Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September lalu, selepas tujuh hari kelahiran, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi nama buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan turut memuat naik sekeping gambar bayinya namun tidak berkongsi wajah si comel kesayangannya dan suami.
Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya, sepakat memilih nama Muhammad Ayyaz Muqri buat putera sulung mereka.
Paling menarik kata Intan, si comel Muhammad Ayyaz dijangka dilahirnya pada 18 September ini namun selamat melahirkan bayinya dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Ads
“Assalamualaikum. Putera ketiga bonda. Berat masa lahir 3kg, due date 18/9 tapi saya keluar awal 3/9 secara normal delivery.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, diberi kekuatan lagi untuk bonda,” tulisnya berkongsi.
Ads
Memilih nama indah Muhammad Ayyaz, Intan dan suami juga mendoakan agar perjalanan anak kecil mereka dipermudahkan malah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan.
“Semoga sihat selalu MUHAMMAD AYYAZ MUQRI BIN MUHAMMAD AIZAM 💚. Bonda daddy and abang Muqri’s love you,” tulisnya berkongsi nama pilihan mereka.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan di Instagram turut memuji pilihan nama indah malah turut mendoakan agar perjalanan anak ketiga ibu kental ini dipermudahkan.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Aizam Yahya, pada Disember 2021. Pasangan ini selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada 3 September lalu.
Walau pun di mana berada, ibu tetap ibu. Mendaki dan kembara dalam cuaca sejuk tidak mematahkan semangat ibu ini untuk terus memberikan susu ibu kepada anaknya. Aktiviti outdoor diperkenalkan sejak anak berusia 3 bulan memberikan kesan positif.
Puan Nabeelajay tetap memberikan ‘titisan emas’ susu ibu buat si buah hati, Cinta Nabeela, 1 tahun, walau pun sedang dalam pendakian dalam suhu yang sejuk. Suaminya, Muhamad Riduwan turut menyatakan rasa terharu melihat pengorbanan Nabeela dan turut berkongsi beberapa tips kembara dengan anak kecil.
Suhu negatif, anak menyusu ketika dia mahu/ lapar. Bukan boleh ikut jadual
Dalam masa 3-4 jam mesti menyusu 2-3 kali. Terharu sampai menitik air mata tengok isteri menyusukan anak on trek masa salji turun.
Cinta elok. Tak ada masalah acute mountain sickness (AMS) dan hypoxia ketika berada di altitud tinggi.
Nabeela sendiri mengakui ia bukan mudah. Dia pernah digigit anak semasa menyusu dalam cuaca sejuk me tetapi dia nekad memberikan Cinta susu ibu kerana mahu anaknya menerima kebaikan susu ibu yang menguatkan antibodi.
Sakit badan dan buka baju dalam cuaca sejuk -10 hingga -15. Anak pula menggigit masa menyusu.
“Pengalaman paling mahal & gila dalam journey breastfeeding setakat ni.”
Puan Nabeelajay yang dihubungi Pa&Ma turut berkongsi yang Cinta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti outdoor sejak berusia 3 bulan. Antara lokasi outdoor yang pernah disertai Cinta bersama mummy & daddy nya ialah Bukit Broga, Bukit Gasing, Chilling Waterfall KKB, Pulau Weh Acheh Indonesia ( ke tengah laut utk snorkelling ), Air Terjun Pria Laot Sabang Acheh dan perkhemahan 4 hari 3 malam di Air Terjun Jerangkang.
“Terkini ialah attempt ke Annapurna Circuit, Thorong La Pass di Himalaya, Nepal pada ketinggian 5400meter, tapi tak sampai disebabkan cuaca angin yang sangat kuat dan salji tebal. Cuma sampai ke ketinggian 3500meter di Manang.
“Untuk training memang kami bawa dia hiking ke bukit-bukit kecil dan ajar dia biasa duduk dalam carrier masa berbasikal. Swimming 3 kali seminggu dan biasanya mandi tanpa air suam untuk prepare ke alpine. Insya Allah next kami akan attempt semula ke sana dan Gunung Fuji, Jepun.
Semasa mengandungkan Cinta, Nabeela tidak berhenti melakukan aktiviti outdoor. “Masa preggy saya cuma byk berjalan. Hiking hanya bukit kecil di Phuket. Masa pregnant saya cuma ada kencing manis (gestational diabetes mellitus -GDM). Apa yang saya lakukan ialah kawal pemakanan dan monitor gula dalam darah serta memperbanyakkan senaman.”
