Sempena ulangtahun kelahiran penyanyi nombor 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, para peminat tidak lupa mendoakan juga untuk anaknya, Siti Aafiyah.
Hari ini, 11 Januari Datuk Sri Siti genap 40 tahun dan hashtag #sitigolden40th menjadi trending di beberapa sosial media termasuk Twitter.
Di Instagram, Datuk Sri Siti telah memuatnaik screen shot tarikh 1 Januari 2019, jam 11.11 pagi yang berlatarkan gambar Aafiyah yang sedang tersenyum dengan kapsyen pendek menyatakan kesyukurannya kepada Allah.
Posting ini menerima hampir 8,000 ucapan dan 260 ribu likes. Di samping mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Sri Siti, para peminat tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan Aafiyah. Pendek kata, Aafiyah sentiasa menjadi perhatian peminat pada ibunya!
Sejak kebelakangan ini setelah kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh nampak kehadiran anak kecil bersama ibu bapa di tempat awam dan pusat membeli belah.
Keadaan ini telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan yang kerap kali menasihatkan orang ramai memandangkan kanak-kanak di bawah 12 tahun merupakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 selain warga emas.
Menerusi laporan terdahulu, kerajaan ada mengingatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil ke pasar raya dan pusat beli belah sebagai langkah keselamatan dan pencegahan walaupun keadaan sekarang sedikit terkawal.
Sebelum ini pun dalam satu kenyataan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan ketika ini sedang bercadang untuk mengkaji semula Akta 342 dalam melarang ibu bapa dari membawa kanak-kanak ke pasar raya dan pusat beli-belah.
“Kita akan berbincang dengan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencapai persetujuan.
“Kalau perkara ini dipersetujui maka peraturan boleh dipinda. Jika melanggar peraturan boleh dihukum di bawah Akta 342,” katanya pada sidang media sebelum ini.
Tambahnya kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai implikasi dan mendapatkan nasihat perundangan sebelum peraturan boleh dipinda.
Sementara itu, melalui kemas kini status terbaru di Facebook Kementerian Kesihatan, peringatan ‘Jangan bawa warga emas atau anak-anak kecil ke ‘mall’ untuk ‘jalan-jalan’. Kita berhadapan musuh tak nampak. Bahaya!’ telah viral dan mendapat respon positif dari orang ramai.
Rata-ratanya bersetuju dan mengharapkan kerajaan boleh bertindak tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya. Namun ada juga yang masih tak berpuas hati kerana walaupun banyak mesej yang disampaikan, namun rakyat Malaysia seolah mengambil hal ini acuh tak acuh.
Perlu diingatkan walaupun kerajaan melonggarkan pergerakan, tak bermakna semuanya bebas. Sebolehnya jangan bawa anak kecil ke tempat berisiko untuk mengelakkan anak terdedah kepada virus jahat yang masih belum ada ubatnya lagi.
Kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan. Dengan kenaikan kes positif mencecah lebih daripada 3,000 kes sehari ia seakan-akan memberi peringatan virus ini tak mengenal sesiapa untuk dijangkiti.
Dalam keadaan sekarang ini semua individu terdedah kepada risiko ini sama ada golongan kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas. Cuma masing-masing perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup dalam norma yang baharu.
Ini kerana virus ini tak dapat dilihat dan jika dijangkiti pun ada sesetengahnya tiada simptom tetapi apabila buat ujian disahkan positif.
Si kecil berusia 5 tahun ini disahkan positif COVID-19. Tiada simptom. Sebentar tadi dibawa ke hospital bersendirian dengan ambulans. Moga lekas sembuh dan segera discaj. Ameen. Ingat, COVID-19 tak kenal mangsa. Credit: Ira Hazwani pic.twitter.com/6v2R2YWEHB
Menerusi perkongsian di twitter TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian ramai.
Pastinya situasi itu cukup sebak buat ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu lagi-lagi terpaksa berpisah dengan ahli keluarga buat sementara waktu.
Dalam video yang dikongsikan, ibu pada kanak-kanak itu sempat berpesan dan memberi kata-kata semangat sebelum bergerak ke arah ambulans
“Jaga diri, jangan nangis ok. Kakak good girl kan!”
Lagi buat sebak, kanak-kanak itu nampak sungguh tenang dan sempat berpesan untuk ibunya juga jaga diri.
Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri
Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan ramai terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang suami tidak menyangka hasrat isterinya yang menyatakan ingin pergi ke tempat yang sangat jauh, menjadi kenyataan apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 375.8, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran Bukit Besi.
Lebih memilukan nahas kira-kira pukul 6.30 petang itu bukan hanya mengorbankan isteri, Noreha Mohamed, 53, malah anak sulungnya, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, dan cucunya, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail berusia dua bulan turut maut.
Raja Hussin Raja Abdullah, 60, yang bekerja di Kerteh dekat sini berkata, dia ada menghubungi isterinya yang tinggal di Wakaf Bharu, Kelantan beberapa hari lalu dan mengajaknya pergi ke satu majlis kenduri di Kelantan pada bulan depan, namun Noreha enggan.
“Dia (Noreha) bagi tahu tak nak ikut, dia nak ‘berjalan’ ke tempat lebih jauh sampai tidak boleh digambarkan betapa jauh tempat itu.
“Saya tak sangka, dia betul-betul pergi di tempat yang jauh bersama anak sulung dan cucunya,”
Raja Hussin memberitahu, pada hari kejadian, Noreha ada menghubunginya memaklumkan dia bersama dua lagi anaknya, Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah,13, mahu menghantar kakak mereka yang baru habis berpantang dan bayinya balik ke Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.
“Selain itu, Isteri saya juga ada beritahu, selepas hantar anak dan cucu di Kem Batu 10, Kuantan, dia serta dua lagi anak saya akan singgah dan bermalam di rumah sewa saya di Paka, namun beberapa jam selepas itu saya menerima berita buruk ini,” katanya.
Tambahnya, beberapa jam selepas dimaklumkan isteri dan cucunya meninggal dunia di tempat kejadian, dia sekali menerima berita sedih apabila Raja Nurhanani Nabila pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
“Terlalu berat ujian ini untuk saya dan keluarga namun, saya reda,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dungun,. Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dipandu Raja Haikal Najmi dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan hilang kawalan dan terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di sebelah kiri jalan sebelum terbalik.
Menurutnya, mangsa yang parah, Raja Haikal Najmi, patah kaki kanan dan adiknya, Raja Nurhumairaa Nadzirah yang patah bahu kiri masih dirawat di Hospital Dungun