Jika anda penggemar buah pisang, anda mungkin tahu bahawa sebenarnya ada banyak jenis jenis pisang dengan pelbagai nama yang unik. Tidak hanya itu, setiap daripada jenis itu juga mungkin mempunyai manfaat tersendiri terhadap kesihatan. Jom terus baca artikel ini!
Pisang bukan berwarna hijau dan kuning sahaja?
Kebanyakan individu mungkin sangka bahawa buah ini cuma ada dua jenis dan akan dibezakan daripada warna iaitu hijau dan kuning sedangkan sangkaan ini tidak begitu tepat.
Ini kerana warna pada kulit pisang itu sebenarnya hanya akan menunjukkan kepada kita semua sama ada ia sudah masak (warna kekuningan) atau belum matang (warna kehijauan).
Ia juga mampu menentukan cara untuk anda mengambil buah ini dan ada 3 kaedah utama memasaknya iaitu:
Warna hijau – Disebabkan tekstur yang agak keras dan rasa kurang manis, ia sesuai untuk digoreng dengan tepung dan minyak
Warna kuning cerah – Ia boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dijadikan minuman
Warna kuning gelap – Ia boleh dilenyek atau dikisar untuk dijadikan snek cucur pisang
Persoalannya, apa pula jenis jenis pisang yang dimaksudkan di awal artikel? Terus skrol artikel ini!
Jenis pisang dan manfaat buah ini pada kesihatan!
Untuk pengetahuan anda semua, buah ini memang ada banyak jenis dan mempunyai manfaat terhadap kesihatan yang tersendiri termasuk:
#1. Susu
Merupakan jenis pisang yang paling umum dan biasa, pisang susu dipercayai ada manfaat yang sangat bagus terhadap ibu hamil kerana ia tinggi dengan asid folik atau folat.
Ads
Tidak hanya itu, pisang ini juga mampu membantu merawat masalah mual atau muntah akibat loya. Jadi, pengambilannya mungkin agak bagus di saat anda tidak sedap perut.
Pun begitu, ia mungkin agak tinggi dengan kalori yang boleh menjejaskan berat badan individu.
2. Montel
Dikenali ekoran bentuknya yang agak gemuk dan bulat sesuai dengan nama, pisang montel mempunyai rasa yang agak manis serta sedap untuk dimakan dengan begitu sahaja.
Ia tinggi dengan nutrisi serat, karbohidrat, protein, lemak dan dipercayai sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman individu apabila ada masalah.
Apa yang agak menarik, pengambilan buah ini setiap hari dikatakan juga bagus untuk penglihatan yang lebih jelas.
3. Abu
Ramai yang mungkin mempersoal dan mempersenda nama pisang ini namun belum tahu jika ia mempunyai vitamin dari jenis B, C, kalium, potasium dan lain-lain yang sangat tinggi.
Ads
Turut tinggi dengan nutrien serat, ia bagus jika anda ada masalah sembelit atau buasir kerana jenis pisang ini adalah amat bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anda.
Ia juga agak mudah ditemui dan biasa dijadikan pisang goreng ekoran tekstur yang kenyal serta rasa yang manis mengalahkan pisang nangka yang turut popular atas sebab sama.
4. Raja
Jangan pula keliru dengan pisang ini dan pisang emas. Ini kerana pisang raja mungkin lebih tinggi nutrisi seperti serat, mangan, protein, kalium, magnesium dan vitamin dari jenis A, B6 dan C.
Disebabkan vitamin serta mineral yang sangat padat di dalamnya, pisang ini mungkin mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sumber tenaga tubuh badan individu itu.
Ia juga ada manfaat untuk tulang, mata, otak, serta membantu melawan penyakit seperti anemia.
5. Tanduk
Ads
Pisang yang paling panjang dan besar ini juga sangat padat dengan banyak nutrisi seperti serat, folat, magnesium, kalium, zat besi dan pelbagai lain jenis vitamin serta mineral.
Manfaatnya pula tentu sekali dapat mengatasi masalah perut seperti sembelit dan buasir. Apa yang lebih bagus, ia juga baik jika anda ada masalah kesihatan organ ginjal dan buah pinggang.
Anda juga tidak perlu makan terlalu banyak untuk mendapatkan manfaat kerana saiznya yang luar biasa.
