Sebut sahaja nama Che Ta, pasti sudah tergambarkan akan kecantikan dari kepala hingga ke kaki yang dimiliki ibu berusia 50 tahun itu. Tak pernah tak cantik. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai ibu yang seorang ini.
Rupanya bukan hanya dirinya, malah Che Ta juga turut menjaga penampilan diri kesemua anggota keluarga, baik suami mahupun tiga anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan puteri kesayangan, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkongsian video, Che Ta mengakui kedua-dua anak lelakinya turut diajar untuk berpenampilan segak malah sentiasa memakai kasut berbanding mengenakan selipar di kaki apabila keluar dari rumah.
Walau hanya ke kedai, bagi ibu ini berpenampilan baik mencerminkan diri mereka sendiri. Dek kerana itulah mereka diajar untuk tampil kemas sentiasa.
Ads
Menerusi video temu bual di Tik Tok Che Ta turut memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar.
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je.
“Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya berkongsi.
Ads
Pun begitu kata Che Ta lagi, berbanding dua anak lelakinya, hal itu tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang diajar oleh suaminya, Zain Saidin untuk tampil lebih santai.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta.
Tambah Che Ta lagi, dia ibu yang paling gembira dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’.
“Saya enjoy, bila tengah malam saya akan susun dan pilih baju apa nak pakai. Bila benda tu you memang suka, memang takkan penat. Seronok sangat,” kongsi Che Ta lagi.
Perkongsian Che Ta itu sudah semestinya mendapat pujian ramai kerana bukan mudah untuk menyedia dan mempersiapkan satu keluarga untuk tampil sedondon dan bergaya.
Kebiasaan sebagai seorang bapa, dia tidak akan menyusahkan anak-anak dan akan memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak sentiasa di dalam keadaan selamat dan serba serbi mencukupi.
Namun lain kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki ini cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung.
Insiden ini dilaporkan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah dekat sini pada Ahad sebagaimana memetik Sinar Harian.
Lebih malang, kejadian menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlaku selepas sehari mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, pada Sabtu sekitar jam 6 petang, mangsa telah dibawa oleh ibu saudaranya balik ke rumah dengan alasan untuk menyambut hari jadi mangsa.
Menurutnya, kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan harinya.
“Sekitar jam 5 petang pada Ahad, bapa mangsa telah datang ke rumah tersebut lalu terus menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa.
“Lelaki berusia 37 tahun itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan peha.
Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada Isnin.
“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon dalam keadaan basah selepas mandi.
Berikut merupakan perkongsian ibu saudara arwah, Cikna Nana. Semoga jadi peringatan bersama.
PERINGATAN buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2/6/2019 sedangkan semua sedang sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba.
Arwah gemar main telefon.. Pada zaman sekarang boleh dikatakan 90% kanak-kanak tiada yang tak pandai main telefon..
Arwah baru lepas dimandikan oleh bapanya.. Selepas keluar tandas, bapa cakap tunggu sekejap nanti papa siap kan.. Si bapa masuk tandas untuk ambilkan kain tuala.
Selang berapa minit bunyi ada bnda jatuh. Si bapa buka pintu tengok si anak dah terkaku dengan badan kebiruan terus capai kain dan tarik si anak..
Tapi apakan daya tuhan dah atur semua.. Sudah takdir ajal maut sudah tertulis.. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang cas..
Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada sekeliling kita.. arwah meningal sebab kena kejutan eletrik pada telefon..
Al-Fatihah buat Nur Fadila, 4 tahun.
Damai lah di sana wahai anak syurga..
Sebelum ini di luar negara, seorang remaja maut direnjat elektrik ketika mendengar lagu ketika mandi dengan menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.
Kepada ibu bapa, jadikan tragedi ini satu pengajaran untuk memantau penggunaan telefon anak anda dengan lebih ketat. Jauhi wayar elektrik daripada capaian si anak. Banyak bahaya yang terselindung di sebalik sebuah alat yang biasa.
Takziah diucapkan buat keluarga adik Nur Fadila, semoga Allah merahmati roh bidadari ini dan beri keluarga arwah kekuatan dan ganjaran atas kesabaran terhadap ujian yang berat ini.
Tugas sebagai seorang suri rumah bukan biasa-biasa. Bukan hanya menggalas tanggungjawab menguruskan rumah tangga bahkan paling utama menguruskan anak 24 jam tanpa henti. Bukan saja tenaga perlu kuat, mental dan emosi juga perlu seiring.
Lain halnya dengan wanita bekerja. Stress mereka berbeza. Maka dengan itulah bukan semua dari kita sesuai untuk memilih menjadi surirumah. Menurut Pediatric Occupational Therapy, Pn Maryam Jamadi, kenal pasti diri sendiri sejauh mana kemampuan kita untuk sedia menjadi suri rumah sepenuh masa. Adakah kita mampu?
Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”. Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri.
Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah. – Duduk rumah goyang kaki. – Anak ada depan mata. – Nak apa-apa minta suami. – Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja. – Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.
Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah. Kenapa saya guna perkataan “sesuai”?
Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza. Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak. Tiada hari cuti.
Hari-hari menghadap dinding yang sama, Berjumpa orang yang sama, Rutin yang sama, Kepenatan yang sama,
Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyiksakan bagi seorang extrovert. Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang.
Yang seronok berjumpa ramai orang. Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari. Yang perlukan pengalaman baru setiap hari. Yang sukakan risiko. Yang tidak suka berseorangan.
Sayalah tu. Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.
Saya mula, – Mudah menangis tidak ada sebab. – Overthinking. – Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang. – Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah. – Restless, anxiety tiba-tiba. – Mimpi perkara bukan-bukan.
Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun.
Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,
Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah. Petang – Tidurkan anak. Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi.
Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti. Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.
Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.
Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami, “Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?” Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga.
Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.
Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah. 1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah. 2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah. 3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah. 4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja.
Ikut masing-masing punya personaliti, minat dan impian. Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”.
Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu. Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula. Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak.
Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah. Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal.
Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”:
1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert.
2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan. – Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak? – Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah?
Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula. 😅
3. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca.
4. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit?
5. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza.
6. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza.
Dapat jaga anak depan mata, rezeki. Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki. Dapat mertua yang baik, rezeki. Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki. ❤️❤️❤️
Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang.
Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak. Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula.
Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana. 🥰
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.