Diam tak diam, anak kesayangan pelakon cantik, Erra Fazira, Engku Aleesya kini sudah pun berusia lima belas tahun.
Menerusi Instagram, baik Erra mahu pun bekas suami, Engku Emran, masing-masing menitipkan ucapan dan doa yang baik-baik buat anak kesayangan mereka yang kini semakin menginjak dewasa.
Namun apa yang menarik perhatian wargamaya pastinya sikap Erra dan bekas suami yang menyambut hari lahir puteri kesayangan mereka bersama-sama. Tentunya ia momen paling berharga buat Aleesya.
Sekeping gambar yang dikongsikan Engku Emran menjadi perhatian ramai. Malah bapa penyayang ini juga turut berkongsi cerita di sebalik pilihan nama Aleesya yang dipilih oleh Erra sendiri.
“Nama Aleesya dipilih oleh ibunya 15 tahun yang lalu, yang bermaksud “yang dilindungi” in Arabic.
Ads
“Satu-satunya pilihan nama yang dia pilih dan saya terpaksa setuju. Saya masih ingat lagi sesi perbincangan tu dan waktu tu saya harapkan dua nama lagi untuk dipilih.
“Kalau dalam bahasa melayu kita panggil “naluri seorang ibu” dan ibu lebih tahu nama apa yang betul-betul sesuai buat Aleesya waktu itu.
“Alhamdulillah sampai ke hari ini, anak perempuan kami sentiasa dikelilingi oleh orang yang sangat menyayangi dan menjaga kesejahteraannya.
“Semoga anak ayah terus dilindungi Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan. Sometimes when i get too worried about her, i take a little comfort that her name is Aleesya,” tulisnya.
Ads
Bahkan Engku Emran turut sama berterima kasih kepada Erra yang selama ini menjadi ibu terbaik buat anak mereka.
“Thank you @errafazira for always being the mother that our daughter needs. Its not easy being a co-parent but i think we are doing ok for showing up everyday.
“And to Aleesya, both mom and ayah love you so dearly. It means the world to us that you know this because we tell you everyday that we love you. Keep soaring to greater heights my love,” tulisnya.
Dalam pada itu, Erra turut memuat naik video memori bersama Aleesya dari kecil hinggalah meningkat remaja.
Ads
Terdahulu Erra dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.
Biarpun banyak cabaran yang melanda dirinya, namun Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Binti Awang Astillah terus bangkit untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Wanita hebat ini tidak mahu tewas dalam ‘peperangan’ dalam hidup dan kini terus kuat dengan sokongan dari indan-insan yang menghargai dan menyayanginya.
Bukan mudah untuk membesarkan dua orang cahaya mata yang sedang membesar sendiri namun Bella kini membuktikan dirinya mampu dan terus mengorak langkah dalma kerjaya seninya.
Ibu kepada Ayden Adrean dan Ara Adreanna ini kini semakin rancak dengan pelbagai tawaran lakonan, nyanyian serta banyak diberikan kepercayaan untuk mewakili jenama-jenam terkenal. Bercerita tentang kehidupannya sekarang, menurut Bella yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome, dia bersyukur dengan kehadiran banyak insan baik yang banyak membantu untuk menjaga Ayden dan Ara.
Ayden & Ara Penyeri Hidup Bella
Ketika ditanyakan tentang perwatakan anak sulungnya, Bella memberitahu Ayden seorang anak yang mudah dijaga dan sangat bertanggungjawab. Ada masanya Ayden yang banyak mengingatkan dirinya tentang sesuatu perkara. Ayden juga anak yang mudah kasihankan orang lain serta penyabar dan sangat menyayangi orang lain. Turut mengakui anak sulungnya seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis.
“Ayden ni anak yang yang tak perlu dirusuh-suruh. Dia tahu apa yang perlu dia buat, bila perlu buat kerja sekolah atau tidur tanpa perlu Bella tanya-tanya. Bella tak pernah susah nak kejutkan dia bangun pagi untuk ke sekolah, tak pernah rasa terbeban.
