Rasa curiga dan tindakan berani seorang lelaki ini menyelamatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun daripada cubaan culik menerima pujian netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian di mStar, lelaki bernama Mohd Zuwairi Aziz, 39, memberitahu dia kebetulan melalui kawasan berkenaan mencurigai tindakan individu berkenaan bersama kanak-kanak itu.
“Saya pada awalnya nak pergi ambil telefon yang sedang dibaiki di kedai. Saya ternampak seorang lelaki dukung seorang kanak-kanak.
“Kanak-kanak tu menangis, saya rasa curiga jadi saya tanya lelaki tersebut ini anak siapa? Tapi jawapan yang diberikan sangat mecurigakan.
“Dia mula jawab anak yatim, lepas tu bila ditanya lagi seakan nak bertindak agresif pula. Nasib ada orang ramai, pakat sekali nak tahan lelaki tu,” katanya.
Ads
Difahamkan juga, sepatutnya abang kanak-kanak ini datang ambil di sekolah, cuma kebetulan hari tu abangnya terlambat sikit datang, jadi kanak-kanak tu ambil keputusan nak jalan kaki je. Tak sangka perkara ini boleh jadi.
Sebelum ini, pada Rabu, polis mengesahkan lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun itu mengalami masalah psikiatri.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar ke rumah mangsa.
Ads
Mangsa kemudian cuba dilarikan lelaki itu di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…” Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.
Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.
Bintang seni itu menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu juga telah disampaikan puhak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Memey Suhaiza memuat naik sebuah video dimana anak-anak lelakinya tidak lokek melayan kerenah adik perempuanya. Untuk menceriakan hari adik perempuanya, kedua-dua anak lelakinya sanggup melayan setiap hari.
Memey Suhaiza mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim yang juga pelakon popular dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Awishz & Arisz dan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu baby Mikayla Delisha.
Ni video hari tu rasanya..Mummy lupa nak masukkan…Td nak delete gambar sbb hp mummy dah penuh, terperasan video ni..Nilah abg2 yg rajin sgt melayan mikayla.., Takde hari yg sepi utk mikayla., Setiap masa abg2 akn cuba sedaya upaya utk meriahkan hidup mikayla
Rata-rata memuji anak lelakinya yang pandai melayan adik bermain. Kecomelan Mikayla dengan gelak tawanya turut mencuit hati netizen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sampai hati.. Itu yang boleh digambarkan mengenai tindakan seorang pengasuh yang tiada hati dan perasaan kerana disyaki bertindak kasar pada anak asuhannya yang berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, Ipoh pada Khamis.
Beritahu bayi jatuh walker
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada 22 September selepas bapa bayi malang itu menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sebelum dihubungi pada hari sama memaklumkan bayinya terjatuh dari baby walker.
Gambar Hiasan
Bapa mangsa mendapati terdapat kesan bengkak pada bahagian kepala bayi berkenaan dan apabila ditanya, suspek mendakwa mangsa terjatuh ketika didukung.
Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permasuri Bainun dan didapati mengalami pendarahan di kepala serta tempurung kepala mangsa juga retak.
Hempas kepala bayi 2 kali sebab menangis
Menurut Mior Faridalathrash, berdasarkan maklumat awal suspek dikatakan telah menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah setelah bayi itu menangis tidak berhenti.
Suspek berhenti melakukan perbuatan tersebut setelah menyedari mangsa mula tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Gambar Hiasan
Tambah beliau, pihak polis telah menahan suspek wanita warga tempatan berumur 22 tahun yang merupakan pengasuh kepada bayi berkenaan.
Menurutnya, kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.