Kisah keluarga ini sungguh meruntun hati. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Impian sebelum ini untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak tak kesampaian apabila diuji dengan ujian yang tak terduga.
Pasangan suami isteri ini mulanya mencuba nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.
Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim, 35 tahun, merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Apabila terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof, 33 tahun mengajak untuk berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan.
Ketika kita sampai .. beginilah keadaan mereka anak beranak .. hanya berbekalkan wang BPN yang disalurkan kerajaan itulah mereka meneruskan kehidupan selain ehsan orang sekeliling..
Dengan membawa beg pakaian mereka pun bertolak ke Kedah dengan menaiki bas ekspres. Tiba di Kedah mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.
Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah periuk nasi sahaja. Dengan periuk nasi itulah mereka masak nasi, masak lauk-pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun.
Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi wang antara RM10-RM20 saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.
Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan.
Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur.
Peti sejuk yang kosong …anak yang masih menyusu botol pula hanya minum air teh menggantikan susu
Dihalau dari rumah sewa
Bagaimanapun selepas tiga bulan majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting.
Lebih malang tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah. Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah.
Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga.
Ads
Ditimpa kemalangan
Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini.
Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja, Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 18 Jun tahun lalu.
Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya hampir dipotong.
Dia menjalani dua kali pembedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.
Keadaan kaki Encik Khairullah ketika kemalangan dan terkini
Isteri terpaksa keluar bekerja
Saat itu pula, Puan Akma pula baru saja hamil anak ketiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad.
Ads
Sejak kemalangan itu mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan. Encik Khairullah pula setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat.
Hanya ini yang mampu disediakan untuk anak-anak yang kelaparan setelah setelah terputus bekalan barang dapur
Selamat lahirkan anak ketiga
12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ketiganya. Alhamdulillah bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya. Pulang ke rumah tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang, suami pula terbaring kerana kemalangan.
Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa skim PERKESO.
Pernah terdetik di hati ibu utk menyerahkan bayi ini kepada orang kerana buntu dan desakan hidup … namun bila menatap wajah yang tidak berdosa ini .. dia tidak sampai hati
Sedekah Jumaat untuk beri sinar baru
Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah.
Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak.
Ads
Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.
Buat masa ini, sewa rumah mereka (sebulan RM400) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu.
Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula. Jumaat yang barakah, semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain, InsyaAllah.
Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah terus menyumbang ke akaun Puan Natipah Abu (Sukarelawan yang banyak membantu orang ramai sekitar negeri Kedah)
KEPERLUAN RM7K
GERAI & SEWA RUMAH
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika di awal kes penularan wabak Covid-19 tahun lalu, kita risaukan kesihatan golongan yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas. Namun sekarang ia sangat berbeza sekali kerana ramai golongan muda yang mendapat jangkitan Covid sehingga dijemput ilahi.
Paling sedih apabila golongan muda yang mempunyai anak-anak kecil, sekelip mata menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kehilangan ibu bapa yang selama ini menjaga dan membesarkan mereka.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Shahanim Mohamad Yusoff, pemergian seorang ibu tunggal berusia 35 tahun akibat jangkitan Covid ini sungguh meruntun hati. Lagi-lagi mengenangkan nasib 6 anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Seorang lagi ibu muda tewas akibat Covid-19. Segalanya Kehendak Allah. Ibu tunggal meninggal dunia dan meninggalkan 6 orang anak (kluster kilang). Ya Allah kuatkan hati ini dan kami semua. Sihatkan diri kami semua untuk terus membantu.
Menerusi ruangan komen, seorang rakan baik kepada arwah berkongsi dia sudah meminta kawan baiknya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan ubat dan membuat ujian swab. Arwah bagaimanapun, menjelaskan sudah mengambil ubat sebelum dijemput Allah S.W.T. buat selama-lamanya. Difahamkan juga, arwah sudah lama bercerai dengan suaminya.
Sahabat baik saya ni Dato, terima berita dari adik arwah pukul 8.30pagi. Dia meninggal pukul 7.30pagi. Last call saya 27.7.2021. Baru ni bagitahu dia demam-demam and suruh pergi klinik buat swab test dia cakap dah pi klinik ambil ubat.
Dalam posting itu, salah seorang ahli keluarga arwah akui daripada enam anak arwah, tiga dijaga oleh arwah, dua dijaga oleh bekas suami dan seorang lagi dijaga oleh ibu mertua. Bagaimanapun, tiga anak yang dijaga arwah turut positif Covid.
Perkongsian ini telah mendapat reaksi orang ramai dan ramai yang turut bersedih dengan nasib anak-anak arwah. Harap akan ada sinar yang lebih baik lagi buat mereka semua dan dipermudahkan perjalanan hidup walaupun tanpa kasih sayang ibu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas menimang cahaya mata perempuan awal Januari tahun ini.
Namun mereka tidak pernah mendedahkan gambar anak sulung mereka yang menggunakan kaedah ibu tumpang tersebut sehinggalah semalam apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk berkongsi gambar bayi tersebut di laman Instagram mereka.
