Biasanya buah mangga, kedondong, jambu atau nanas pilihan ramai untuk buat jeruk asam boi. Namun kali ini ada kelainan sikit apabila menggunakan buah rambutan. Kebetulan sekarang musim buah rambutan, boleh cuba.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam. Nampak sedap apabila makan sejuk-sejuk.
Ada banyak buah rambutan kat rumah ni. Saya buat rambutan asam boi pula. Ada peminat menu ni tak?
Resepi rambutan asam boi
Buah rambutan
Asam boi
Ads
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cilipadi
Garam dan gula
Cara-cara:
1) Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
Ads
2) Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk
3) Masukkan pula asam boi , serbuk asam boi , cilipadi , garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut..gaul bagi mesra
Ads
4) Buang biji limau kasturi kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bertarawih bersama anak-anak dan suami, masa menonton televisyen seharusnya dihidangkan dengan sajian moreh yang menyelerakan. Roti dengan cicahan sos Butterscotch ini memang padu dikala bersantai. Rupanya nak menyediakannya cukuplah mudah.
Resipi perkongsian Nur Aisya ini menjadi kegemaran anak-anaknya. Simple cara penyediaannya. Jom cuba.
Anak-anak suka sangat butterscotch ala kampung mama ni. Jadi sebelum puasa hari tu, simpan stock sikit untuk cicah-cicah dimalam hari. Kalau beli tak puas makan, inti sikit sangat.
Bahan-bahan:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 tutup esen vanila
1/2 cawan butter/marjerin pelangi
Garam secubit
Air tepung gandum (2 sudu tepung gandum dibancuh dengan air biasa)
Air panas 2 cawan
Masukkan gula 2 sudu besar. Buat caramel sampai perang ye.
Dah jadi caramel macam ni, tuang air panas. Hati-hati.
Masukkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Masukkan planta atau butter ke. Ni pakai marjerin pelangi. Memang favourite dari dulu. Masukkan sekali esen vanila 1 tutup. Masukkan secubit garam.
Masukkan air tepung gandum. Jangan pekat sangat, agak-agak je. Masukkan sikit air.
Dah naik buih-buih ni, dah masak la tu.
Gambar butterscotch jadi macam ni la. Tak pekat, tak cair. Sedang-sedang je.
Siap.
Ok boleh cicah dah! Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sate sememangnya makanan tradisi orang Malaysia. Rata-rata menyukai rasanya yang berempah dan lembut, malah turut menjadi makanan kegemaran kanak-kanak. Namun di musim PKP ini agak sukar untuk mendapatkan sate kerana kebanyakan kedai sate tidak beroperasi.
Tak perlu bimbang kerana cara membuatnya sangat mudah dan kos yang dikeluarkan jauh lebih murah untuk membuat sate. Yang paling peting sedap cukup rasa. Bosan-bosan waktu PKP ini jom kita cuba resipi mudah ini. Kalau mama papa nak buat untuk anak-anak kecil tak perlu tambah garam dan gula, rasanya manis asli dari ayam pun cukup sedap.
Puas hati bila buat sendiri, lagi sedap. Makan macamtu je pun dah sedap. Walaupun makan berdua je saya lagi suka buat sendiri. 1 ekor ayam dapat 40 cucuk sate. Itu pun buat besar-besar.
Resipi sate ayam merecikkk (untuk 1 ekor ayam)
BAHAN-BAHAN
-1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci & toskan)
(kulit ayam jangan buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)
Bahan Kisar
-2 labu bawang besar **
-5 ulas bawang merah (taknak letak pon takapa, letak lagi sedap)**
-1 labu bawang putih **
-2 Inci halia**
-4 batang serai **
(satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit air)
Bahan Perap
-2 keping gula melaka (potong kecil-kecil/hiris-hiris)
-1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap)
-2 sudu kecil garam
-4 sudu kecil serbuk kunyit
-3 sudu besar jintan manis
CARA-CARA
-Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap. Kemudian gaul hingga sebati.
-Boleh tambah apa yang kurang, gula/garam.
-Perap semalaman kalau nak sedap.. (sy perap balik kerja semalam, petang tadi baru bakar)
-Selepas perap baru dicucuk pada lidi
-Nak lebih sedap selitkan lemak/kulit ayam ditengah
-Lebihan perapan tadi,ambil sedikit, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 batang serai ketuk hujungnya)
-5minit dah masak, sebab dah perap semalaman.
-Masa bakar tu renjiskan dengan bahan renjis ye, biar satay tu basah je.
Makan macam tu pun dah sedap, sebab dah cukup rasa.. selamat mencuba!
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN
-1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan kisar/tumbuk separa halus. Saya kisar sahaja, jangan halus sangat ye)
-Segenggam cili kering (potong, rebus) **
-2 labu bawang besar **
-2 inci halia **
(Kisar bahan bertandan **dengan sdikit air)
-1 batang serai (ketuk)
-2 keping gula melaka
-1/2 cawan gula
-Garam
-3 cawan air
-1 kotak santan
-2 keping asam keping
CARA-CARA
-Panaskan minyak, jangan sikit sangat, jangan banyak sangat.