Beliau turut berkongsi pengalaman membawa Cinta bersama ke trip pendakian.
Bila sampai guesthouse Cinta bertenaga dan ajak untuk bermain. Mesti spend masa dengannya.
“Benefit kepada anak kalau bawa ke outdoor dan nature bagi saya ialah dapat mengelakkan penggunaan gajet dan ketagihan gajet pd. Mereka akan lebih tertarik nak explore nature dan benda-bendabaru semasa travel. Macam anak saya suka tengok jenis-jenis pokok yang jarang dia nampak, tengok sungai mengalir sambil kita boleh ajar tentang alam (pendidikan tidak formal). Nature membuat mereka aktif dari segi mental dan fizikal. Udara yang segar jauh dari pencemaran alam di bandar,” kata ibu ini.
Dalam masa yang sama ibu bapa boleh mengenal potensi diri anak. Mengetahui minat mereka tentang alam dan geografi serta sifat anak sama ada visual, auditory atau kinestetik. “Aktiviti ini juga dapat meningkatkan social skill anak dan mengeratkan hubungan keluarga. Anak membesar dengan sifat lebih peka dan sensitif.Bagi saya bawa ana-anak ke nature dan travel sangat bagus untuk perkembangan anak pada masa kini dan akan datang,” kata Nabeela.
Sama seperti tiga kelahiran cahaya mata terdahulunya, pempengaruh, Aisyah Hijanah di lihat cukup bertenaga selepas melahirkan anak keempatnya baru-baru ini.
Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story, akui Aisyah sama seperti biasa, dia masih tetap mengamalkan dua cara berpantang iaitu pantang cara Melayu dan cara saintifik.
“Macam mana boleh kuat tenaga lepas bersalin? Terima kasih untuk semua yang doakan Aisyah. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk Aisyah terus kerja lepas bersalin.
“Sebenarnya your mindset is everything. Aisyah ada pantang, cuma Aisyah mix pantang Melayu dan saintifik.
“Pagi Aisyah akan berurut, tungku semua. Masuk tengahari, Aisyah akan masuk office dan perbanyakkan pergerakan.
“Aisyah memang train badan Aisyah untuk kuat dan boleh hadap semua perkara. Bila kita ada strong mindset, insyallah Allah kita akan kuat dan boleh buat macam-macam, ” katanya berkongsi tip.
Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, dia juga seorang yang cukup aktif dan tidak boleh duduk diam pada tempoh yang lama. Tidak hairanlah dia mampu Kembali ke pejabat untuk bekerja biarpun baru melahirkan anak keempatnya.
“Aisyah memang tak boleh duduk diam. Saya tak suka tengok diri saya terbaring atas katil pada tempoh yang lama.
“Saya perlu lakukan sesuatu dan badan saya perlu aktif. Minum jus buah dan makan banyak buah. When you aim high, badan dan mindset kita pun akan selari dengan apa yang kita nak.
“Alhamdulillah saya tak ada koyak dan jahit, jadi boleh bergerak macam biasa buat masa sekarang,” kongsinya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila memikirkan kontraksi, memang tidak dapat digambarkan. Ibu ini berkongsi pengalaman bersalinnya. Mujurlah suami ada disisi.
Kehadiran suami semasa proses bersalin sangat membantu. Tidak sia-sia pasangan ini menghadiri kelas antenatal kerana ia sangat membantu. Lebih menarik apabila dia menghadirinya sebanyak dua kali.
Puan Nor Hazirah Amalina & suami Mohammad Ashraf berkongsi pengalamannya saat membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata mereka Muhammad Ashaz Hadif (1 tahun). Selain membuat persediaan dari segi material, mereka turut memperlengkapkan ilmu melalui kehamilan & saat-saat kelahiran dengan menghadiri kelas antenatal.
“Semasa check up ketika usia kandungan mencecah dua bulan, saya ada ternampak flyers kelas antenatal yang bakal dijalankan di sebuah hospital. Kemudian, saya start membuat carian di Internet danmembaca tentang kelas antenatal. Dari situ saya berminat dan mula mengajak suami untuk ke kelas antenatal. Alhamdulilah suami pun berminat dan bersama-sama dengan saya cari antenatal kelas yang perlu kami pergi,” kata Amalina.
