Selepas bersalin emosi isteri boleh berubah selepas melalui pelbagai fasa kehamilan dan kelahiran. Sokongan, sifat memahami dan bantuan daripada suami amat diperlukan.
Selepas menempuhi proses kelahiran berjam-jam lamanya, melalui kesakitan untuk melahirkan, ibu mungkin akan mengalami pelbagai perubahan emosi. Perubahan hormon juga memainkan peranan mengubah emosi dalam diri ibu.
Dr Saidatul Husna berkongsi pendapat mengenai apa yang peru seorang lelaki bernama suami perlu lakukan saat isteriya bersalin.
5 Jenis Emosi Yang Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin.
#1 – EMOSI SEDIH
Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan.
Sakit yang mencucuk cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba tiba.
#2-EMOSI BIMBANG
Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed).
Ads
Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi, akan mengganggu pengeluaran hormon haid.
Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
#3-EMOSI GEMBIRA
Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semulajadi daripada badan.
Itu yang bila peluk cium baby, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.
#4-EMOSI MARAH
Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah marah.
Ads
Jadi, jangan pelik kalau emosi si dia tiba tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Tu mungkin gejala ‘Baby Blues’.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).
Postpartum depression ni bahaya ke. Ya memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.
#5 EMOSI SENSITIF
Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri.
Ads
Elakkan soalan sensitif seperti,
‘Alahai, kecilnya anak kamu’, atau ‘gelapnya kulit anak kamu’.
Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.
Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi.
Sebenarnya, masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.
Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang. Sama seperti ibu yang melahirkan, anda juga harus berpantang. Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa.
Berapa Lama Harus Berpantang?
Tempoh berpantang yang ideal jika seorang ibu mengalami keguguran pada trimester pertam adalah selama 30 hari. Selama tempoh tersebut juga, hubungan intim perlu dielakkan kerana ibu masih dalam proses pemulihan. Sekurang-kurangnya seseorang wanita disyorkan berpantang selama dua minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Jika mengalami demam teruk atau terdapat pendarahan yang berpanjangan serta lelehen berbau pada faraj selama tempoh itu, rujuklah masalah anda kepada doktor. Hadkan pergerakan. Jangan terlalu aktif dan buat kerja berat sekurang-kurangnya sebulan selepas anda mengalami keguguran.
Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu sangat sensitif dan perlu dijaga. Oleh itu ibu perlu berada dalam suasana yang tenang, positif serta mendapat sokongan penuh dari orang terdekat terutamanya si suami.
Pantang Cara Tradisional
Ketika berpantang, berurutlah seluruh badan. Tetapi jangan pula dibuat urutan sengkak rahim pada awal tempoh berpantang. Jika masih mahu melakukannya, si ibu perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari selepas keguguran. Ibu juga dibenarkan untuk bertungku seluruh badan setiap hari selepas habis tempoh pantang.
Buat juga rendaman faraj, bertangas kering (bermula pada hari ke 30 selama 14 hari), dan berbengkung dengan sapuan ubat barut (jika gugur pada kandungan yang sudah besar). Jika berada di tempat berhawa dingin, pakailah baju lengan panjang lengkap berstokin.
Angin berbisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kaki selepas bersalin. Tidak mengikut amalan ini mungkin akan membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh dan kerap sakit pada pinggang, lutut dan tumit.
Seboleh-bolehnya tunggulah sehingga dua bulan sebelum mengangkat berat. Tabiat mengangkat berat ketika pantang gugur menyebabkan rahim menjadi lemah. Peranakan ibu mudah jatuh dan mengakibatkan ibu selalu diserang sakit pinggang. Paling merisaukan, risiko untuk keguguran berulang juga ada.
Walaupun tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Pengambilan herba sesuai untuk merawat luka selepas prosedur D&C, memantapkan otot sekeliling faraj serta menyihatkan rahim. Jika betah mengamalkan herba, ibu berpotensi untuk meroyan. Selain itu, banyakkan duduk untuk menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berlaku lagi.
Mahu Hamil Semula
Waktu selamat untuk hamil semula selepas keguguran ialah selepas tiga kali kitaran haid. Hal ini penting agar rahim anda benar-benar pulih untuk hamil semula. Setiap ibu yang mengalami keguguran akan mempunyai perasaan trauma dan risau untuk hamil semula.
Sebelum melakukan hubungan intim bersama suami, seharusnya anda harus pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika mahu bersama dengan suami buat kali pertama selepas keguguran, wujudkan suasana romantik seperti di awal kehamilan agar anda berdua dapat mendalami momen itu tanpa perlu merasa stres.