-Tumiskan bahan kisar, masukkan serai(tumis smpai pecah minyak).
-Masukkan kacang, gaul sebati.
-Masukkan air, biar mendidih. (api perlahan)
-Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
-Masak sampai kuah jadi pekat.
-Rasa dan boleh tambah apa yang kurang.
-Siap
**
Kalau taknak letak santan pun tak apa, just guna air je.. Kalau saya, saya suka letak santan.
credit : Siti Norizan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak dan ayam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja sajian ayam, anak-anak menjerit keriangan malah tidak sabar-sabar menikmatinya.
Apa kata sempena hujung minggu dan majlis yang istimewa, mama sediakan Roast Chicken hebat ini untuk anak-anak. Resipi sedap dan superb yang dikongsikan oleh Ainon Abdullah.
Saya pernah cuba beberapa resipi roast chicken termasuk resipi kenny rogers yang pernah viral tu. Tapi tak berapa jadi sebab bawang yang diblend dan lumur pada ayam kemudian dibakar dalam oven macam tak berapa sesuai. Dapat rasa pahit bawang yang kurang masak. Mungkin juga teknik saya salah.
Bolehla makan sekadar untuk kenyang. Roast chicken basic ni jugak yang family suka. Satu-satunya western menu saya yang arwah suami suka dan makan bertambah-tambah. Dia tekak Melayu susah sikit nak terima menu omputeh. Kecuali kalau makan di restoran.
Roast chicken ni makanan traditional orang sini. Kita makan rendang masa raya, depa makan nilah untuk christmas dinner. Kalau big family, roast turkey. Saya prefer ayam sebab isinya lebih manis & juicy. Macam beli ikan kembung, kalau ikan besar isi kurang sedap kan.
Saya share resipi kat gambar kalau ada ibu-ibu muda yang nak mencuba resipi sihat dan mudah ini. Resipi ni saya belajar dari youtube Laura Vitale lebih 5 tahun lalu. Sekarang dah jadi salah satu menu favorite keluarga.
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang
Lemon
1 labu bawang putih
Daun Thyme
Daun rosemary
Butter
Garam dan lada sulah
Basic ingredients. Ayam, Onion , lemon, garlic 1 labu, thyme (nampak hitam sebab lama sangat berbulan-bulan dalam freezer), rosemary kalau tak ada fresh, dried pun ok, butter 1 full tbsp, salt & pepper.
Potong carot, celery & kentang. Campak dalam mangkuk baking, pour olive oil, sprinkle black pepper & secubit garam . Gaul dan ketepikan sayur-sayuran dan susun onion macam dalam gambar. Susun begini supaya nanti juice dari ayam jatuh dan bercampur dengan air dari sayur-sayuran menjadi kuah yang enak.
Cincang halus rosemary, ambil 1 ulas yang paling besar garlic dan sagat. Campurkan keduanya dengan butter, tambah sedikit garam (dalam 1/2 tsp) dan black pepper dan gaulkan. Kemudian sumbat di bawahh kulit ayam (rujuk gambar seterusnya) & tekan dari luar untuk ratakan.
Kalau ada lebih sapu je keliling ayam tu. Lemon & garlic di belah dua & sumbat ke dalam perut ayam. Sumbat juga thyme. Kalau ada garlic yang tertanggal campak aja ke dalam mangkuk bake.
Kemaskan dan letak atas susunan onion & sayur-sayur. Bakar pada 170-180 celcius (fan oven) jangan dibuka selama 1 jam setengah – 1 jam 45 minit bergantung kepada size ayam. Kalau kecil, sejam setengah dah boleh check dengan mencucuk pada pangkal. Kalau tak ada darah maknanya dah masak. Kalau besar sejam 45 minit.
Sebab ramai yang tanya, saya tambah resipi untuk gravy & mash potato.
Mash – rebus potato (letak garam siap-siap dalam air nanti tak perlu letak dah) hingga empuk, toskan, lenyek sambil dicampur butter (1 -2 tbsp), lada hitam & lada sulah. Tambah sedikit fresh milk (agak-agak jangan sampai lembik).
Gravy- tumis garlic atau onion atau both with butter (dalam 2 tbsp) sampai onion bertukar warna. Masukkan black pepper, tambah air sejuk sikit & blend untuk hancurkan onion (boleh skip kalau anak-anak tak kisah tergigit onion).
Masukkan air lagi, 1 kiub ayam dan tepung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah. Sukatan air & tepung agak-agaklah ya. Dalam 2 cawan air & 1 full tbsp tepung kot. Itu resipi asal, tapi saya tambah 1 tbsp black pepper sauce, sedikit susu segar dan kicap manis sikit untuk warna. Tak perlu garam sebab kiub ayam dah masin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum si kecil hadir, apa kata ambil peluang untuk bercuti berdua dengan pasangan. Percutian ini, dikenali sebagai babymoon, semakin popular di kalangan bakal ibu bapa yang ingin menikmati masa berkualiti bersama sebelum kehidupan berubah dengan kehadiran bayi.