
Puasa yang masih berbaki lagi sembilan hari ini pastinya membuatkan ibu sudah mula mempersiapkan kelengkapan berhari raya. Begitu juga biskut raya yang pastinya sudah disiapkan lebih awal sepanjang minggu ini. Mencari resipi terbaik dan mudah pastinya buat ibu bertambah gembira.
Resipi Choco Ball yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini pastinya memudahkan ibu di dapur. Mana tidaknya dengan hanya tiga langkah iaitu gaul dan kepal sahaja tanpa dibakar di dalam oven, Choco Ball super sedap ini tersedia untuk di jamah. Mudahnya!
Jadi jom cuba.
Jom kengkawan kita buat ni, senang sangat. Tak perlu guna oven untuk membakarnya, hanya gaul kepal dah siap untuk dimakan. Kalau nak hias tu terpulang masing-masing ya. Kalau nak makan begitu saja pun sedap. Jom intai resepi.
Bahan-bahan:
1 cawan milo
1 cawan nestum
Setengah cawan susu pekat manis
1 botol kecil mentega kacang (170g)
Badam cincang
Coklat chip
Badam dan coklat chip terpulang nak guna banyak mana ya
Gaul semua bahan, lepas tu kepal dan bulat-bulatkan siap.
Siap diuli. Kepal bulat camni. Untuk hiasan terpulang kreativiti masing-masing ya.
Kalau nak boleh ja ikut macam saya buat, contoh dah ada digambar.
Yang ni saya salutkan dengan coklat masakan dan tabur coklat rice.
Yang ni saya hanya salut coklat rice sahaja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Sea Salt Chocolate Chips, Paling Mudah Nak Buat

Manis, masin dan dipenuhi dengan coklat sememangnya sea salt chocolate chip antara biskut yang paling mudah untuk disediakan. Tapi yang paling penting, bila biskut keluar dari oven anda perlu cepat-cepat tabur serbuk sea salt di atas biskut tersebut.
RESEPI SEASALT CHOCOLATE CHIPS
Bahan-Bahan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan unsalted butter
- 1 sdt baking soda
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula perang
- 1 sdt esen vanilla
- 2 biji telur, gred A
- 2 cawan semi-sweet chocolate chips
- Sea salt flakes untuk taburan
Cara Membuat:
1. Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak. Mixer gula pasir, gula perang dan butter.
2. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata. Masukkan chocolate chips, kaup rata.
3. Balut adunan dengan plastik wrap, simpan kedalam peti ais selama 1 jam. Ambil sedikit doh, susun diatas tray yang dilapik dengan baking paper.
4. Bakar pada suhu 180c selama 10-15 minit (mengikut oven masing-masing). Bakar sehingga hujung kukis agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.
5. Tambahkan sedikit chocolate chips diatas kukis dan taburkan sedikit sea salt flakes. Buat cepat selagi kukis masih panas dan masih lembut.
6. Biarkan sehingga sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Siap, selamat mencuba!
Nota: Rasa biskut ni agak manis, yang tak suka boleh kurangkan sukatan gula pasir.
Kredit: Resepi Bonda / Kuali Helena
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Nescafe, Buatkan Dalgona Milo Viral, Anak Boleh Tumpang Sekaki!

Sepanjang tempoh PKP ini, mata disajikan dengan pelbagai jenis makanan tidak kurang juga beberapa minuman viral seperti Dalgona Coffee yang hangat di facebook. Rata-rata kesemua isi rumah mencuba menu yang satu ini, yang dikatakan cukup enak rasanya, persis minuman di kedai kopi tersohor.
Begitu pun penggunaan nescafe pastinya kurang sesuai buat anak-anak kecil kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Tidak mahu anak menangis dek kerana ingin merasa, ada baiknya ibu sediakan Dalgona Milo Viral ini. Lebih sesuai untuk anak-anak kita. Mak ayah dah pasti boleh tumpang sekaki. Cuma untuk elakkan rasa manis, boleh digantikan dengan susu segar sahaja berbanding susu coklat.

