Bosan dengan brownies biasa, jom cabar diri sendiri untuk hasilkan Red Velvet Cheese Brownies ni pula. Sedapnya tak terkata. Paling menarik nak buatnya pun amatlah mudah. Malah tidak memerlukan proses yang sukar. Hujung minggu ini apa kata kita sediakan sendiri untuk anak-anak dan keluarga.
Resipi yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah ini memang awesome. Rasanya cukup hebat, ditambah pula dengan keju yang tebal dan padu. Jom cuba!
Bahan-bahan (Loyang 7 inci x 7 inci):
Lapisan Brownies
1/2 ketul (125g) mentega
1/4 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
1 sdb serbuk koko
6 sdb (+-100ml) yogurt asli
1 sdt pewarna merah
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur (A)
1/2 sdt pes vanila
1/2 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cairkan mentega & campurkan bersama dengan minyak jagung. Ayak tepung kek & serbuk koko.
Ads
Campurkan yogurt & pewarna merah. Kacau sehingga sekata. Masukkan gula kastor & telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati selama +-1 minit dengan menggunakan mixer.
Masukkan campuran mentega cair & minyak jagung. Pukul seketika sehingga sebati. Masukkan yogurt & pewarna merah yang telah dibancuh. Pukul lagi selama +- 30 saat.
Masukkan tepung & serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sekadar sebati sahaja.
Masukkan pes vanila. Pada masa yang sama, satukan jus lemon & soda bikarbonat ke dalam bekas kecil. Kacau rata & masukkan terus ke dalam adunan brownies. Pukul seketika selama +-30 saat.
Ketepikan 2 sdb adunan yang akan digunakan untuk membuat corak pada lapisan atas. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci x 7 inci yang telah digris dengan mentega & dialas dengan kertas pembakar yang dilebihkan sedikit supaya mudah untuk dikeluarkan nanti. Ratakan.
Ads
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C/ api atas bawah/ rak tengah selama 40-50 minit.
Semasa brownies sedang dibakar, boleh sediakan untuk lapisan keju. Pukul krim keju dengan mixer sehingga berkrim.
Masukkan gula aising & pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur. Pukul seketika sehingga sebati.
Masukkan pula jus lemon. Kaup balik sehingga rata. Setelah brownies masak & masih panas, tuangkan adunan keju & ratakan.
Ads
Letakkan adunan brownies & corakkan mengikut kreativiti masing-masing. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C/ api atas bawah/ rak tengah selama 30 minit.
Setelah 30 minit, biarkan brownies seketika di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan & disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Nota: * Resipi lapisan krim keju sesuai untuk brownies berukukuran 10 inci x 10 inci. Gandakan resipi lapisan brownies & gunakan loyang 10 inci x 10 inci supaya lebih seimbang. Saya sukakan lapisan keju yang tebal. Jadi, saya gunakan terus 350g krim keju dalam resipi ini.
* Resipi asal menggunakan suhu 175C untuk membakar lapisan keju.
* Boleh abaikan langkah terakhir dalam resipi ini.
* Sukatan pewarna merah yang digunakan bergantung kepada jenis & jenama pewarna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu hal yang mencabar ketika cuti panjang ini adalah menyediakan makanan buat anak-anak kecil kita yang kelaparan. Peti ais sentiasa di buka, manakala tudung saji pula sentiasa diintai si anak kecil. Kita pun sama. Kelaparan setiap masa.
Ada baiknya ketika kita semua bekerja dari rumah ini, mama cuba mencari altenatif untuk menyediakan makanan yang paling ringkas tetapi berkhasiat untuk anak-anak. Kalau boleh masaklah dalam kuantiti yang banyak supaya senang anak makan.
Cucur sayur yang disediakan oleh Sabariah Sareh Saad ini mama boleh cuba. Resipi paling ringkas untuk sarapan dan minum petang ini bukan saja jimat masa bahkan sihat berkhasiat. Nak lebih khasiat lagi, mama tambahkan telur atau ayam cincang.
Cucur ni famous sebab masa cuti macam ni mak-mak akan buat banyak sebab anak-anak sentiasa lapar dan buat onar dekat rumah. Buat banyak-banyak letak bawah tudung saji, nanti pandailah anak ambil dekat dapur. Kami dulu kecik-kecik macam tu lah cuma dulu glamour cucuq bawang.
