Di mana-mana saja, cuba perhatikan dalam kalangan anak kita mesti ada yang akan pegang atau main gajet. Situasi ini seolah-olah satu kemestian untuk diamkan mereka.
Jika tak bagi kita nampak anak macam tak boleh duduk diam, mudah gelisah dan akan buat perangai. Tapi sampai bila nak teruskan keadaan ni. Perkongsian dari Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman boleh dijadikan garis panduan buat semua ibu bapa.
Saya rasa, satu benda yang begitu alarming sepanjang raya lepas, bukan jumlah duit raya, atau jenis biskut, atau teruknya jem di jalanraya. Tetapi ketagihan kanak-kanak terhadap gajet.
Ya. Very alarming. Pergi mana-mana rumah, kalau ada 5 kanak-kanak, setiap seorang pegang gajet. Dari umur 1 tahun, sehingga remaja belasan tahun.
Ada yang main pubg Ada yang tekan-tekan youtube (bukan tonton, tapi slide cerita demi cerita dalam youtube) Ada yang update insta Ada yang main fifa Ada yang menonton cerita korea
Pendek kata, semua tunduk khusyuk dengan gajet masing-masing.
Bukan rumah di bandar, tapi di ceruk-ceruk kampung! Semua leka bergajet. Sampaikan ada kes mencuri telefon/ gajet melibatkan kanak-kanak sekitar 4-6 tahun (yes, ini kisah benar, berlaku di kampung saya).
Bila tanya ibubapa, jawapan cliche: nak alihkan perhatian anak-anak.
Ads
Yes. Itulah punca asalnya. Nak distract anak-anak kecil, sebab busy nak buat kuih/ biskut raya. Atau nak mengemas rumah, atau buat kerja dapur. Akhirnya, anak jadi ketagih dengan gajet.
Tapi, highlight problem sahaja tanpa bagi solusi, buat apa, kan? Cuba ingat balik. Masa kita kecil-kecil dulu, tak ada gajet pun. Boleh je tonton tv, main dengan adik beradik, atau jiran.
Main apa? Main everything yang fizikal lah, askar kecil ke, bola ke, masak-masak ke, main guli ke. Asalkan main. Hatta patung askar 3 ekor, kereta kebal sebiji, kapal terbang sebiji boleh diterjemahkan kepada satu episod perang dunia dalam fikiran kita.
‘Sekarang lain. Budak-budak dah advance.’
Siapa kata? Mereka ada daya imaginasi mereka, sama seperti kita dulu. Cuma kita yang menghadkannya dengan menyogok gajet. Jadi daya imaginasi mereka hanya terhad dengan jalan cerita yang dah di’set’kan dalam game di dalam gajet.
Orang (pesakit saya lah) selalu sebut, banyak betul mainan dalam klinik saya. Tapi, apa yang mereka lupa nak perhatikan ialah, anak-anak mereka seakan ‘terlupa’ dengan gajet kerana leka bermain dengan mainan yang disediakan. Jika mereka berada di klinik saya selama sejam, maka sejam itulah mereka lupa dengan gajet.
Ads
‘Ala, doktor bolehlah letak banyak-banyak mainan untuk budak-budak main. Saya mana mampu nak sediakan banyak mainan untuk anak saya’.
Eh, nak tanya sikit. Berapa harga gajet (telefon/tablet) yang anda belikan khas untuk anak anda? (Ya, saya tau, gajet tu gajet khas untuk anak anda). Rm10? Rm20? Alah, saya tahu, paling murah pun sekitar rm200.
Kalau dengan rm200 tu, anda mampu beli 100 mainan berbeza. Beli kat kedai rm2 lah.. Anda boleh juga survey mainan terpakai, seperti di car boot sale, atau mainan bundle, atau preloved toys yang dijual dalam FB. Alah, search je lah kata kunci ‘used toys’, berlambak seller yang menjual toys yang murah.
Sedikit tips mudah:
Ads
1. Mainan banyak-banyak tu, bahagikan kepada 5-6 set. Letak satu set sahaja untuk anak anda main. Lepas seminggu (atau 3-4 hari, kalau anak cepat boring), keluarkan set kedua, dan simpan balik set pertama. Dan ulang sampai habis semua set, kemudian keluarkan balik set yang pertama. You will be surprised, sebab dia akan anggap mainan set pertama tu, macam mainan yang baru dia dapat.
2. Sediakan satu ruang khas untuk dia bermain. Bawah tangga ke, penjuru bilik ke (tak semestinya satu bilik khas). Untuk mudah, letak evamat atau tikar khas untuk ‘designated play area’.
3. Pesan awal-awal, mainan hanya di kawasan itu. Every time anak keluarkan mainan daripada area tu, ambil balik dan letak di situ(nak membebel sikit-sikit, bolehlah). Lama kelamaan, dia akan faham konsep ‘kawasan khas untuk bermain’.
4. Letak bakul supaya dia mudah simpan mainan tersebut. Kanak-kanak, jika diajar sejak kecil, mereka memang boleh kekalkan habit mengemas mainan mereka.
Kalau ada tips lain, boleh share di ruangan komen ya.
Hopefully, kita dapat mengurangkan kebergantungan anak-anak kita dengan gajet, dan memberi ruang untuk perkembangan anak-anak dengan lebih sihat dan positif.
Tiada apa yang diinginkan oleh seorang ibu melainkan untuk melihat anak-anak yang dilahirkannya menjadi orang yang bijak pandai. Jika kita selidik dan berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang mempunyai anak berjaya, mereka ada cara tersendiri.
Selain memberikan rangsangan positif, menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan memberi anak makanan berkhasiat yang baik untuk otak, doa pada Allah juga antara ikhtiar yang sentiasa tak putus.
Berikut adalah perkongsian melalui FB Pengiran M. Nizam Rahman. Hajat pada anak, niatkan dalam hati apa sahaja hajat ibu bapa untuk semua anak-anak kita. Doa ibu bapa adalah aura terbaik untuk pastikan anak berjaya dunia akhirat.
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Bila ditanya apa petuanya, sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Jika kita malas amalkan memang tak ke mana laa.
Caranya:
Setiap pagi bacalah ayat ke 82 surah Yasin.
“INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Digalakkan baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari. Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kita apa sahaja hajat untuk anak. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu tiuplah atas ubun-ubun anak. Buat setiap pagi. Insya Allah. Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, kongsilah pada ibu bapa lain juga. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri dan suami adalah pasangan yang saling memerlukan. Masing-masing perlu tahu caranya untuk memberikan perhatian agar pasangan menjadi insan yang terbahagia. Perhatian kepada pasangan sejam sekali sekala sudah mencukupi untuk menggembirakan hati.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan idea buat pasangan lain. Peruntukan masa sejam adalah segala-galanya buat isteri yang selama ini kepenatan menguruskan rumah tangga. Sama juga bagi isteri, luangkan masa sejam untuk komunikasi berkesan dengan suami agar masing-masing boleh meluahkan perasaan.
Sejam. Itu masa yang saya habiskan selepas pulang dari kerja tadi memeluk isteri saya, membelai rambutnya, keningnya, pipinya, bibirnya, jari-jemarinya sambil berbual mengenai keadaan dia, anak-anak dan rumah.
FOKUS 100% KEPADA ISTERI SELAMA SEJAM
Ini masa saya fokus 100% pada isteri. Dalam seminggu ni memang saya kurang ada masa kerana kerja lebih masa.
Kami berbual kosong, berjenaka, gelak ketawa dan melayan anak-anak yang datang dan pergi bergilir-gilir mendambakan perhatian, atau pun cemburu melihat kami berdua.
1 JAM MASA BERKUALITI
Masa itu emas? Ya, masa itu amat bernilai. 1 jam yang fokus sebegini memberi impak yang jauh lebih baik dari berada di rumah berhari-hari tanpa fokus.
Masa itu saya gunakan untuk memujuk, memberi perhatian, mendengar keluhan, rintihan, cerita, menaikkan semangat dan menggembirakan si dia.
BATERI HATI
Hanya perlu bayangkan isteri ini seperti ada satu bateri hati. Semakin lama berjauhan atau kurang masa bersama, kuasa bateri itu akan menurun.
Semangatnya, kegembiraannya dan kadang-kala semua perkara positif di mindanya akan menurun mengikut bateri itu.
SUAMI PERLU CAS KEMBALI BATERI DENGAN LAYANAN FOKUS
Jadi, saya perlu cas semula bateri tersebut dengan layanan fokus ini. Hasilnya, dia nampak bersemangat, ceria dan lebih memahami keadaan tuntutan kerja yang saya ada sekarang.
KOSONGKAN MASALAH LAIN
Cubalah, 1 jam fokus bersama pasangan. Tidak kira untuk suami atau isteri. Salah seorang perlu mulakan.
Letakkan segala alat komunikasi ke tepi. Kosongkan segala masalah lain, berikan sepenuh perhatian pada pasangan.
