Usahawan cantik dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, kini sedang melalui tempoh berpantang selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 14 Julai lalu. Menerusi perkongsian di Threads, Sasha meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran bayi lelaki comel yang dinamakan Idris Harris Liu, seberat 3.5 kilogram.
Yang menariknya, Sasha memilih untuk menjalani pantang secara tradisional, berbanding cara moden yang lebih ringkas dan fleksibel. Kenapa agaknya?
“Saya pilih pantang tradisional daripada moden kerana badan mahu pakai lama. Nampak kuat sekarang, tapi untuk jangka masa yang lama nanti sakit badan,” jelas Sasha dengan jujur.
Waktu Emas Untuk Pulih
Bagi Sasha, waktu berpantang bukan sekadar untuk berehat, tetapi satu tempoh yang sangat penting untuk memulihkan tubuh badan secara menyeluruh, luar dan dalam. Ia juga peluang untuk ibu memberi perhatian kepada diri sendiri dan emosi yang mungkin tidak stabil selepas bersalin.
Ads
“Waktu berpantang inilah kita nak kuruskan badan, nak fokus menyusukan anak, nak sembuhkan dalaman dan nak gembirakan diri,” tulis Sasha di Threads, berkongsi dengan penuh jujur dan terbuka kepada para pengikutnya.
Melalui amalan tradisional, Sasha bukan saja menjaga pemakanan, malah turut mengamalkan rawatan-rawatan klasik seperti berbengkung, bertungku, bertangas dan minum jamu, yang telah lama menjadi amalan wanita-wanita terdahulu.
Ads
Saat Paling Menyentuh Hati, Suami Laungkan Azan
Dalam pada itu, Sasha turut berkongsi satu momen yang sangat menyentuh perasaan – apabila suaminya yang juga seorang mualaf, Daily Doseof Liu, melaungkan azan di telinga Idris.
“Syukur… suami saya yang kini sudah mahir membaca tulisan Arab, dapat azankan sendiri di telinga anak kami. Satu detik yang sangat bermakna,” kongsi Sasha yang begitu bangga dan terharu dengan perkembangan suaminya.
Sebagai ibu tiga anak, Sasha mengakui bahawa setiap kelahiran membawa pengalaman yang berbeza. Namun, satu perkara yang tak pernah berubah adalah pentingnya berpantang dengan betul dan disiplin, kerana tubuh ibu memang perlukan rehat yang cukup selepas bekerja keras membawa nyawa baru ke dunia.
Ads
Inspirasi Buat Ibu-Ibu Muda
Sasha Abdul Aziz bukan hanya menjadi inspirasi dalam dunia keusahawanan dan media sosial, tetapi kini turut menjadi contoh kepada ibu-ibu muda dalam menghargai dan menjaga tubuh badan selepas melahirkan.
“Jangan ambil mudah bab pantang. Kena jaga betul-betul sebab kita masih nak jadi isteri, ibu, wanita hebat untuk jangka masa panjang,” katanya.
Pa&Ma tumpang gembira dengan kehadiran si kecil Idris Harris Liu dalam hidup Sasha dan suami. Semoga Sasha terus sihat, ceria dan bersemangat sepanjang melalui tempoh berpantang. Dan buat para mama di luar sana, ambillah masa untuk rawat diri – sebab badan kita memang nak pakai lama!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harini dengan dukacita telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.
Vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1
Dia telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).
Pesakit dalam keadaan stabil
Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.
Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis. Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%. Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).
Ramai yang tidak mengambil vaksin
Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio. Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.
keadaan kaki pesakit polio
Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis (AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan. Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.
Pemberian vaksin polia diteruskan
Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko. Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan. Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”. Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.
Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio. Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini. Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine – IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008. Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%.
Bagi mengekalkan negara terus bebas dari penyakit polio, KKM melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah melaksanakan aktiviti berikut:
-Memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan;
-Memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.
-Memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95% di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa. Bagi negeri Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio;
-Meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi;
-Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan kepentingan imunisasi bagi mencegah polio, serta menangani pengaruh antivaksin.
-Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai kebersihan persekitaran dan juga penjagaan kebersihan diri dan tangan (personal and hand hygiene).
Pesakit polio
Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap. Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi. Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi, tapi kerana situasi kes Covid-19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah membuat satu garis panduan bagi mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Tapi berita baik untuk semua suami dan ibu yang bakal melahirkan, KKM semalam telah mengeluarkan SOP terbaru untuk suami yang ingin menemani isteri ketika bersalin. Jangan lupa semak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin nanti ya!
Photo: Freepik.com
Kriteria Bagi Suami/Ahli Keluarga Untuk Menemani Ibu Hamil Semasa Bersalin
Adalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital KKM telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan 🧵👇🏻 pic.twitter.com/ErLtLq7RsY
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigi susu ialah gigi sementara yang akan berganti kepada gigi kekal atau gigi dewasa. Kanak-kanak akan mula tumbuh gigi ketika usia 6 bulan hingga 2 tahun.
Ketika kanak-kanak berusia 6-7 tahun, gigi kekal akan mula tumbuh secara berperingkat dan berakhir ketika gigi geraham dewasa tumbuh antara usia 12-13 tahun.
Peralihan antara gigi susu dan gigi dewasa sudah pasti memerlukan kanak-kanak melalui proses mencabut gigi yang cukup ditakuti sama ada dilakukan sendiri di rumah atau klinik gigi.
Namun, ibu bapa perlu tahu bilakah keadaan yang memerlukan gigi anak dicabut.
Sebenarnya banyak pertanyaan dari ibu bapa Bilakah saya boleh cabut gigi anak saya?
Menurut Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim, gigi susu anak perlu dicabut apabila keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat yang sepatutnya.
1. Gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah
ATAU
2. Gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang / lelangit gigi susu bagi rahang atas.
Sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
MAKA GIGI SUSU TERSEBUT PERLU DICABUT.
Sekiranya gigi susu tersebut belum goyang, ianya perlu dicabut oleh doktor gigi bertauliah dibawah bius setempat (injection local Anaesthesia).
Bantu saya kongsikan ilmu kesihatan pergigian ini. Semoga dapat membantu ibubapa diluar sana.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.