Rezeki yang kita dapat hari ini semuanya dari Allah. Dia berhak mengambilnya bila-bila masa. Ingatlah sentiasa berusaha dan berdoa, keberkatan itu lebih berpanjangan dan rezeki juga tak putus.
Allah juga dah janjikan jika kita sentiasa menyenangkan dan mengembirakan orang tersayang, rezeki itu makin dilipat gandakan. Lagi banyak dikeluarkan, lagi banyak yang dapat.
Jangan terlalu berkira dengan isteri, anak dan ahli keluarga lain kerana kita tidak tahu berapa lama Allah bagi peluang untuk mengembirakan mereka.
Perkongsian saudara Zul Fikarullah mengenai bahagiakan pasangan dan anak dengan rezeki yang dapat, ganjaran yang menanti juga cukup hebat.
Isteri saya selalu cakap,
“Jika rasa nak makan sesuatu, beli je bang, duit boleh cari tapi esok belum tentu kita hidup lagi.”
“Kalau anak nak makan pun beli je bang. Selagi mereka sihat dan ada selera nak makan tu, penuhilah keinginan mereka. Rezeki kan Allah yang bagi.”
“Jika sedara mara datang melawat, belanjalah mereka makan sedap sekali sekala. Bukan selalu mereka datang melawat.”
Saya ni jenis orang yang jimat cermat, Itu dalam bahasa murninya, dalam bahasa realitinya kedekut amat, dengan diri sendiri juga berkira. Tetapi saya bersyukur sebab Allah bagi saya seorang isteri yang sangat pemurah.
Duitnya banyak dihabiskan kepada orang lain berbanding dirinya.
Ads
Lebih baik berhabis duit untuk keluarga
Kini saya latih diri untuk nikmati hidup ini sebaik-baiknya. Jika terasa nak makan Subway, saya akan terus beli dan makan. Terasa nak minum Cappucino Costa Coffee maka saya akan terus beli dan nikmati kopi tersebut.
Jika ada masa free, saya bawa anak-anak pergi berjalan walaupun duit tak berapa ada. Cuba lawan perasaan resah tentang duit akan habis.
Sekali-sekala belanja kawan-kawan tanpa mengharapkan apa jua balasan. Saya belajar untuk terus memberi dan memberi.
Saya buat perlahan-lahan walaupun terkadang hati runsing memikirkan tentang baki duit yang ada. Saya juga manusia biasa.
Ads
Setiap kali hati berasa resah, saya akan bayangkan wajah cinta hati dan ingat kembali kata-kata isteri saya bahawa rezeki itu Allah bagi. Usah takut.
Itulah hebatnya seorang wanita yang bernama isteri. Hebat mana pun seorang lelaki itu pasti ada wanita yang hebat dibelakangnya.
Saya bukan orang yang hebat. Masih banyak kekurangan yang diri ini sedang berusaha untuk perbaiki.
Usahlah berkira demi keluarga tercinta. Usah terlalu simpan duit, bimbang kita tidak sempat merasainya.
Imam Ghazali yang dirahmati Allah ada menyebutkan bahawa rezeki seseorang itu ada 3, iaitu 1. Apa yang dimakan 2. Apa yang dipakai 3. Apa yang disedekahkan
Ads
Tunaikan apa anak isteri inginkan, hasilnya lagi berganda
Itu yang sebenar-benarnya rezeki bagi setiap orang. Duit yang disimpan itu belum tentu menjadi rezeki kita. Kita hanya tolong simpankan sahaja. Ianya mungkin rezeki mekanik, rezeki doktor atau rezeki anak.
Usahlah terlalu berkira dgn anak isteri. Sebenarnya apa yang kita perolehi hari ini berkait rapat dengan mereka juga. Doa mereka mungkin asbab atas rezeki yang sedang kita perolehi.
Cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita belanjakan.
Usah juga dilupakan jasa ibu bapa yang membesarkan kita. Usah berkira dengan mereka. Kita berjaya hari ini adalah asbab dari pengorbanan mereka jua. Tidak ada banyak, bagilah sedikit.
