Menu berasaskan sup antara menu wajib yang sentiasa ada dalam rutin harian kita. Kali ini menu sup wantan pedas dan masam ini boleh dijadikan pilihan untuk menu sekeluarga. Memang layan.
Macam mana nak buat sup wantan? Jom cuba resipi perkongsian Zurina Zulkefli ini. Simple tapi cukup sedap.
Sup Wantan untuk minum petang.
Bahan inti:
Daging ayam kisar jenama Ramly
Kulit wantan
Lobak merah – cincang
Daun bawang – hiris
Tepung jagung – 1 sudu makan
Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali dan gaul sebati
Bungkus inti menjadi wantan
Ads
Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang.
Ads
Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
Ads
Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kek coklat sememangnya kek yang paling senang disediakan. Hanya satukan sahaja kesemua bahan dan dikukus hingga masak. Bila-bila anak nak makan pun mama pasti tiada masalah untuk membuatnya.
Langkah demi langkah cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Cik Nadzri ini memang membantu untuk mereka yang keliru cara hendak menyediakannya. Cukup lengkap. Terbaik!
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ minyak mazola
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat
3 biji telur
Satukan bahan gula, susu cair, minyak dan susu pekat dalam periuk dan masak hingga berbuih.
Gaulkan tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat kemudian diayak.
Pukul tiga biji telur hingga kembang dan putih.
Kemudian campurkan bahan masak, bahan kering. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1 jam 15 minit. Pastikan air pengukus dah mendidih.
PKP menjadikan kita lebih kreatif untuk mencipta pelbagai resipi buat anak-anak di rumah. Aiskrim jangan dilupakan kerana ia menjadi penyejuk tekak dan paling disukai anak-anak kita.
Tak perlu beli, kali ini apa kata kita buat sendiri aiskrim mangga homemade seperti yang dikongsikan oleh Pie Emy. Rasa memang padu!
Teringat mak kita ada bagi mangga, ehhh jom kite buat jap. Aiskrim mangga Homemade, Perghhhh fresh giler rasa dia.
Bahan-bahan:
Ovelet 1 sudu
Susu pekat ikut manis
Mangga -potong ikut suka banyak mana
Susu cair 1 tin
Blend semua bahan sampai gebu.
Masukkan dalam bekas.
Kemudian taburkan potongan mangga dadu dekat atas.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jom perkenalkan pelbagai kombinasi makanan pada bayi. Resipi yang dikongsi oleh ibu ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas dan yang paling penting cukup khasiatnya!
1. Tumis Bawang dengan Unsalted Butter sehingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit Tepung gandum dan kacau.
2. Masukkan Ayam cincang dan masak sekejap.
3. Masukkan Carrot yang dipotong dadu.
4. Masukkan Susu Full Cream dan Cream Cheese.
5. Masukkan Blackpepper dan Parsley.
6. Sejukkan Inti. Kemudian Boleh bentukkan Pie.
7. Sapu Telur dan tabur sedikit Parsley.
8. Bakar Suhu 160C 15Min.
1. Kukus Ubi kentang sehingga lembut.
2. Lenyek Ubi dengan Unsalted Butter dan sedikit Susu Full Cream.
3. Gaul ayam dengan Tepung Jagung , mixed herbs dan goreng.
4. Panaskan kuali, masukkan unsalted butter kemudian masukkan sedikit Tepung gandum.
5. Masukkan Susu Full Cream, Cream Cheese, Cheese Block, Blackpepper dan Parsley.
1. Kisar Kering dada ayam yang mentah.
2. Kisar kering Roti sehingga menjadi Serbuk.
3. Satukan kesemua bahan kecuali Telur dan Breadcrumbs.
4. Gaul sebati kesemua bahan. Dan bentukkan mengikut kesukaan.
5. Celup dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs.
6. Goreng sehingga keperangan.
It’s Done!!
Makan dengan Creamy Pumpkin Sauce. Resepi mommy dah pernah share.
Breadcrumbs nak buat sendiri pun boleh. Roti bakar kejap dan blend kering. Boleh buat stock frozen, lepas dah salut dengan breadcrumbs.
1. Lenyekkan Roti bagi leper sedikit.
2. Sapu cream cheese
3. Potong pisang dan susun atas roti. Susan pisang 2 baris sahaja.
4. Gulung roti dan celup dalam telur. Kemudian goreng.