Bella rasa Ayden tak nak susahkan Bella, kadang-kadang tu Bella rasa macam dia dah besar sangat. Kadang-kadang kalau Bella sibuk bekerja, nak baca skrip atau buat posting waktu malam, dia yang akan datang untuk ingatkan Bella dah sampai masa untuk tidur.”
Wanita kelahiran Sandakan, Sabah, ini juga turut melahirkan rasa syukur kerana tidak pernah merasa susah untuk menjaga anak-anaknya sendiri kerana Ayden dan Ara sangat pandai membawa diri.
Dia juga tidak menafikan, anak sulungnya itu kini umpama penjaga buat dirinya dan Ara. Tambah Bella lagi, dia bukanlah ibu yang garang tetapi cuba untuk menjadi tegas supaya kedua-dua anaknya akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.
Bercerita tentang anak keduanya, Ara, dia seorang yang kuat merajuk. Selain itu, sebagai anak kedua Ara juga sering menyakat abangnya. Apabila bercerita tentang perangai mereka berdua jika dibawa berjalan, anak-anaknya banyak perangai.
“Bella nak kongsikan bila mana Bella bawa mereka keluar, mereka cerewet. Ada saja perangai, tapi kalau keluar bertiga hanya Bella, Ayden dan Ara, they will listen to me. Sangat behave dan tak susah. Mungkin sebab mereka manja dengan datuk dan nenek kan, jadi macam-macam perangai.
Bella selalu bawa mereka berjalan luar negara, hanya bertiga saja memang tak ada masalah. Sebab tu Bella percaya mereka ni faham dan tak nak susahkan Mummy mereka. Jadi Bella anggap itu satu achievement.”
Mama Penguat Semangat Bella
Sempat bertanya tentang burn out kepada ibu cantik ini, Bella memberitahu dia pernah mengalami situasi begitu tetapi tidak teruk. Untuk mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi, Bella akan menangis dan keluar bersama ibunya.
“Bella akan menangis dan keluar dengan Mama. Bila bersama Mama tu, Bella akan luahkan semua apa yang Bella rasakan tapi Bella sebenarnya orang sangat mudah. Bila dah berkongsi perasaan dengan Mama, Bella akan move on.”
Mengambil kekuatan semangat dari ibunya, Bella memberita yang dia sudah melihat kesusahan wanita cekal itu sejak masih kecil. Tambah Bella, kehadiran ibu memberi impak yang besar dalam kehidupannya.
“Kenapa Bella sabar, kuat. Semuanya sebab Mama. Dari kecil tengok Mama kerja kuat dan boleh buat semua benda sendiri sebab waktu tu Ayah bekerja di Kuala Lumpur. Jadi Bella nampak kesusahan dia, tanpa harapkan bantuan orang lain. Selagi mana dia mampu, dia akan buat sendiri.
Bila tengok Mama susah dan kuta macam tu dulu, Bella rasa itulah yang membentuk diri Bella hari ini. Orang kata kalau nak anak-anak baik, kita sendiri kena jadi contoh yang baik. Jadi, itulah yang Bella belajar dari Mama. Bella nak jadi macam dia.”
Jatuh Air Mata Seorang Ibu
Ketika melihat video throwback yang Pa&Ma sediakan untuk dirinya, Bella tidak dapat menahan air mata dari jatuh berguguran. Betapa dia tersentuh melihat bagaimana begitu cepat masa berlalu dan anak-anaknya kini semakin membesar. Mengakui tidak mudah untuk melalui kehidupan baharu terutama untuk Ayden dan Ara yang masih kecil, namun dirinya perlu kuat untuk memastikan yang terbaik buat anak-anak.
“Baru-baru ni Ayden ada hari sukan sekolah, dia mungkin lihat orang lain bersama parents mereka tapi berbalik kepada apa yang bella katakan, syukur Bella masih ada Mama dan Ayah. Jadi kalau Bella hadir ke majlis sekolah, Bella pastikan bawa Ayah. Jadi Ayden masih ada figura seorang yang akan bersama-sama dengannya.”
