Di tengah lautan ucapan Hari Bapa yang membanjiri media sosial hari ini, salah satu yang paling mencuri perhatian datang daripada Noor Nabila menerusi laman Instagram Jebat Jayden. Beliau menitipkan penghargaan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, lelaki yang kekal memainkan peranan besar sebagai ayah kepada anak mereka.
Dear baba…
Thank u for being an amazing father to our son…
For showing up with ur heart,time and presence.
U hv given him something so valuable… love, consistency, and pride in who his father is.
Perpisahan tidak menghalang Noor Nabila daripada menghargai peranan besar yang dimainkan oleh Sharnaaz dalam kehidupan anak mereka. Beliau turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen Sharnaaz untuk menjadi bapa yang terbaik buat Jebat Jayden.
“Awak telah memberi sesuatu yang sangat berharga iaitu kasih sayang, konsisten dan membuatkan dia bangga tentang bapanya sendiri.”
“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang. Kerana semakin matang. Membuat Jayden rasa seolah-olah dia masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya… Sentiasa hadir. Sentiasa menyayanginya sepenuh hati.”
Ads
“Untuk itu, syukur untuk kita berdua yang semakin matang dan bukan hanya sebagai ibu bapa tetapi juga kawan,” kongsinya menerusi Instagram hari ini.
Walaupun hubungan sebagai suami isteri telah berakhir, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus membuktikan bahawa perpisahan bukan penghalang untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Mereka memilih untuk kekal bekerjasama dalam membesarkan Jebat Jayden melalui pendekatan co-parenting yang matang dan harmoni.
Ads
Keutamaan mereka jelas, memastikan Jebat membesar dalam persekitaran yang stabil, penuh perhatian, dan masih merasai kehadiran kedua-dua ibu bapanya walaupun tidak lagi tinggal serumah.
Ads
Sharnaaz mungkin dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, selebriti lantang bersuara, figura penuh karisma. Tapi hari ini, kita menyaksikan satu sisi dirinya yang jauh lebih hebat sebagai seorang ayah.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017, namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada Julai 2020.
Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan milik pasangan suami isteri yang makan bersebelahan mejanya.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut iaitu @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat.
Ameera berkata, pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan.
“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.
“Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan netizen.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Bayi kuat menyusu dan meragam, ini fakta mama dan papa mesti tahu. Bayi anda tiba-tiba sahaja berubah jadi kuat menyusu dan kuat meragam? Jika dahulu bayi anda senang nak tidur dan tidak kisah bermain sendirian, kini dia berubah suka merengek, cranky, minum susu lebih banyak dan mudah menangis.
Mengapa keadaan ini berlaku? Tahukah anda ia ada kaitan dengan beralih bulan atau growth spurts kah?
Pertumbuhan bayi pada tahun pertama hidup adalah cepat dan penuh dengan perubahan emosi. Bayi secara purata membesar setengah inci hingga satu inci setiap bulan dan pertambahan beratnya lima hingga tujuh auns setiap minggu pada enam bulan pertama.
Berat ketika lahir akan meningkat kepada dua kali handa pada usia lima bulan dan tiga kali ganda usia setahun. (Bayi lelaki baru lahir cenderung untuk lebih berat dan panjang paun berbanding bayi baru lahir perempuan)
Proses pertumbuhan yang pesat ini terjadi dalam jangka masa yang sangat singkat. Dan ini dinamakan aselerasi pertumbuhan atau lebih dikenali sebagai growth spurt. Di mana dalam istilah tempatannya ialah ‘beralih bulan’.
BILAKAH BAYI MENGALAMI GROWTH SPURTS?
Setiap bayi berbeza, ada garis pertumbuhan pertumbuhan yang berbeza. Selalunya ia berlaku pada usia bayi seperti berikut;
Growth spurts pertama berlaku kira-kira 7 hingga 10 hari selepas kelahiran, tepat pada masanya bekalan susu ibu ibu menyusu mula stabil dan kebanyakan bayi mula bertambah berat badan.
