Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.
Bertengkar, bermasam muka, merajuk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Kalau dua-dua pun berkeras. Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam. Maka masalah pun takkan selesai. Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.
Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.
Ads
Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.
Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.
Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan “maafkan abang.”
Dan isteri pula memeluk suami dan kata “saya pun minta maaf ya bang.”
Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.
Cabaran ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak tidak semudah ABC. Dalam usaha mendidik anak, ibu bapa perlu sama-sama berganding bahu bagi membina sahsiah diri yang kukuh.
Agar mampu mempersiapkan anak menjadi insan cemerlang dan berguna pada masa depan, ibu bapa perlu rajin mendalami ilmu keibubapaan. Kebiasaannya apabila memperkatakan hal mendidik anak, ibu dilihat memiliki peranan sangat penting berbanding bapa.
Fitrah wanita mengandung, melahirkan dan menyusukan pada awal fasa kehidupan anak itu, menyebabkan peranan ibu sangat rapat dan sinonim dengan pendidikan anak. Bagaimanapun tugas mendidik anak bukan hanya tergalas pada bahu ibu seorang sahaja. Bapa turut memainkan peranan.
5 TIP DIDIKAN ANAK YANG TERBAIK
1) 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑱𝒂𝒅𝒊 𝑷𝑬𝑹𝑭𝑬𝑪𝑻𝑰𝑶𝑵𝑰𝑺𝑻
– Anak-anak ini dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2) 𝑹𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝑬𝑿𝑷𝑬𝑪𝑻𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi stress dan tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3) 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑭𝒐𝒌𝒖𝒔 𝑷𝒂𝒅𝒂 𝑹𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak-anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4) 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊 𝑺𝑯𝑰𝑵𝒀 𝑷𝑨𝑹𝑬𝑵𝑻𝑰𝑵𝑮
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5) 𝑩𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑨𝑹𝑰𝑵𝑮
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
Penyanyi Exists, Mamat, 44, bergelar datuk selepas dianugerahkan cucu perempuan yang dilahirkan, lapan hari lalu.
Bayi itu adalah cahaya mata anak kedua Mamat, Mohd Eiki Daniel, 22.
“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,”
Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001.
“Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk. Jadi, belum ada masa hendak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tetapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin.
“Anak sulung dan bongsu belum berkahwin. Saya selalu juga berhubung dengan mereka. Setiap kali datang Kuala Lumpur, saya pasti akan jumpa mereka di rumah mentua.
Tambahnya lagi, dia bangga bergelar datuk di usia yang sangat muda iaitu 44 tahun.
“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.
“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baharu.”
Kredit:
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Kenapa ya ibu-ibu disarankan untuk barut perut baby? Ada apa-apa kelebihan ke? Sampai bila agaknya perlu dipakaikan barut baby ini?
Segala persoalan anda mengenai barut untuk si kecil akan terjawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Amalan barut perut baby
Anda mungkin menganggap bahawa berbarut untuk bayi ini adalah amalan tradisional masyarakat Melayu sahaja, betul tak?
Sebenarnya anda silap! Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Di Filipina menggelarkan barut ini sebagai bigkis, manakala di negara Barat dikenali sebagai baby binder atau belly banding.
Tujuan pemakaiannya adalah sama, iaitu bagi menghindari bayi daripada mengalami ketidakselesaan perut seperti perut kembung atau berangin mahupun sakit perut, dengan hanya membalut kain atau mengikat kain pada bahagian pinggang dan perut si kecil.
Mesti akan ada yang bertanya, “Barut baby pakai sampai bila, ya?”
Kebiasaannya barut akan dipakaikan pada bayi yang berusia sehari – selepas dilahirkan – hingga mencecah usia 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian serta keadaan bayi.
Kini terdapat banyak jenis barut yang boleh dijadikan pilihan. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung mahupun jenis pelekat velcro sahaja.
Selalunya barut ini dihasilkan daripada kain kapas jenis flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal sehingga boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa kerana kepanasan.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan pemakaian barut perut baby ini.
Manfaat barut baby
Kegunaan utama barut adalah untuk memastikan perut bayi sentiasa hangat dan mampat (compressed).
Walaupun tampak seperti tidak menyelesakan, tetapi bagi si manja balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan.
Berikut kelebihan lain pemakaian barut yang patut anda ketahui:
Hindari masalah kembung perut
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tujuan berbarut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Ini kerana si kecil amat terdedah kepada masalah perut berangin.
Elakkan bayi menyusu secara berlebihan
Pemakaian barut boleh mengelakkan si kecil daripada menyusu secara berlebihan. Eh, baguslah kalau bayi menyusu lebih, cepat besar. Itu mungkin secara teorinya, ‘lebih banyak makan, lebih cepat besar’.
Tetapi hakikatnya jika bayi terlebih menyusu ia boleh menyebabkan tekanan pada perut mereka. Ini kerana sistem pencernaan si kecil masih belum mampu menampung jumlah nutrisi yang terlalu banyak.
Melindungi tali pusat bayi
Biasanya dalam tempoh 1-2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan itu boleh menyebabkan bahagian pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.
Jadi dengan memakaikan barut baby, bahagian tersebut akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.