Adakah wujud lagi jenis-jenis yang lain?
Ya, ada. Buat anda yang mungkin belum tahu, wujud lagi pisang nangka, pisang emas, pisang awak dan lain-lain yang turut mempunyai manfaat lebih kurang sama dengan jenis-jenis di atas tadi.
Konklusinya, manfaat daripada buah ini juga mungkin tidak jauh berbeza di antara satu sama lain meskipun berlainan jenis namun memerlukan kajian lanjut untuk benar-benar pasti tentangnya.
Bukan main banyak stok makanan di dapur. Sepanjang tempoh PKP ni, kita akan tambah stok banyak-banyak supaya tak susah untuk keluar lagi. Sebaiknya belilah bekalan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk dua minggu untuk memudahkan urusan di dapur.
Ada sesetengah bahan dapur yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Sesetengahnya perlu disimpan bagi kerana ia memerlukan suhu sejuk untuk bertahan lama. Nana Ruzanna ada berkongsi tentang pengurusan peti ais yang betul di laman Facebooknya.
Ikuti perkongsian ini.
🎯Pengurusan Peti Ais yang betul Jom semak yukk🤗
1. #SOS Ini termasuk sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka. Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. #SUSU 🥛 🥛 Ok next susu. Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3. #TELUR 🥚 🥚 Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara :
📌Simpan di luar peti ais 👉Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date) 👉Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak. 👉Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
📌Simpan dalam peti ais (chiller) 👉Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak. 👉Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4. #UBAT-UBATAN 💊💊 Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
Anak kecil dan jajan atau snek kurang berkhasiat seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Ibu mana yang tidak bimbang jika si manja gemar makan snek yang belum tentu kandungan nutrisinya.
Tambahan pula ada fakta yang menyatakan kanak-kanak di Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan nutrisi. Dilaporkan 13% kanak-kanak tidak mempunyai berat badan yang mencukupi pada tahun 2015.
Jadi, jika anak anda kerap terdedah kepada makanan ringan yang tidak sihat, dia akan menjadikannya sebagai makanan keselesaan dan berkemungkinan menolak makanan berupa snek yang lebih sihat seperti buah-buahan. Berikut adalah empat perkara mudah yang boleh anda cuba untuk menjadikan anak sukakan makanan sihat.
1. Ajar bahawa sayur-sayuran adalah lazat
Anda digalakkan memasukkan sayur-sayuran ke dalam makanan yang disediakan untuk menarik minat anak. Sambil itu, anda perlu menerangkan bahawa sayur- sayuran boleh menjadi enak untuk dinikmati dengan rasanya yang tersendiri. Antara lain, anak anda mungkin lebih berminat untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran jika ia dipotong atau dihidangkan dalam corak- corak yang menarik.
2. Ajar cara kawal ambil makanan
Gunakan konsep pinggan kesihatan iaitu suku – suku – separuh dalam mengajar anak mengawal pengambilan makanan harian. Anak anda perlu belajar mengambil makanan di atas pinggan mengikut pembahagiannya iaitu suku nasi, suku makanan berasaskan protein seperti ayam, telur, ikan dan kekacang; dan separuh pinggan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Cara lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan membeli kelengkapan makan yang menarik dan mesra kanak-kanak agar dia berasa selesa ketika menikmati makanan yang dihidangkan.
3. Sediakan makanan kegemarannya versi sihat
Jika anak suka makan makanan bergoreng, anda tidak perlu sekat dia daripada terus menikmatinya. Apa yang perlu anda lakukan ialah kurangkan penggunaan minyak, garam dan gula agar makanan yang disediakan lebih sihat.
4. Penuhkan dapur dengan makanan berkhasiat
Apabila umur si kecil meningkat, pilihan dan keperluan pemakanannya berubah. Plan pemakanan yang baik harus mempunyai keseimbangan nutrisi, mudah didapati dan sesuai dengan seleranya.
Untuk itu, lengkapkan kabinet dapur dan peti sejuk di rumah anda dengan makanan ringan yang mudah dicapai tetapi sihat seperti buah-buahan sama ada yang bersaiz kecil atau siap dipotong, keju, yogurt, kekacang dan lain-lain.
5. Ajar anak pilih makanan sihat
Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien. Ajar dia pilih buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula dan ambil makanan yang terdiri daripada bijirin penuh dan tinggi serat.