Walaupun tidak melahirkan anak, pengorbanan anda ketika mengandung sebelum keguguran adalah pengorbanan yang besar. Pulihkan diri anda, baik mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk hamil lagi. Jaga diri dan ikutlah saranan pakar untuk kembali sihat seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, mouth and foot disease-HMFD) mendadak hingga meragut nyawa. Gedung beli belah boleh jadi lokasi penyebarannya.
Semalam kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Sarawak berikutan jangkitan HMFD. Peningkatan kes juga dilaporkan dan ini perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa.
Public Health Malaysia telah berkongsi informasi mengenai perkara ini. Semoga ia boleh membantu dalam mengawal dan mengelakkan jangkitan HMFD kepada si manja.
GEDUNG BELI BELAH TEMPAT BERPOTENSI SEBAR HMFD
Kes HFMD semakin meningkat. Tahukah anda shopping complex merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD. Jom ikuti tips daripada kami untuk mengelak HFMD.
ELAK 3 UNTUK ELAK PENULARAN HMFD
Elakkan bayi/anak anda daripada menggunakan:
#1 Troli di pasaraya/shopping kompleks
#2 Stroller (kereta sorong bayi) pinjaman
#3 Taman permainan indoor/outdoor
AMALKAN AMALAN KEBERSIHAN
Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
DISINFEKSI / NYAHKUMAN
Jika anda ingin gunakan juga, pastikan alatan tersebut telah disinfeksi (dinyahkuman) untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman kepada anak anda.
Bagi yang baru menjadi ibu bapa, ia mungkin sukar bagi anda untuk mengesan ataupun mengetahui sama ada anak anda menghadapi jangkitan kuman paru-paru ataupun tidak.
Di sini ada beberapa cara mudah untuk mengenal pasti tanda-tanda sama ada anak anda mengalami jangkitan kuman paru-paru ataupun tidak
Batuk yang teruk
Batuk yang teruk ini boleh digambarkan apabila dia kerap batuk dalam masa seminit.
Tetapi jika dia mula batuk sehingga mana mukanya jadi merah ataupun biru, maka ini adalah tanda berbahaya dan anda wajib membawa anak anda terus berjumpa doktor.
Demam yang tinggi
Kebanyakan jangkitan paru-paru yang teruk mempunyai demam yang suhunya lebih daripada 38.5 darjah celcius.
Bernafas laju
Kadar pernafasan yang normal adalah berbeza-beza bergantung kepada umur kanak-kanak.
Sebagai contoh: Baru lahir – 1 bulan: 25-50 kali pernafasan seminit 1 bulan – 3 bulan: 25-45 kali pernafasan seminit 3 bulan – 1 tahun: 20-40 kali pernafasan seminit 1 tahun – 1 tahun setengah: 20-35 kali pernafasan seminit 1 tahun setengah – 7 tahun: 20-35 kali pernafasan seminit
Jadi, jika anak anda bernafas melebihi tahap maksimum tersebut, maka ia dikira sebagai bernafas dengan laju.
Sebaiknya jangan ikut sangat dengan nombor ini. Jika anda rasa nafas anak anda laju, bawa sahaja berjumpa dengan doktor. Nanti doktor akan tentukan sama ada dia bernafas laju atau tidak.
Perut ke dalam bila menarik nafas
Keadaan ini dipanggil sebagai ‘Subcostal recession’ dimana bahagian atas abdomen kelihatan ditarik ke dalam ketika kanak-kanak tersebut menarik nafas.
Selain dari itu, ada juga petunjuk lain iaitu suprasternal recession dan supraclavicular recession.
Suprasternal recession adalah bahagian tengah leher akan kelihatan ke dalam ketika pesakit tersebut menarik nafas.
Supraclavicular recession pula adalah bahagian atas tulang selangka akan kelihatan ditarik ke dalam apabila pesakit menarik nafas.
Semua tanda-tanda ini menunjukkan kanak-kanak tersebut sedang mengalami masalah pernafasan dan perlu dibawa ke klinik ataupun hospital secepat mungkin
Kurang makan dan minum
Kanak-kanak yang mengalami sesak nafas selalunya akan kurang makan dan minum. Ini disebabkan tenaga mereka banyak digunakan untuk bernafas dengan lebih laju.
Mereka tidak sempat untuk bernafas dan minum air serentak.
Bahkan jika pesakit bernafas terlalu laju, doktor di hospital selalunya akan puasakan kanak-kanak ataupun bayi terlebih dahulu.
Ini kerana pernafasan yang laju, boleh menyebabkan air ataupun makanan termasuk dalam paru-paru disebabkan pesakit akan bernafas sekali.
Kesimpulan
Jika anak anda mengalami simptom-simptom ini, sila bawa mereka berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.