Aktiviti membaca buku sangat penting kerana melalui pembacaan, seseorang itu dapat menambah ilmu baharu. Beberapa hari lepas, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak setiap hari sebelum tidur.
Menurut perkongsian Angkasawan Negara ini, aktiviti membaca buku akan dibuat setiap hari dan buku tersebut akan dipilih sendiri oleh anak-anak.
Membaca buku bersama-sama. Saya melakukannya setiap hari bersama Adam & Noah setiap malam sebelum tidur.
Saya biasanya membiarkan mereka memilih buku. Tetapi buku yang dipilih selalunya sama yang berjudul ‘Daddy and Me’
Ads
Tambahnya lagi, aktiviti membaca buku bersama anak-anak sangat penting kerana boleh merapatkan hubungan antara ayah dan anak, meningkatkan imaginasi anak dan sebagainya.
Penting sangat aktiviti membaca bersama anak. Tingkatkan bonding, tingkatkan imaginasi anak, Fikir di luar kotak, dapat tanamkan minat membaca. Memang Seronok!
Alhamdulillah
Ads
Selain itu, membaca buku dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Ads
Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman membacakan buku buat anak, ada yang bermula seawal anak mereka dua bulan lagi!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Anak bijak bukan lahir sebab tuah semata-mata. Ia bermula daripada otak yang sihat, tenang dan berfungsi dengan optimum.
Ramai ibu bapa terlalu fokus pada keputusan peperiksaan, jadual tuisyen yang padat dan latihan tanpa henti. Tapi satu perkara asas sering terlepas pandang keupayaan otak anak itu sendiri.
Bila otak letih, kurang nutrisi, kurang tidur dan dibebani tekanan, proses pembelajaran jadi perlahan. Anak jadi mudah lupa, susah fokus dan cepat emosi walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.
Berita baiknya, kita tak perlukan cara yang rumit atau mahal. Dengan perubahan kecil dalam rutin harian, otak anak boleh “dipowerkan” secara semula jadi.
Berikut 6 tips praktikal untuk bantu anak jadi lebih bijak dengan memaksimumkan fungsi otak mereka.
Kajian dalam Frontiers in Public Health mendapati berjalan selama 10 minit sahaja mampu meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan matematik.
Lebih menarik, peningkatan paling ketara berlaku pada pelajar yang sebelum ini lemah akademik. Memori mereka menjadi lebih baik dan prestasi otak meningkat.
Kajian lain dalam Journal of Experimental Biology (2017) pula menunjukkan berjalan kaki meningkatkan aliran darah ke otak. Bila bekalan darah bertambah, prestasi kognitif dan daya ingatan turut meningkat.
Tip mudah:
• Jadikan berjalan sebagai aktiviti keluarga
• Bila anak buntu dengan kerja sekolah, suruh dia berjalan sekejap sebelum sambung semula
Ringkas, percuma dan sangat berkesan untuk perkembangan otak anak.
Anak adalah apa yang mereka makan.
Jika makanan harian penuh dengan jajan dan makanan ultra-proses, otak anak akan menerima kesannya.
Perkenalkan konsep B.I.T:
Blueberries, strawberries, cherry dan blackberries membantu menguatkan hippocampus, pusat memori otak. Memori jadi lebih tajam.
Ikan kembung, tuna dan salmon kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak anak. Ini antara makanan wajib anak-anak.
Telur mengandungi choline yang penting untuk pembentukan memori dan fungsi kognitif. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan.
Makanan mempengaruhi tingkah laku, emosi dan prestasi otak.
Silap memilih, kita sebenarnya sedang melemahkan potensi anak sendiri.
Kajian dari Harvard University (2011) mendapati amalan zikir mampu membesarkan hippocampus, pusat memori dan pembelajaran.
Kajian sama juga mendapati aktiviti amygdala (pusat ketakutan) menjadi lebih rendah. Anak jadi lebih tenang, kurang cemas dan lebih stabil emosi.
Kajian dari Yale University pula menunjukkan zikir membantu menenangkan Monkey Mind — fikiran yang melompat tanpa henti.
Manakala kajian di UCLA mendapati zikir meningkatkan grey matter, bahagian otak yang kaya dengan sel neuron.
Maksudnya ringkas: zikir membantu pertambahan sel otak.
Tambahan pula, zikir mengaktifkan Posterior Cingulate Cortex, pusat motivasi. Anak lebih fokus, boleh belajar lebih lama dan kurang mudah putus asa.
Pesan pada anak:
Kalau nak belajar dengan berkesan, biar zikir hidup dalam hati.
Tidur bukan rehat kosong. Ia proses penting untuk otak anak.