Menariknya ibu ini, Puan Farisha Sofea menambah sedikit bahan bagi menampakkan kelainan. Penambahan ovallet dikatakan membuatkan adunan milo jadi mengembang dan lebih cantik adunannya. Nak tahu macam mana rasanya, jom cuba!
DALGONA MILO VIRAL
Bahan Bahan :
Bahan A :
3 sb milo
3 sb air panas
2 sb gula
1/2 sk ovallete
Bahan B :
Air susu / coklat secukupnya
Ais batu secukupnya
Satukan ke semua Bahan A dan pukul sehingga kembang, gebu dan berkrim. Ketepikan seketika.
Letakkan ais batu secukupnya di dalam cawan yang cantik dan tuangkan pula air susu/coklat sebanyak 3/4 cawan (saya guna susu coklat hershey’s , rasa dia pun tidaklah terlalu manis).

Kemudian letakkan pula Bahan A tadi sebagai topping di atas. Boleh juga dimasukkan ke dalam piping bag dan paipkan cantik cantik secantik wajahmu.
Letakkan hiasan di atas krim jika suka.
Akhir sekali jangan lupa ambil gambar air dalgona milo viral tersebut dan postkan ke dalam facebook anda .
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Chia Seed Untuk Mama Nak Diet & Sihat. Mudah Buat, Kenyang Pun Lama!

Kebanyakan ibu bila dah bersalin selalu merungut nak dapatkan berat badan yang ideal macam zaman anak dara. Tapi usaha itu seolah susah nak berjaya kerana banyak sangat halangannya.
Mana tak nya, makanan anak yang tak habis, ibu juga kena habiskan sebab sayanglah kalau nak buang. Lepas tu, ibu yang menyusu pula asyik rasa lapar je. Kalau yang dapat maintain alhamdulillah tapi yang susah turun semula tu rasa stres.
Ok buat ibu yang memang ada niat nak sihat dengan cara mudah dan mengurangkan rasa nak makan makanan manis je, Puding Chia Seed yang dikongsikan oleh Puan Izwah Saaiddutdin ini boleh di cuba. Suami dan anak-anak pun boleh join sekali untuk makan. Ni salah satu hidangan sihat untuk keluarga juga dan boleh kenyang dalam tempoh lama.
Puding Chia seed ni saya mula belajar makan dalam 3 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh guru saya yang pakar tentang otak, DrRizal Abu Bakar.
Saya suka sebab ia alternatif kudapan sihat. Bolehlah merawat craving saya pada puding manis yang kaya gula putih dan tak berkhasiat huhu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
250 ml santan segar
1/4 cawan Chia seed
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar madu
Topping dan penyedap rasa:
Buah-buahan pilihan – mangga/ buah naga/ strawberi/ blueberry/ kiwi
Kekacang – walnut, badam (boleh letak jika suka)


Kenapa kalian perlu cuba puding chia seed?
1. Tinggi fiber, protein dan kalsium. Juga tinggi zink, zat besi, fosforus dan magnesium. Tak padan dengan kecik saiznya kan?

2. Kaya lemak baik omega 3. Bayangkan hanya 2 sudu besar chia seed dapat khasiat omega 3 sama dengan 110 gram ikan salmon.
3. Bantu rasa kenyang. Chia seed apabila direndam akan mengembang 10 kali ganda saiz asal. Hah dia punya tahap serap air tu memang terbaik. Itu yang makan rasa kenyang. Bertahan lama.

4. Chia seed ejen semulajadi untuk pekatkan puding. Tak perlu dah nak guna tepung jagung ke telur ke.

5. Senang yakmat nak buat. 5 minit je nak sediakan.

6. Boleh jadikan santapan untuk sarapan atau dessert di waktu petang. Kalau untuk sarapan, buat sebelah malam, esok pagi potong buah dan hidang.


Nota newbie: Chia seed ni tak ada rasa, memang kena campur buah sebagai gandingan untuk rasa yang enak.
#izwahbraindiet
Kredit: Puan Izwah Saaiddutdin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI