Mungkin ramai yang bertanggapan asid folik membantu kesuburan dan menyebabkan wanita jadi mudah hamil. Ternyata ia salah. Ikuti penerangan pegawai fasrmasi ini.
Menurut Pegawai Farmasi, Siti Hawa Mohd Nor menerusi posting Instagramnya, asid salah tanggapan kepada asid folik yang dikatakan menambahkan kesuburan dan menyebabkan wanita hamil.
Asid folik ialah berperanan untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Ia dipanggil Neural Tube Defects seperti kecacatan pada tulang belakang serta pembentukan tengkorak yang tidak sempurna.
BILA PERLU DIAMBIL?
Pasangan yang merancang untuk hamil, 3 bulan sebelumnya sudah boleh mengambil asid folik. Menurut Siti Hawa, sebelum hamil dan pada trimester pertama ibu wajib mengambil asid folik untuk mengelakkan kecacatan pada janin.
DOS ASID FOLIK
Dos normal asid folik ialah 0.4mg hingga 5mg.
Dos 5mg diberikan kepada pesakit kencing manis dan wanita yang pernah melahirkan bayi yang cacat.
PERLUKAH ASID FOLIK? TAK CUKUP KE DARI SUMBER MAKANAN?
Asid folik memang tidak cukup bagi ibu mengandung. Ini kerana asid folik senang hancur dan musnah ketika proses makanan tersebut dimasak.
Jadi, bagi wanita hamil suplemen asid folik adalah wajib diambil bagi mengelakkan kecatatan pada janin.
Baru-baru ini selepas Tomok berkongsi berita gembira yang dia dan isteri, Ayu Abas bakal menimang seorang lagi cahaya mata ketiga tahun 2020 ramai peminatnya yang teruja dan gembira.
Akhirnya penantian yang ditunggu oleh mereka sekeluarga dimakbulkan Allah. Memandangkan Tomok dah mempunya dua anak lelaki, kali ini ramai yang mengharapkan bayi perempuan sebagai teman untuk Ayu Abas.
Bagaimanapun Tomok memberitahu bahawa dia tidak kisah akan status jantina anak ketiganya yang bakal lahir kelak pada tahun depan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 35, itu berkata, jika diberikan keizinan-Nya, sudah pasti kedatangan bayi perempuan lebih menyerikan kehidupan mereka sekeluarga.
“Kalau ikutkan isteri memang dia teringin nak anak perempuan. Kalau tanya saya, saya tak kisah pun lelaki atau perempuan. Cumanya, kalau dapat anak perempuan, orang kata bertambahlah penyeri.
“Kami pun masih tak tahu lagi status jantina bayi. Insya-Allah hujung bulan akan lakukan pemeriksaan bersama doktor,” katanya kepada Gempak.
Menurut Tomok lagi, dia dan isteri belum lagi membuat sebarang persiapan bagi menyambut kelahiran bayi.
“Kami belum buat persiapan untuk beli barang bayi lagi. Masih awal.
“Cuma, memang teruja nak ada bayi lagi. Maklumlah jarak dengan anak kedua empat tahun. Lama dah tak ada bayi,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 7 dan Andrashah Iman, 4.
Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya. Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan. Mendidik anak sedari dalam rahim bukan sahaja untuk pembentukan fizikal otak anak tetapi jiwa spiritual mereka juga.
Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi beberapa tip yang boleh si ibu amalkan ketika mengandung sebagai inisiatif memastikan anak sihat dan bijak sejak dalam rahim.
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga. Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Perkongsian ini sekadar inisiatif si ibu untuk menjaga kandungan supaya tumbesaran janin berlaku dengan baik. Diharapkan dengan mengamalkan perkara-perkara ini akan membuatkan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat sahaja.
Yusuf teruja melihat adiknya dalam kandungan ibu. Hairul pula berseloroh si kecil dalam kandungan Hanis sedang bersenam. Sweetnya!
“Wow, that’s baby. ” Yusuf Iskandar kelihatan excited melihat imej imbasan adik. Reaksi comel Yusuf menarik perhatian netizen.
Hanis dan Hairul kini sedang melalui kehamilan anak kedua mereka. Berita tersebut dikongsikan Hairul ketika trip keluarga Hanis ke Jepun baru-baru ini.
Video rakaman skrin ketika ujian imbasan itu dimuatnaik Hairul.
hairulazreen Awwwwww anak daddy
dalam perut ??? tengah work out ke tu,
sorry mommy @haniszalikha i tak dapat teman hari ini buat pertama kali,
btw @theyusufiskandar excited sangat dia tu.
,
Thank you @syazwanipauzi teman kan Hanis
Telatah Yusuf yang turut sama ada ketika ujian imbasan dilakukan mencuri perhatian netizen. Yusuf kelihatan teruja, netizen kata Yusuf tak sabar nak jadi big brother.
Manakala di akaun Instagram Yusuf pula, imej imbasan adiknya dimuatnaik dengan kapsyen pendek.
Ada juga netizen meneka tentang jantina bayi. Ada yang mengatakan lelaki dan ada yang mengatakan perempuan. Nampaknya mereka juga excited menantikan kelahiran si kecil ini.
Apa yang dilakukan oleh Hairul & Hanis yang membawa bersama Yusuf ketika membuat ujian antenatal boleh mengurangkan masalah penerimaan adik baru yang mungkin boleh terjadi.
Jangan lupa tonton rancangan TV Pa&Ma yang mengutarakan tajuk Derita Jantung Si Kecil pada 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!