Memang seronok anak dapat pek parti bila ada rakan-rakan buat sambutan hari jadi di tadika. Cuma yang tak bestnya, bila kandunganya adalah makanan ‘jajan’ atau makanan ringan. Bagi ibu bapa yang teliti mengenai pemakanan anak atau anaknya alahan kepada makanan ringan yang boleh menyebabkan tercetusnya batuk dan rentetannya boleh bawa kepada demam, tentu risau jika setiap kali ada sambutan seperti ini. Admin sendiri pun, pernah sorok parti pek anak semata-mata nak elak dia makan segengam gula-gula.
Begitu juga dengan ibu ini yang melahirkan rasa kecewanya mengenai hal ini. Perkongsian ibu ini Rohayu Abdullah, ada benarnya. Moga kita lebih berhati-hati untuk mengadakan sambutan hari jadi anak di tadika serta juga di rumah sendiri.
ISU SAMBUTAN HARI LAHIR DI TASKA@TADIKA Saya memahami kesibukan ibu bapa dalam meraikan sambutan hari lahir pada anak. Untuk kemudahan dan keseronokan anak. Ramai ibu bapa memilih memberi kek dan jajan pada pihak tadika@taska untuk itu. Menswastakan kepada pihak pengurusan tadika sesuatu yang bukan kerja hakiki mereka. Jadikan sambutan itu diperingkat keluarga kalau mahu. Agar lebih berkasih sayang antara keluarga. Lebih terkawal pilihan makanan, dan barokah kerana ada kebersamaan keluarga. Jika di sekolah bertemankan kawan-kawan. Maka bergembiralah anak-anak kecil disajikan makanan yang manis dan jajan di depan mata tanpa kawalan penjaga. Seronok tak terkata. Cikgu pun tak terjaga kerana mereka juga ada banyak kerja di sana. Dan meraikan sambutan itu bukanlah dalam silibus mereka. Sebagai seorang ibu saya rasa kecewa kerana anak sangat kerap bawa balik makanan tak sihat itu. Dan sudah menjadi budaya swastakan sambutan hari jadi di tadika mahupun taska dari hari ke hari.
Ads
Kanak-kanak yang diajar dirumah tak makan jajan. Bermujahadalah mereka untuk bertahan. Kesian mereka.
Jangan beremosi ye baca status ini. Nak didik anak tidak menjadi pesakit kronik perlulah daripada asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dipantau oleh orang dewasa dalam banyak perkara. Jadilah ibu bapa yang bijaksana untuk anak sendiri dan anak orang lain. Moga Allah bersama kita semua. Maafkan saya kalau ada yang terasa. Saya menulis kerana sayangkan anak anak semua. Sayang kerana Allah. Kasihanilah mereka. Anak kecil anak kita. Bantulah Cheq’ Ayu panjangkan mesej ini pada ibu bapa diluar sana.
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai. Sebenarnya dalam tidak sedar, kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif. Jika dibiarkan, mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti.
Sebagai ibu atau ayah sudah tentu kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk membentuk sahsiah serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Tanpa kita ketahui, ada beberapa perkara yang kita lakukan menyebabkan anak-anak naik lemak dan mengada-ngada.
Antara reaksi yang biasa kita lakukan pada anak. Contohnya jika anak merengek nak guna cawan lain dan bukan cawan yang biasa dia gunakan, ibu atau ayah akan segera menukarkan pada cawan yang dikehendaki berbanding tidak melayan kemahuan anak.
Mereka takut anak akan menangis atau mengamuk tak mahu minum atau makan. Ini adalah satu kesilapan besar yang ibu ayah dah buat.
Anak sepatutnya tak boleh mengarahkan ibu ayah. Jangan biarkan mereka terbiasa, kita asyik penuhi apa saja permintaannya.
Jika anda pertahankan anak anda yang berkelakuan buruk di depan orang ramai dengan kata-kata menyedapkan hati, “Ala biarlah, dia budak lagi”, maka anda sebenarnya telah memberi galakan kepada anak untuk terus berkelakuan buruk dan tidak bertanggungjawab lagi.
Rasa macam nak naik angin sahaja bila ada orang lain yang berani tegur atau marahkan kesalahan anak kita buat. Kalau anda bersikap sedemikian memang makin naik lemaklah anak untuk terus buat salah sebab mereka tahu ibu atau ayah akan lindungi jika dimarahi oleh orang lain.
Ia semakin berlaku hari ini bila mana guru-guru sekolah tidak boleh menegur atau menghukum anak murid yang membuat kesalahan seperti guru-guru zaman dahulu kerana ibu bapa akan datang menyerang guru tersebut. Semuanya kerana mereka tidak boleh terima yang ada orang lain marahkan anak mereka.
Anak memang perlukan perhatian dari ibu bapa dan ia bagus untuk perkembangan positifnya. Namun kalau keterlaluan memberi perhatian pun akan ada kesan tak elok pada pembentukan tingkah laku mereka juga. Sesekali anak perlu diberikan ruang untuk berdikari dan bereksplorasi secara sendirian.
Bila semua ibu ayah nak kawal dan buatkan, anak akan menjadi terlalu manja dan mengada-ngada. Kadang-kala over protective pada anak pun boleh menyebabkan mereka tak pandai berdikari dan suka buat perangai depan orang ramai.
Ibu bapa hari ini selalu mengambil jalan pintas atau cara mudah untuk mengelakkan anak daripada bosan dan mula hendak buat kelakuan buruk. Contohnya, ibu ayah akan cepat-cepat bagi anak main handphone atau tablet ketika di tempat awam sebab tak nak anak bosan atau meragam.
Sepatutnya ibu ayah kena ajar anak untuk bersabar dan bila mereka seharusnya belajar bagaimana untuk menghiburkan diri dengan usaha sendiri.
Di samping itu ajarlah anak anda untuk rajin menolong ibu bapa membuat kerja rumah yang bersesuaian mengikut usia mereka. Bukanlah kita nak suruh anak memasak di dapur tapi mereka boleh bantu mencuci sayur, cuci pinggan, susun kerusi dan macam-macam lagi kerja di dapur yang mudah. Barulah anak akan jadi ‘orang’!
Bila anak sedang tantrum, ayah tolonglah jangan mengamuk sama. Tindakan menengking dan terus memarahi anak yang sedang mengamuk hanya akan memburukkan lagi keadaan. Si kecil akan bertambah marah dan berterusan mengamuk.
Menurut Dr. Norharlina Bahar, Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa.
Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain.
Oleh itu, tantrum adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif!
Dr. Norharlina turut memberitahu yang tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
1. Pastikan anak anda selamat.
2. Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkah laku tersebut.
3. Jangan hukum anak anda.
4. Jangan berikan ganjaran.
5. Jika boleh, asingkan anak anda.
6. Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Kawal tantrum daripada jadi lebih teruk
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkah laku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang.
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibu bapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang.
Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu.
Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Sumber: doktorbudak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang ayah, anak perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya. Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak-anak. “anda nak jadi apa besar nanti?” anak akan menjawab “Nak jadi macam papa!” Anak akan menjadikan ayahnya sebagai contoh.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah
1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING
+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.
+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.
2. Anak belajar IKUT ARAHAN
+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas
+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga-jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi, ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.
3. Anak belajar KAWAL EMOSI
+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan
+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi
4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI
+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya
+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan
+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti
5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP
+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti
+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti
+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa-apa, mereka ni pemerhati setia.
+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!