Ibu mana yang mampu melalui satu kehidupan yang bahagia bila mana terpisah dengan anaknya. Namun inilah yang dilalui oleh seorang ibu, yang berkongsi kisahnya di grup Edit Apa Hari Ini di Facebook.

Seorang ibu, Asrul Hidayu yang terpisah lama dengan anaknya meminta orang ramai yang berada di grup popular itu untuk melakarkan wajah anaknya yang terpisah sekian lama.

Permintaan itu yang tular di media sosial meruntun pilu orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen dan kata semangat.

“Assalamualaikum. Bolehkah tolong editkan gambar anak akak yang terpisah 14 tahun ni.

“Agak-agak macam mana wajah dia sekarang. Walaupun wajah dia mungkin sangat-sangat berbeza, kurang-kurang mampu mengubati rindu yang tiada kesudahan,” ujarnya berkongsi.

Akui Hidayu lagi, dia hanya memiliki wajah anaknya, Muhammad Danial Hazmi di ketika usianya tujuh hari. Malah sehingga kini dia tidak pernah dipertemukan dengan anak sulungnya itu.

“Rindu Sangat-Sangat” Hanya Miliki Gambar Anak Umur 7 Hari, Ibu Minta Wargamaya Edit Gambar Anak Nak Lepas Rindu!

IKLAN

Sarat menanggung rindu yang tak tertahan, Hidayu turut meminta ahli grup untuk melakar wajah anaknya dikala usianya yang kini menginjak 14 tahun.

“Muhammad Danial Hazmi (lahir 22/8/2009)di KPMC. Ni gambar masa dia 7 hari. Dia ada dengan keluarga angkat yang akak tak tau keadaan dan keberadaan dia kat mana.

“Sampai sekarang masih berharap dapat dipertemukan dengan dia. Rindu sangat-sangat. Sekarang dia dah ada 4 adik. Adik-adik dia tau kewujudan dia,” katanya lagi yang mengundang hiba orang ramai.

Menerusi perkongsian itu, saudara Shabikan Manan bermurah hati melakarkan gambar anak kecil itu seperti mana yang diminta Hidayu.

“Rindu Sangat-Sangat” Hanya Miliki Gambar Anak Umur 7 Hari, Ibu Minta Wargamaya Edit Gambar Anak Nak Lepas Rindu!

IKLAN

“Sekadar mencuba dari wajah asal baby. Wallahua’lam. Moga dipermudahkan urusan pencarian puan. Aminn,” tulisnya.

Menarik: “Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

“Paling Lama Dia Bertahan 5 Jam Saja” Bergantung Alat Pernafasan Ke Sekolah, Ibu Mohon Simpati Bantu Anak Sakit Paru-Paru Kronik!

Dalam pada itu, seluruh perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan dan kata-kata semangat serta doa buat ibu ini agar terus kuat serta dipermudahkan urusannya mencari anaknya.

Malah wargamaya turut berusaha mencari anak kecil itu dipelbagai media sosial lain seperti Instagram dan juga Tik Tok.

IKLAN

“Rindu Sangat-Sangat” Hanya Miliki Gambar Anak Umur 7 Hari, Ibu Minta Wargamaya Edit Gambar Anak Nak Lepas Rindu! “Rindu Sangat-Sangat” Hanya Miliki Gambar Anak Umur 7 Hari, Ibu Minta Wargamaya Edit Gambar Anak Nak Lepas Rindu!

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI