
Pencuci ini berasal dari negara Itali. Siapa pernah mencubanya pasti akan terasa ketagih! Rasanya yang lembut berlemak, terasa sikit bersusu ditambah pula dengan rasa manis-manis topping memang kombinasi yang menarik.
Bagi yang tak pernah mencuba apa kata buatkan si manja anda panna cotta versi mesra bayi. Bahan-bahan yang dikongsi sesuai untuk bayi anda. Memang tak jemu!

PANNA COTTA 👶🏻

Disebabkan Farrel Aymen ni suka makan so mama ligat berfikir nak buat menu apa untuk dia hari-hari. Tetiba terbaca resepi panna cotta untuk bayi. Apa lagi..mama terus la buat untuk dia. Alhamdulillah, dia suka! Mama pun happy ❤️
Bahan Bahan:
- 1/4 cawan agar-agar tali (jangan terlalu banyak, nanti keras. Kita nak tekstur panna cotta ni macam dadih)
- 2 cawan susu penuh krim
- Topping pilihan – jagung, mangga, rockmelon, dragonfruit & etc

Cara Cara:
Basuh dan rendamkan agar agar tali sehingga lembut. Kemudian masak agar agar tali tersebut bersama susu sehingga agar agar larut sepenuhnya. Tutupkan api .
Tapis dan tuangkan ke dalam acuan/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika di dalam peti sebelum diletakkan topping pilihan.

Sis tukar-tukar topping supaya Farrel Aymen tak jemu. Menurut pemilik resepi ni, panna cotta guna gelatin tapi kita ganti guna agar-agar tali je untuk bayi.
Sedap tau dimakan sejuk sejuk. Mama pun tumpang sekaki. Haha. selamat mencuba!
Kredit: Zurienn
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!














Satukan ke semua Bahan Kulit kecuali air. Kacau sebati dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Adunan mestilah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Kemudian panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan. Masak sehingga permukaan atas menjadi kering. Angkat dan ketepikan. Ulang sehingga habis.
Untuk membuat inti pula, satukan ke semua Bahan Inti dan kacau sebati hingga tiada adunan yang berketul.
Masukkan inti dan kepitkan acuan tersebut. Buangkan lebihan kulit di keliling acuan. Ulang sehingga habis.