6. Ambil suplemen
Produk Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons terdapat dalam dua varian iaitu DHA dan Manuka Honey pun baik untuk diamalkan. Ia merupakan pilihan snek yang sihat untuk kanak-kanak. Ia dihasilkan daripada 100% Premium Australia Milk yang kaya dengan DHA untuk membantu kanak-kanak menjadi bijak. Manakala varian Manuka Honey pula untuk membina imuniti yang kuat.
Amalkan juga Nature’s Way Kids A+Omega -3 Fish kerana ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi, baik untuk perkembangan otak, daya tumpuan, minat belajar dan sikap peribadi si kecil.
Suplemen-suplemen ini bukan sahaja snek yang sihat, malahan menyihatkan badan dan minda jika diambil selalu. Dapatkan produk-produk ini melalui pembelian online di Lazada. Klik link untuk keterangan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak khasiat ubi keledek terutama untuk bayi. Ibu-ibu yang baru hendak memperkenalkan bayi makanan pejal, jangan lupa masukkan ubi keledek dalam menu makanan. Khasiatnya sangat bagus untuk perkembangan organ si manja.
Ubi keledek dikategorikan sebagai sumber makanan yang mempunyai sebatian berfungsi untuk kesihatan seperti B-Karotena dan antosianin. Penambahan ubi keledek sebagai sebahagian dari ramuan makanan merupakan satu nilai tambah pada produk berkenaan.
Berikut dikongsikan kebaikan ubi keledek kepada kanak-kanak:
1. Ubi keledek bebas gluten (bagus untuk anak-anak yang ada masalah ekzema, asma, leaky gut dan alahan terhadap makanan berasaskan gandum).
2. Kaya dengan karbohidrattapi rendah lemak dan bebas kolesterol, jadi tak perlu risau kalau anak makan banyak sebab tak menggemukkan.
3. Tinggi vitamin A (beta kerotin) yang baik untuk kesihatan mata bayi.
4. Ia juga sumber multivitaminseperti C,E,K, vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang diperlukan untuk perkembangan organ badan bayi.
5. Mengandungi potasiium yang tinggi, kalsium dan serat yang tinggi yang baik untuk proses penghadaman. Jadi bayi tak akan mudah sembelit bila makan keledek.
6. Rasa lemak manisnya mesti akan digemari oleh bayi jika anda perkenalkan ia sebagai puri pertamanya.
7. Mudah dan cepat dimasak sama ada direbus atau gril. Selain itu ia juga murah dan mudah diperolehi.
Jadi, ibu-ibu semua silalah masak ubi keledek untuk si manja. Kalau tak ada idea, ini LIMA resipi berasaskan ubi keledek yang anda boleh cuba.
PURI KELEDEK DAN KACANG PUTIH
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang putih mata hitam
Sedikit kulit kayu manis
Cara penyediaan:
1.Keledek pula dikupas, dipotong dadu dan kukus sehingga masak.
2.Kacang pula direbus dengan kulit kayu manis sehingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK DAN AYAM
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan isi ayam tanpa tulang
½ ulas bawang putih
Sedikit halia (opsyen)
Cara penyediaan:
1.Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.
2.Manakala keledek pula dikupas dan dipotong dadu.
3.Kukuskan semua bahan sehingga masak.
4.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK, SALMON DAN PIS
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang pis
½ keping salmon tanpa tulang
Cara penyediaan:
1. Keledek dikupas dan didadu.
2. Stimkan keledek dan kacang pis sehingga empuk.
3. Kisarkan dua bahan ini.
4. Sementara itu kukus salmon berasingan.
5. Hancurkan isi salmon dengan garpu dan kemudian gaulkan bersama dengan puri.
6. Siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK, EPAL DAN KACANG DAL
Bahan-bahan:
½ biji keledek
Sebiji epal
1/3 cawan kacang dal
Cara penyediaan:
1.Stimkan keledek dan epal.
2.Kacang dal pula direbus hingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
PURI KELEDEK DAN EPAL
Bahan-bahan:
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Sebiji epal
Cara penyediaan:
1. Keledek dan epal dikupas dan di dadu.
2. Stimkan sehingga empuk.
3. Puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Moga idea-idea ini dapat membantu mama menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Variasikan jenis makanan supaya anak-anak tidak mudah jemu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.