Semakin anak membesar, ada saja telatah mereka yang mencuit hati. Setiap perlakuan mereka sebenarnya mencerminkan diri kita. Anak melihat kita sebagai contoh, jadi biasanya mereka akan terikut-ikut gaya ibu atau ayahnya.
Kadang-kadang anak ni suka sangat meniru atau mengajuk apa yang ibu ayah buat. Selalu sangat tengok kita sampai terikut-ikut! Begitu jugalah dengan si cilik Muhammad Hayder Qhalish yang merupakan anak sulung kepada selebriti Eyra Hazali.
Memang Hayder ni ramai peminat, rata-rata suka melihat gelagatnya yang comel. Melalui akaun Instagram hayderxendra01, sebuah video yang menunjukkan Hayder sedang meniru gaya Eyra yang sedang berjalan di hadapannya mengundang tawa ramai.
Ads
Dengan gaya bersahaja sambil meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan, memang sama betul dengan Mommy dia!
Antara komen yang ditinggalkan di posting tersebut;
Ads
Antara perkara yang biasanya anak akan tiru dari ibu ayah adalah seperti cara seorang ayah melayan ibunya. Selain itu, sekiranya ibu ayah berbelanja boros itu juga akan memberi efek kepada perlakuan anak apabila mereka sudah besar.
Bukan itu sahaja, layanan ibu ayah terhadap orang lain juga menjadi contoh kepada anak-anak. Cara ibu ayah menghormati dan serta rasa belas ihsan yang ditunjukkan juga akan menjadi ikutan anak-anak.
Sifat disiplin dan kejujuran yang diterapkan pada anak perlulah disertakan dengan contoh dari ibu ayah. Ini juga antara dua aspek yang diperhatikan oleh anak dan akan dijadikan contoh oleh mereka. Maka dengan itu, tunjuklah contoh yang baik kepada anak-anak supaya pembentukan peribadi mereka sentiasa positif.
Gelagat Rina, anak Maryam Durian Kimchi cuit hati warga maya, “Rina nak kurus la.” Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya. Paling seronok bila dapat tengok Rina menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya dengan penuh berselera.
Pendek kata ramai warga maya yang ternanti-nantikan ‘video makan’ Rina. Baru-baru ini gelagat Rina dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh ibunya, Maryam menerusi akaun TikTok @uyounik menarik perhatian warga maya.
Dalam video tersebut, Rina menyuarakan dia ingin kurus. Comel sahaja bila Rina berkata-kata sambil ibunya, Maryam kerenah si kecil mengomel.
“Siapa cakap Rina gemuk” – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar. Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak. Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum. Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya. Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak. Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda. Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain. Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu memang perlukan kekuatan dan pengorbanan. Macam-macam benda nak kena buat dalam satu hari dari pagi sampailah tidur. Jadi amat penting untuk seorang ibu luangkan sedikit masa untuk diri sendiri melakukan perkara atau aktiviti yang menyenangkan diri sendiri.
Hal ini dipersetujui oleh selebriti dan pelakon, Betty Rahmad yang dikongsikan dalam entri terbarunya di Instagram.
Menurut Betty, sebagai seorang ibu, tidak kira betapa sayangnya kita pada anak-anak, ibu tetap memerlukan masa untuk diri sendiri. Dan itu semua tidak bermakna seorang ibu tidak menyayangi anak-anak mereka. sebaliknya meluangkan masa untuk diri sendiri akan memberikan motivasi buat mereka untuk terus menyayangi dan memberikan yang terbaik untuk keluarga.
Betty berkongsi pengalaman menjaga anaknya sendiri tanpa pembantu selama sebulan. 24 jam masanya bersama si kecil Ardywira, bekerja dari rumah, memasak dan melakukan hal lain.
Menurutnya penting untuk seorang ibu ada masa untuk diri sendiri walaupun hanya untuk masa yang sekejap.
“Topic : Mummy “me time”
“Truth is, no matter how much u love your kids, mummy need a little “me time”. Time untuk diri sendiri bersiap tanpa perlu rushing, nak cantik-cantik, massage, shopping or anything yang boleh buat diri sendiri happy. Bukan tak sayang anak, we are human.
“Even 1-2 hour pun dah cukup. Cos only happy mummy can raise happier kids. I just wanna share my experienced after a month without helper, 24/7 with my 1year toddler, wfh, cooking etc i truly feel u,” tulisnya.
Menurut Betty lagi, bila anak dibawa ke tempat kerja, kadang kalanya sukar untuk memberikan tumpuan.
Betty juga memuji ibu-ibu yang bertungkus lumus menjaga anak serta keluarga mereka tanpa bantuan daripada ahli keluarga yang lain seperti ibu atau ibu mentua.
“My mum dah tua, mil pun dekat kampung. No one can look after him except me & my working husband. Mandi kambing everyday sebab takut anak bangun and the only time boleh settle my work @bettys_kitchen atau kerja rumah. Bila bawa anak pergi office habis semua focus staff lari pulak! Everyday rasa tak cukup masa.
“So shout out to all super mummy out there who’ve been taking care of your kids 24/7 without help from your mum or mil. Especially working moms. You guys are AMAZING! Respect! Sending u virtual hugs! #momslife
“P/S: If your partner tak bagi “me time”, suruh dia baca posting ni,” tulisnya lagi.
Memang tak dinafikan bila bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan anak, boleh huru-hara dibuatnya. Salute untuk semua ibu-ibu dan untuk para suami, berikanlah ruang dan masa untuk isteri tercinta buat perkara yang disukai, isteri yang gembira pasti keluarga lebih bahagia!
Sumber: IG Betty Rahmad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!