Sesungguhnya sampai mati kita tidak akan mampu membalas jasa mereka. Usah sesekali rasa diri sudah mampu balas jasa ibu bapa. Tidak pernah sama.
Senyuman dan kegembiraan mereka itu juga adalah nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahagiakanlah mereka selagi masih berpeluang untuk berbuat demikian.
Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.
Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.
Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak. Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.
PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.
Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.
Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.
So kepada ibu bapa hentikan salahkan perkara lain untuk menenangkan anak, sebaliknya didik anak untuk memaafkan orang lain hatta memaafkan tangga, batu, kucing, adik, abang atau sesiapa pun.
Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.
Moga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 Tips Penyusuan Anak Untuk Ibu Bapa Gen Z: Santai Tapi Mantap
Zaman Gen Z ni, semua nak cepat dan praktikal. Tapi bab penyusuan susu ibu, kena ada ilmu dan sikap sabar supaya perjalanan jadi seronok dan tak tekanan. Jom saya share 5 tips penting yang boleh buat korang enjoy setiap detik dengan baby tanpa rasa stress.
1. Mula Awal, Tapi Jangan Tertekan
Kalau boleh, susukan baby secepat mungkin selepas dia lahir sebab susu awal (colostrum) sangat bernutrisi dan penting untuk baby. Tapi kalau tak dapat sebab baby kena tahan wad atau ibu letih, jangan cepat putus asa. Stress boleh buat susu susah keluar. Take it easy, cuba rehat dan dapatkan sokongan daripada nurse atau family. Ingat, setiap ibu ada journey sendiri.
2. Teknik Penyusuan Yang Betul Itu Kunci
Baby kena latch dengan betul, maksudnya mulut dia melekap dengan rapat pada payudara, bukan hanya pada puting je. Kalau tak, bukan saja ibu sakit puting, susu pun susah keluar sebab stimulasi kurang. Kalau rasa sakit atau baby nampak tak puas, jangan malu tanya nurse atau cari konsultan laktasi. Mereka boleh tunjuk cara yang betul supaya penyusuan jadi selesa dan efektif.
3. Jaga Pemakanan & Minum Air Secukupnya
Kalau badan tak cukup tenaga dan air, susu ibu pun boleh terjejas. Jadi pastikan ibu makan makanan seimbang protein, sayur, buah dan karbo supaya susu berkualiti dan ibu sihat. Jangan lupa minum air banyak, lebih-lebih lagi kalau cuaca panas atau ibu aktif bergerak. Kalau penat sangat, cuba rehat secukupnya sebab stress dan kurang tidur pun boleh turunkan penghasilan susu.
4. Pam Susu Adalah Penyelamat, Bukan Pengganti
Bagi ibu Gen Z yang aktif atau kena balik kerja, pam susu memang kawan baik. Dengan pam susu, susu boleh disimpan dan baby tetap dapat susu ibu walaupun ibu takde dekat. Pastikan pilih pam yang mudah guna dan jaga kebersihan supaya susu sentiasa selamat. Ingat juga, pam susu bukan pengganti penyusuan terus, tapi alat sokongan supaya baby tetap dapat nutrisi terbaik.
5. Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain
Media sosial penuh dengan cerita ‘perfect’ penyusuan susu ibu, tapi jangan bandingkan diri korang dengan orang lain. Setiap ibu dan baby ada perjalanan unik mereka sendiri. Kalau susu tak banyak macam kawan, atau baby perlukan susu tambahan, itu bukan gagal. Yang penting, korang buat yang terbaik untuk family dan nikmati masa bonding dengan baby. Kadang-kadang, itu lebih bermakna daripada jumlah susu semata-mata.
Penyusuan susu ibu memang cabaran, tapi dengan tips ni, ibu bapa Gen Z boleh jalani journey ni dengan lebih yakin dan enjoy. Yang penting, jangan lupa jaga diri sendiri dan mintak sokongan bila perlu. Setiap titisan susu dan setiap saat bersama baby tu priceless.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.