IKUTI KELAS ANTENATAL DUA KALI
Amalina berpendapat kelas antenatal sangat penting panduan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. “Walaupun terdapat buku tentang kehamilan dijual di kedai buku. Bagi saya tak sama apa yang kita baca dan apa yang kita dapat di dalam kelas. Di antenatal kelas, kita berpeluang bersemuka dengan yang pakar dan lebih arif untuk menjawab segala kemusykilan yang kita ada.
“Disebabkan kedua-dua kelas tidak menyediakan 100% modul yang sama. Sebelum ke kelas antenatal, kami akan memastikan kami tahu modul apa yang disediakan supaya boleh membandingkan kelas mana yang perlu kami hadir.”
Perbezaan yang saya Nampak adalah kelas yang pertama lebih banyak focus pada penjagaan ketika sedang hamil seperti yang dikatakan tadi, teknik senaman, cara urutan yang boleh membantu isteri, nutrisi makanan yang baik ketika hamil dan cara penyusuan yang betul pada bayi.
ELAK PARANOID
Dalam kelas antenatal juga banyak menceritakan tentang penjagaan semasa berpantang, cara mandikan bayi, simptom yang akan ada pada bayi contoh seperti terdapatnya kesan gelap pada punggung bayi, bitnik-bintik di muka bayi, scalp dia kepala dan sebagainya. Selepas kelahiran anak kami, kami notice anak kami ada tanda-tanda seperti tadi, tapi bila ingat balik apa yang diterangkan oleh pakar kanak-kanak ketika hadir ke kelas antenatal kami tahu tanda-tanda itu normal. Sebab sebagai ibu bapa yang tiada pengalaman, kami cenderung untuk rasa ‘paranoid’.
SUAMI JUGA DAPAT BELAJAR
Suami Amalina, Ashraf juga mendapat pelbagai tips dan panduan. “Saya dapat belajar mengenai cara urutan yang boleh membantu isteri tidur dan kurangkan stress isteri. Selain itu dengan menghadiri kelas antenatal saya dapat belajar sesuatu yang baru dimana perjalanan kehamilan ini bukan ditanggung oleh isteri saya sahaja, malah saya juga perlu ‘involve’. Pengalaman paling menarik adalah, saya dapat belajar cara memotong tali pusat anak di mana saya dapat lakukan ketika di operation room,” kata Ashraf.
SENAMAN SEMASA HAMIL
Ada few senaman yang saya lakukan. Contoh nya seperti child pose, squat, pelvic floor dan swimming. pada mulanya saya agak takut untuk melakukan senaman sebab ada terbaca orang kata berbahaya untuk ibu hamil. Tapi selepas hadir ke kelas antenatal, kami diajar teknik senaman yang selamat dilakukan oleh ibu hamil.
ISTERI TAK TENTU ARAH
Melalui proses kelahiran anak sulung memang mendebarkan bagi setiap pasangan suami isteri. Ashraf & Amalina tidak terkecuali. Keputusan menghadiri kelas antenatal tidak sia-sia kerana Ashraf banyak membantu isteri ketika bersalin.
“Sebenarnya jika para suami hadir ke kelas antenatal, ianya adalah sebagai tanda sokongan kita pada isteri untuk menempuh dugaan sepanjang hamil. Saya masih ingat ketika tu isteri dah rasa contraction tapi dia masih mampu menahan, tapi selepas solat subuh isteri terus ajak ke hospital sebab rasa tak mampu tahan lagi. Ketika tu saya lihat keresahan isteri tak tentu arah,” kata Ashraf.
AJARKAN TEKNIK PERNAFASAN & BUAT URUTAN
Amalina juga mengakuinya. “Setiap kali kontraksi dah datang, saya sebenarnya dah tak boleh fikir apa dah. Memang layan je sakit tu. Dengan adanya suami, dia sangat membantu dan gunakan ilmu yang dah diajar di antenatal kelas seperti ajar saya teknik bernafas dengan betul, lakukan urutan bagi melegakan kesakitan yang saya hadapi dan ajar saya surah surah yang perlu saya bacakan,” kata Amalina.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa lagi yang dilakukan semasa dan selepas proses bersalin bayi mereka, anda boleh mengikuti pasangan ini rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat dengan episod “Kelas Antenatal” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD. Banyak tip daripada pakar & perkongsian daripada ibu bapa boleh anda dapatkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!