Kesan kurang tidur:
• Prestasi memori merosot
• Keupayaan membuat keputusan menurun
• Risiko kemurungan meningkat
• Anak cepat lapar dan cepat letih
Keperluan tidur:
• Dewasa: 6–8 jam
• Kanak-kanak & remaja: 9 jam (wajib)
Ketika tidur, hormon melatonin bertindak seperti “makcik cleaner” yang membersihkan dan membaiki otak.
Tidur lewat = proses pembersihan terganggu.
Kajian dalam jurnal The Lancet menunjukkan tidur kurang dari 6 jam meningkatkan kesalahan kognitif sehingga 3 kali ganda.
Tidur awal bukan malas.
Ia strategi bijak untuk otak sihat.
Makanan ringan dan jajan memberi kesan buruk kepada struktur otak anak.
Antara dapatan kajian:
• Hippocampus mengecil
• Hormon BDNF berkurang
• Risiko kemurungan dan keresahan meningkat
• Keradangan pada otak
• Pembentukan memori terganggu sehingga 3 minggu
Lebih membimbangkan, otak anak yang sedang membesar paling terkesan.
Ya, jeruk dan cereal juga termasuk.
Kalau kita yang beri jajan itu, kitalah yang melemahkan potensi anak sendiri.
Pujian seperti “Pandainya Along!” nampak baik, tapi sebenarnya boleh mematikan motivasi.
Pujian ini mematikan aktiviti striatum, pusat motivasi dalam otak. Anak jadi takut gagal dan hanya mahu buat perkara mudah.
Cara yang lebih betul:
“Along berjaya sebab Along usaha kuat. Tahniah atas usaha Along.”
Bila usaha dipuji:
Seperti kajian Dr. Carol Dweck, fokus pada usaha dan cara, bukan sifat. Anak bijak bukan hasil paksaan, tetapi hasil penjagaan otak yang konsisten.
Bila anak bergerak, makan dengan betul, tidur cukup, jiwa tenang dan diberi pujian yang tepat potensi mereka akan berkembang dengan sendiri.
Didikan sempurna di awal fasa pertama kehidupan anak iaitu 0 hingga 6 tahun, akan membentuk keperibadian baik apabila besar.
Semua nak yang terbaik asalkan anak dapat menjadi individu cemerlang. Tapi adakah ibu bapa tahu dalam kelekaan memberi anak pendidikan awal seperti mengajar membaca, menulis, membaca al-Quran dan solat kita terlepas pandang mengenai pendidikan aqidah?
Sepatutnya pendidikan aqidah yang perlu diutamakan dan barulah diikuti oleh pembelajaran yang lain.
Melalui Facebook Prof Dr Muhaya, perkongsian dari rakannya mengenai pendidikan aqidah untuk anak-anak di diperingkat Golden Age boleh dijadikan panduan untuk semua ibu ayah.
————————————————————
0-6 tahun Golden Age? Merujuk pada apa Golden Age ni?
Bukan Flash Cards Bukan Hafazan al-Quran Bukan Solat Bukan Buku Kanak-kanak Bukan Educational Toys Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka Bukan Nursery Rhymes
Rupanya silap banyak sangkaan saya. Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran
Nasihat pertama berbunyi:
” Wahai Anakku, Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar”
Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH
Eh..kenapa tak sebut solat dulu? Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman
Rupanya anak yang diberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk bersolat pada usia 7 tahun nanti.
Bagaimana pula dengan didikan kenal al-Quran dan ajar solat seawal kecil?
Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan. Cuma jangan terlalu disibukkan dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan aqidah.
Membaca al-Quran dan hafazan hanya merupakan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam aqidah.
Soalannya..
Bagaimana mahu tanamkan aqidah dalam diri anak kecil?
(Tip ini untuk anak yang 2 tahun keatas)
1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya
“Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?” soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut
“Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?’
Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah
Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma’ ul husna)
Contoh jawapan saya beri:
“Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar. Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?”
Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak
Contoh:
“Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?”
“Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?”
Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia.
Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya.
2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim
Bukan Allah yang garang. Bukan Allah yang suka menyeksa
Yang ni aspek paling penting! Ramai yang silap didik anak bab ini.
Kenapa kena solat? Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)
Tukar ayat ke:
Kenapa kena solat? Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?
Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau neraka
Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim
Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya
Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika buat kebaikkan yang Allah suka
saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti
Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim
3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah. PUJI mereka
Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa
Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan
Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu. Jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)
Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun.
Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap. Saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri menjawab bahawa “Allah ada..jangan takut ” lalu dia tidur dengan lena.
PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah, kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah “desirable attitude” (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.
Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai “desirable attitude” yang kita mahu mereka ada dari kecil.
Apakah desirable attitude yang kita mahu?
Anak sentiasa merasa Allah berada di mana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka
Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau haram.
Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah
Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca al-Quran dan hadis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.