“Jadi dia takkan rasa ‘kosong’ dan Ayden pun dah biasa dengan Bella. Mana-mana pun akan bawa dia. Pergi meniaga laksa ke, shooting ke, recording ke, memang akan bawa dia. Alhamdulillah, bila dia memang rapat dengan Bella jadi Ayden tak terlalu rasa perbezaan itu.”
Mengakui dirinya manusia biasa yang ada buat kesilapan tetapi Bella merasakan semua ibu adalah insan hebat. Semua ibu ada banyak tanggungjawab untuk membesarkan serta mendidik anak-anak.
“Bella ada peluang merasai semua pengalaman sebagai ibu, biarpun tak sempurna tapi Bella cuba yang terbaik untuk anak-anak. Untuk Ayden dan Ara, Mommy doakan supaya membesar jadi insan yang baik, hormatkan orang tua dan percayalah kena belajar rajin-rajin, ilmu tak pernah habis.
Fokus pada benda-benda penting dan selalu ada dengan Mommy. Mommy doakan kita terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan dan terus sayangkan Mommy macam mana Mommy sayangkan Ayden dan Ara.”
Jom tonton video Bella di sini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu kesukaran yang sukar untuk diungkapkan. Amat menyeksakan bila mana proses pembuangan tidak lancar seperti orang lain.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pengambilan sebiji buah naga dipercayai mampu membuatkan anda rasa lawas iaitu melancarkan proses pembuangan air besar setiap hari.
Tambahan pula, buah naga yang diambil sebagai diet harian bukan sahaja bagus untuk melegakan masalah sembelit, tetapi terdapat juga manfaat lain kepada kanak-kanak.
Mesti selalu nampak buah ini di pasar. Kenapa kena amal dragon fruit (buah naga) dalam diet harian?
Kalau ada masalah sembelit, susah membuang. Ambil sebiji nak bagi lawas. Dragonfruit buah prebiotik, membekalkan makanan pada bakteria baik dalam usus iaitu probiotik.
Kalau nak ajar anak kecil makan solid food. Boleh cuba dengan buah naga.
Dalam buah naga ada anti oksida phenol. Bagi melindungi sel dari kerosakan akibat radang. Kebalkan sistem imun anak. Ada serat prebiotik bantu lancarkan sistem pembuangan anak.
Dragon fruit tinggi vitamin A, B1, B2, B3, C, fosforus, kalsium, zat besi. Bantu menguatkan otot jantung dan pembentukan tulang.
B2 untuk proses penyembuhan dan baiki masalah selera terbantut anak. 1 biji bekalkan 8.8g kalsium untuk tulang kuat.
Padu tak padu?
* Perlu Tahu
Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawas pembuangan air besar.
Antara sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah kurang serat dalam diet. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang bersama dengan kandungan serat yang tinggi adalah disarankan bagi mengatasi masalah sembelit terutama bagi golongan sudah berusia.
Waktu bayi, anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan. Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar. Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan. Menangis kerana rasa insecure juga boleh jadi ketika mereka masih bayi.
Namun, semakin anak membesar mereka sudah tidak menggunakan tangisan untuk menyatakan perasaan. Anak sudah boleh bercakap, jadi biasanya mereka akan beritahu apa yang mereka mahu. Tak perlu menangis lagi dah!
Ada beberapa situasi anak yang dah besar ni akan menangis. Salah satunya untuk memanipulasi ibu ayah ketika mahukan sesuatu yang mungkin kita takkan berikan pada mereka.
Penjelasan dari En. Mohd Fhais Salim ini mungkin dapat memberi sedikit input kepada kita. Menurutnya, jika teknik manipulasi dengan tangisan ini berjaya ia mungkin akan memudaratkan.
Ikuti penjelasan lanjut dari beliau;
Biarkan Dia Menangis!
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting. Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis. Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, nak gajet, nak ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni. Ini bahaya!
Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita. Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang-ulang kali sampai kita naik jelak. Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis! Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh! Kena tegas sikit, kalau dah kata No means No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye. Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ni la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
– Self control
– Urus diri
– Berunding
– Tolak ansur
– Disiplin
– Minta izin
– Minta tolong
– Hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting. Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!