Difahamkan bayi perempuan yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas dilahikan secara pramatang dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
“Selepas lebih 100 hari berada di NICU, anak kecil kami akhirnya pulang ke rumah. Perjalanan setiap keluarga itu unik dan memerlukan kepercayaan yang tertentu. Walaupun perjalanan kami beberapa bulan ini penuh mencabar, apabila difikirkan semula, setiap saat ianya sangat berharga dan bermakna.”
“Kami sangat gembira kerna anak perempuan kami akhirnya berada di rumah dan terima kasih kami ucapkan kepada doktor, jururawat serta pakar di Rady Children’s La Jolla & Cedar Sinai, Los Angeles.”
“Our next chapter begins now, and our baby is truly a badass. Let’s get it M! Mommy and Daddy love you.”
Sempena Hari Ibu yang diraikan di seluruh dunia semalam, Nick Jonas sempat mengucapkan kata penghargaan buat isterinya.
“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam banyak hal dan kamu menjalankan tanggungjawab baru dengan sangat baik. Saya sangat bersyukur kerana berada dalam perjalan ini bersama-sama. Kamu sudah menjadi ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya Sayang Awak.”
Pasangan selebriti popular ini mendirikan rumah tangga pada 2018 dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di India, negara kelahiran Priyanka.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia yang penuh hiruk-pikuk dan suara, ada satu kisah diam-diam menyentuh hati jutaan rakyat Malaysia. Hafizi Hamdan, 25 tahun, seorang pemuda istimewa yang pekak dan bisu, mengajar kita semua satu bahasa iaitu bahasa kasih yang tidak memerlukan suara. Kisahnya tular apabila video ziarah mingguan ke pusara arwah ibunya dikongsi ibu saudara, menyaksikan Hafizi ‘berdoa’ menggunakan bahasa isyarat dengan penuh rasa dan rindu.
Bagi Hafizi, setiap hari Jumaat adalah temu janji istimewa dengan ibu tercinta yang telah pergi akibat kanser ovari. Tanpa suara, tanpa kata, setiap pergerakan tangannya di hadapan pusara seakan mengungkap, “Mak, saya rindu.” Momen ini tidak hanya mengundang sebak, malah membuka mata ramai tentang kekuatan emosi dan komunikasi tanpa suara.
Hasmalina, ibu saudara Hafizi, yang memuat naik video tersebut tidak menyangka rakaman itu akan mendapat lebih 3.6 juta tontonan.
“Tiada skrip, tiada lakonan. Itu Hafizi yang sebenar, setiap minggu tak pernah lupa ziarah. Kadang-kadang hujan pun dia tetap nak pergi,” ujar wanita itu penuh rasa kagum.
Kisah Hafizi bukan sahaja tentang kasih seorang anak, tetapi juga kisah ketabahan seorang pemuda OKU yang mandiri. Sejak kecil, beliau membantu keluarganya berniaga di kantin sekolah, dan kini menetap bersama neneknya selepas pemergian ibu. Walau diuji dari segi fizikal, Hafizi membuktikan bahawa bahasa kasih tidak memerlukan pendengaran atau pertuturan.
Netizen turut sama tersentuh. Ruangan komen dipenuhi doa dan luahan emosi. Salah satunya, seorang pengguna yang meluahkan perasaan seorang anak perantauan yang kini hanya mampu berhubung dengan ibu melalui videocall.
“Sy ni anak perantauan tau. Skrg baru fahm mahal nya bila kerja dekat dengan mak. Skrg mampu videocall ja. Jgn buat sy sedih kak. Mak sy yang masih hidup lagi rindu nya yang teramat. Apalagi dengan orang yg ibu nya sudah tiada. Tak dapat bayang bah macam mana rasa rindu tiada penghujung tu.”
Begitu dalam rasa rindu yang dialami oleh anak yang jauh dari ibu, menambah kepedihan bagi mereka yang sudah kehilangan.
Seorang lagi netizen turut mengungkapkan rasa kasih sayang kepada ibu tercinta,
“Saya sayang ibu, ibu jaga diri, aamiin. Sy pernah ajar anak-anak PPKI masalah pendengaran. X la reti mana tp faham apa anak ni bagitau kat mak dia.”
Sebuah luahan tulus dari hati yang ingin memberi kasih kepada ibu yang jauh.
Bahasa isyarat yang digunakan Hafizi dalam doanya juga mencerminkan betapa mendalamnya hubungan emosi antara anak dan ibu. Setiap gerakan tangan adalah bicara jiwa. Ia menyentuh, menyedarkan, dan meresap ke dalam hati yang menonton.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa cinta sejati seorang anak kepada ibu tidak memerlukan skrip. Ia hadir dalam bentuk paling tulus—ikhlas, rutin, dan penuh pengharapan. Hafizi, dengan segala kekurangan yang dimilikinya, sebenarnya memiliki kekuatan luar biasa yang ramai tidak miliki: kejujuran dalam menyampaikan kasih.
Buat para ibu muda yang membaca ini, renungilah kisah Hafizi. Dalam dunia serba pantas ini, mungkin kita lupa untuk menzahirkan rasa. Tapi Hafizi, seorang anak yang tidak mampu mendengar atau bersuara, mengajar kita bahawa kasih sayang adalah bahasa yang paling kuat jika disampaikan dari hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.