Bahan-bahan:
Kentang
Daun sup
Cili besar
Bawang merah
Tepung gandum secukupnya
Senang ja cucur ni. Bancuh tepung gandum dengan air macam biasa.
“Adun sebati goreng dan sedia.. eah macam nyanyi lagi iklan pulak😂 gaul sebati panaskan minyak dan goreng.
Cukup likat elok masukkan bawang besar, kentang, cili besar dan daun sup. Potong halus je atau cincang pakai chopper tarik-tarik tu. Kalau anak tak suka cili boleh je abaikan.
Panaskan minyak dan goreng. Mudah je.
Untuk lebih umph boleh cicah dengan sambal bilis, sambal hijau atau sos cili je.
Ps: Selamat mencuba chuols. Cucur kos jimat ni sesuai untuk anak ramai dan kuat makan. Mengenyangkan sebab letak kentang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sardin antara menu yang paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sedap dimakan pula dengan nasi panas dan digandingkan dengan telur dadar memang menambahkan selera sesiapa sahaja!
Resipi kali ini sedikit berbeza seperti yang dikongsi oleh Puan Nurbaizura. Bagi yang tidak pernah mencuba pasti tertanya-tanya bagaimana rasa sardin masak paprik? Jom ikuti langkah demi langkah penyediaan menu ini.
Resipi Sardin Masak Paprik
🐟🐟🐟
Bahan bahan:
1 tin ikan sardin
1 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit halia – cincang halus
2 ulas bawang merah – cincang halus
1 btg serai – hiris
Cili burung boleh masukkan kalau suka pedas
1 sudu serbuk cili (babas)
1 sudu sos tiram
1 senduk kecik sos cili
Daun limau purut
Limau nipis
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Cara penyediaan rujuk gambar:
Panaskan minyak
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai
Dah garing bawang tambah serbuk cili kemudian terus tambah air supaya tak hangit
Tambahkan air dan tumis sampai bawang dan cili pecah minyak
Bila dah pecah minyak masukkan sos tiram
Sos cili dan tambahkan sedikit air.
Bila sos dah pekat elok masukkan bawang besar dan daun limau purut
Masukkan ikan sardin beserta kuah skali
Tambahkan garam,gula dan pak aji
Perah asam limau nipis
Masukkan sayur
Dah siap. Kalau suka pedas masukkan cili potong.. Rasa dia lagi kawwww 😁😁
Labu sahaja sudah cukup mengenyangkan, inikan pula digabungkan bersama nasi. Pasti anak kekeyangan dan lena tidurnya.
Finger food atau jejari labu dengan nasi ini sudah semestinya disukai anak kita. Mana tidaknya, rasanya yang manis buat anak tertarik. Nak buat macam mana? Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah dengan nasi ini memang awesome. Jom cuba!
Labu ni antara sayur yang tinggi khasiat. Bagus untuk sistem penghadaman. Texture, rasa dan warna cukup memikat selera. Kak Mai yakin labu ni feverat anak-anak kecil kan. Nabi kita pun sangat sukakan labu.
Nah Kak Mai share resepi guna labu untuk dijadikan #FingerFood anak kita. Senang anak nak pegang sendiri sebab tak melekit-lekit.
[su_button url=”hhttps://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/pure-n-fresh-hand-blender-set-20143128″ style=”flat” background=”#ef2dac” color=”#ffffff” size=”6″]Pure N Fresh Hand Blender Set[/su_button]
Bahan-bahan yang digunakan :-
Labu -anggaran 1 cawan
Nasi -setengah atau 1 cawan
Tepung jagung 1-2 sudu
Air masak setengah cawan
**Nak letak serbuk bilis pun best bagi rasa masin.
Yang paling penting adalah KASIH SAYANG ibu-ibu sekelian. Betul?
Kukus atau rebus labu. Jaga air jangan terlampau banyak bila merebus. Sebab labu ni sayuran berair.
Kisar aje semua sekali gus.
Bagi yang ada piping bag anda bernasib baik. Yang takde usah risau. Kita DIY sendiri guna plastik macam ni. Gunting kat hujung tu aje wak.
Gini la rupanya. Nak buat saiz panjang-panjang pun boleh. Bakar pada suhu 110-120 (bergantung pada oven) Selama 30 minit. Sebenarnya nak goreng pun boleh. Dia (eh dia ke) akan jadi rangup-rangup sikit. Best gak.
Siap untuk dimakan begitu saja. Kena makan time panas-panas suam. Kalau dah sejuk dia mudah lemau. Liat sikit nak makan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.