
Jika sambal belacan hanya ditumbuk lumat sahaja tanpa ditumis, lain pula dengan sambal tumbuk ini yang ditumis terlebih dahulu.
Seakan sambal tumis lain, namun digantikan dengan cili padi hijau yang turut mempunyai kepedasannya tersendiri. Memang tak cukup makan nasi sepinggan.
Jom cuba perkongsian resipi Pn Sabarina Sisa.

Ini bahan untuk rempah.
1) Ikan bilis
2) Bawang merah dan bawang putih
3) Belacan
4) Bawang besar dihiris (utk menumis)

Tumbuk semua bahan kecuali bawang besar.

Masa menumbuk tu boleh letak perasa, gula, garam siap-siap.

Kemudian masukkan cili hijau, tumbuklah sampai sedikit halus. Ketepikan.

Tumiskan bawang besar, masukkan semua cili hijau yang ditumbuk tadi. Gaul-gaul sampai masak. Kalau nak tambah perasa boleh, ikut citarasa masing-masing.

Tadaaa, siap dah. Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Selamat mencuba!
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paling Favourite, Buatkan Anak Nasi Ayam Hainan Dengan Sos Thai ala SuperDaddy Ni, Cukup Mudah!

Sebut sahaja nasi ayam, anak-anak pastinya akan melompat keriangan. Menu nasi dengan ayam sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Apa lagi kala disediakan dengan sup ayam yang membuatkan mereka makan bertambah. Bosan dengan nasi ayam biasa, apa kata cuti hujung minggu ini kita sediakan Nasi Ayam Hainan pula untuk anak-anak dan suami.
Menariknya resipi Nasi Ayam Hainan ini dihasilkan oleh seorang superdaddy, Khairul Abdullah yang cukup gemar memasak buat ketiga-tiga anaknya. Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!

Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.

Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.

Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.

Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.
Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.

Siap. Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Cubalah.
Baca: Rahsia Ayam Goreng Kekal Rangup Tapi Isi Lembut Penuh Rasa Perapan Anak Berebut!
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu Tepung Sedapkan Muffin Noodle Versi Baby, Tumis Sekejap Dan Bakar, Simple!

Cuti hujung minggulah masa untuk mencuba kesemua resipi untuk keluarga. Tak kurang juga resipi untuk si comel kita. Buntu nak masak apa? Apa kata kita cuba miffin noodle pun yang ringkas tapi cukup berkhasiat pada bayi kita.
Mana tidaknya, gabungan pelbagai sayuran ditambah dengan gabungan susu serta protein buat muffin comel ini lengkap untuk hidangan anak kita. Nak tahu cara membuatnya? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Mantap!

MUFFIN NOODLE VERSI BABY
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 biji telur
3/4 cawan mee organik (dah dicelur )
1/4 cawan susu segar
1 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
Bahan B :
1 sb mentega tanpa garam
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan isi ayam / daging segar
3 sb lobak merah didadu
3 sb brokoli dipotong kecil
1 1/2 sk serbuk daging

Satukan mee yang sudah dicelur bersama dengan telur dan juga susu segar. Kacau sebati.
Ketepikan seketika.
Panaskan mentega sehingga cair. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam / daging . Tumis seketika sehingga separuh masak.

Kemudian masukkan sayur sayuran bersama serbuk daging. Masak seketika.
Tuangkan Bahan B tadi ke dalam Bahan A dan masukkan juga tepung gandum. Kacau sebati.

Sapukan acuan muffin dengan sedikit minyak. Panaskan oven. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Siap!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.

Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Baca: Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Kongsi Menu 8 Hingga 10 Bulan, 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Siapa Kata Lauk Pantang Tak Best” Set Menu Pantang Ibu Ni Semua Sedap Belaka!

Siapa kata lauk pantang tak best? Dan siapa kata lauk pantang boring, asyik sama je dengan menu rebus, panggang dan kukus? Baik menu kukus, rebus atau panggang jika diberikan olahan yang baik pastinya buat ibu berpantang rasa nak makan bertambah-tambah. Silap hari bulan masih teringat-ingat walaupun sudah habis tempoh berpantang. Punyalah rindu dengan menu-menu hebat ni.
Menu berpantang yang dikongsikan oleh Puan Hayati Bekri di facebooknya ini memang semuanya sedap belaka. Biarpun menggunakan cara memasak seperti rebus, kukus dan panggang sahaja tetapi resipi yang disediakan memang awesome. Semuanya segar-segar belaka. Barulah nutrisi dibekalkan dengan sebaiknya dan susu ibu makin bertambah. Jom sediakan set sama seperti ibu ni. Mantap!

“Sape cakap lauk pantang tak best? Sedap la.(tapi nasi tak boleh tambah jugak). Saja nak share menu & resepi masa saya berpantang, today dah masuk 2 hari saya habis pantang. Kalau ada yang nak share, silakan. Nanti bila dah bersalin boleh tengok balik, insyaAllah.
Tapi kena pandai jugak rasa-rasa mana yang sesuai dengan keadaan badan kita k. Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi….”

DAGING BAKAR
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut
Lada hitam
Garam
Minyak
Cara memasak :
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam. Kemudian panggang sehingga masak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

DAGING MASAK HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
Cara Memasak:
1. Rebus daging hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan daging bersama air rebusannya beserta air asam jawa.
4. Perasakan dengan sedikit garam, biarkan mendidih dan angkat.

SUP LOBAK MERAH BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
1/2 biji lobak merah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi panas.

DAGING STIM HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Hiris nipis daging dan kesemua bahan.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga daging masak.
3. Sedia dihidang bersama nasi panas.

IKAN SELAR STIM LADA HITAM
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
Sedikit lada hitam
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1. Masukkan ke semua bahan dalam pengukus.
2. Taburkan sedikit lada hitam.
3. Kukus hingga masak.

DAGING MASAK SINGGANG
Bahan-bahan:
300gm daging -dihiris nipis
2 inci halia
Sedikit lengkuas
Asam keping
Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih, perasakan dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Jadi mana satu pilihan mama? Simpan semuanya kemas-kemas, bila tiba waktu berpantang nanti bolehlah dicuba. Semua menu yang dikongsikan ibu ini sihat, segar dan paling penting ringkas cara penyediaannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