Semoga keluarga kita semua lebih bahagia. Kongsikan cetusan idea ini kepada semua. Saya pasti ramai yang memerlukannya.
Tidur siang hari adalah sama pentingnya dengan melelapkan mata pada waktu malam. Ia membantu memastikan anak mendapatkan waktu rehat yang diperlukan setiap hari. Jom ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tidur siang untuk anak.
Manfaat tidur siang untuk anak
Apabila anak membesar, tidur pada waktu siang atau nap memberikan tubuh dan minda mereka ruang untuk berehat dan mengecas semula tenaga. Bahkan jika anak terlalu penat, ia akan menyukarkan mereka untuk tidur di malam hari.
Faedah lain tidur siang adalah:
Membantu anak belajar
Umumnya sebagai ibu bapa, kita mengetahui kepentingan tidur pada waktu malam amat penting untuk fungsi otak yang optimum. Jika tidak, kesan yang boleh dialami adalah seperti:
Rasa kabur
Mudah lupa
Tidak fokus
Mudah marah
Kesukaran melakukan aktiviti harian biasa
Jadi, tidak ada bezanya sekiranya si kecil tidak mendapat rehat yang mencukupi dan di sini wujudnya manfaat tidur siang untuk anak.
Bagi kanak-kanak yang biasa nap, melangkau tidur siang boleh memberikan kesan ketara terhadap keupayaan mereka untuk menggabungkan memori dan seterusnya belajar.
Penting untuk memahami, bukan semua kanak-kanak yang tidak tidur siang berdepan masalah daya ingatan lemah. Tetapi jika anak sudah biasa dengan amalan tidur pada siang hari dan melangkaunya, maka proses kognitif mereka akan terjejas.
Keperluan untuk anak tidur siang hari
Berikut tempoh tidur pada waktu siang yang diperlukan anak mengikut usia:
Bayi 0–3 bulan 14–17 jam. Bayi baru lahir cenderung untuk tidur sepanjang masa, bangun setiap beberapa jam untuk makan.
Bayi 4–12 bulan 12–16 jam. Sekitar usia 4 bulan, irama tidur mula menjadi lebih teratur. Kebanyakan bayi tidur lebih lama pada waktu malam dan mempunyai 2-3 sesi tidur siang hari.
Anak kecil 1-2 tahun 11–14 jam. Si kecil masih boleh tidur siang 2x sehari, tetapi kebanyakannya hanya akan tidur sekali sehari apabila mencapai usia 18 bulan.
Manfaat tidur siang untuk anak prasekolah 3-5 tahun
10–13 jam. Ramai kanak-kanak prasekolah mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan berhenti tidur petang pada fasa ini.
Usia persekolahan 6-12 tahun 9–12 jam. Kanak-kanak berumur lebih dari 6 tahun harus tidur sepenuhnya pada waktu malam. Jika anak anda yang lebih besar kerap tidur siang hari, tetapkan tempoh nap yang bersesuaian dengan jumlah tidur yang disyorkan.
Tip untuk tidur pada waktu siang hari yang lebih baik
Walaupun banyak kebaikan tidur siang, tetapi ada kalanya sukar untuk membuatkan anak tidur dan berehat walaupun seketika, betul tak?
Berikut antara petua yang mungkin boleh anda cuba:
Tetapkan mood
Mewujudkan rutin tidur dan tabiat merehatkan badan berkala – seperti bercerita diikuti usapan pada bahagian belakang badan – menghantar isyarat sudah tiba masa untuk anak berehat.
Sebaiknya pastikan waktu tidur siang hari dan tempat adalah sama setiap hari.
Masa yang betul
Apabila anda terlihat tanda anak mengantuk, contohnya menguap atau menggosok mata, bawa mereka ke bilik dengan suhu selesa dan persekitaran bebas gangguan.
Tempoh pendek
Kajian mendapati semakin lama tempoh tidur siang, kesannya anak akan sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.
Jadi, sekiranya si kecil masih belum bersedia untuk melepaskan waktu tidur siang, cuba untuk pendekkan tempoh nap anak atau biarkan anak tidur lebih awal.
Kesimpulan
Waktu tidur siang adalah masa untuk mengisi semula tenaga buat anda dan juga si kecil. Terdapat banyak manfaat tidur siang untuk anak. Namun jika si kecil tidak mahukannya, usah memaksa atau menjadikan sesi tidur siang sebagai ‘medan perang’.
Sebaliknya cukuplah untuk memberikan ruang untuk anak berehat dalam persekitaran yang menenangkan.
Sekiranya wujud persoalan atau kebimbangan mengenai tidur siang untuk si kecil, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.