date Amin,” kongsinya lagi sambil mengharapkan ibu yang menunggu kelahiran sepertinya turut dipermudahkan kelak.
Meninjau di ruangan komen, peminat MUA cantik jelita ini turut sama menitipkan doa buatnya agar kelahiran keempat ini dipermudahkan. Masing-masing tak sabar hendak menatap wajah ‘bunga’ yang dinantikan Bellaz dan suami. Semoga dipermudahkan.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...