Growth spurts kedua antara 3 dan 6 minggu
Growth spurts ketiga dan seterusnya pada usia 3, 6 dan 9 bulan.
TEMPOH MASA GROWTH SPURTS
Growth spurts selalunya berlaku dengan cepat, iaitu dua hingga tiga hari bagi setiap kali. Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak perasan atau menyedari yang si manja sedang melalui growth spurts. Ia adalah proses yang normal dan tidak ada yang perlu ditakuti.
TANDA-TANDA BAYI ALAMI GROWTH SPURTS
Setiap bayi adalah unik. Mereka melalui tanda-tanda yang sama dan ada yang mengalami simptom yang berbeza.
KERAP LAPAR DAN KUAT MENYUSU
Kelaparan meningkat dan ini menyebabkan bayi jadi kuat menyusu atau makan. Jika bayi masih menyusu, mereka akan sentiasa mahu menyusu atau mengempeng.
MASALAH TIDUR MALAM
Bayi anda yang selama ini mudah untuk tidur malam kini suka berjaga pula. Waktu malam pun suka bermain tidak mahu tidur dan mahu makan atau menyusu.
SUKA MERAGAM
Cenderung untuk mengamuk atau menangis apabila apa yang dikehendaki tidak dipenuhi. Apabila lapar dan penat (akibat tidak tidur secukupnya), bayi akan mudah emosi dan menangis walau pun apa yang terjadi adalah perkara yang kecil yang sebelum ini mereka tidak kisah.
TIP KENDALIKAN BAYI YANG SEDANG ALAMI GROWTH SPURTS
Jadi, mama dan papa kena pandai telah mengenali tanda-tanda pertumbuhan growth spurt ini supaya boleh bertindak dengan betul.
HADKAN MAKANAN PEJAL PADA WAKTU TENGAH MALAM
Pakar mengesyorkan untuk memberikan susu, air dan sajian makanan pejal (sekiranya bayi sudah mula makan makanan pejal) pada siang hari. Ini kerana pada waktu siang, mereka akan sibuk dengan aktiviti dan memerlukan ‘bahan bakar’ tambahan!
Tapi pada sebelah malam, anda perlu kurangkan pemberian makanan sebaliknya berikan susu sahaja kerana bayi perlukan tidur dan rehat secukupnya.
ELAKKAN MENENANGKAN DENGAN MAKANAN
Menenangkan dengan makanan juga boleh menyebabkan si kecil menyusu terlalu berlebihan. Sebelum anda memberikan susu, cari isyarat asas lapar, seperti tangisannya atau gesaan untuk mencapai payudara/ botol susu. Tetapi pastikan ia tidak berlebihan. Bila bayi memalingkan wajah daripada payudara atau botol, bermakna mereka sudah kenyang. Jangan dipaksa mereka menghabiskan kesemuanya!
CARI ALTERNATIF UNTUK MENENANGKAN
Jika si manja sudah minum susu secukupnya itiga jam sebelum itu dan berat badannya ketika itu naik dengan baik, anda boleh cuba alternatif lain untuk menenangkannya iaitu dengan menukarkan lampin, membedungnya semula dan mendodoinya. Anda juga boleh lakukan apa sahaja perkara lain kerana pada peringkat ini, bayi anda akan lebih sukar untuk ditenangkan dan dihiburkan.
ADAKAH BAYI SAYA OK?
Walaupun bayi sudah naik berat badan, bagi memastikan dia berada pada trek yang betul, anda perlu merujuk kepada carta pertumbuhannya.
Pakar pediatrik anda akan mengukur dan menjejaki ketinggian dan panjang bayi semasa pemeriksaan (yang kerap semasa 18 bulan pertama) dan mencari corak dan trend. Sekiranya pertumbuhan bayi menyimpang secara mendadak naik atau turun daripada lengkung individunya, itu boleh menjadi penunjuk masalah seperti penyakit atau penyakit.
Anda tidak perlu menunggu temujanji kesihatan untuk bercakap dengan doktor anda tentang pertumbuhan bayi. Sekiranya anda mempunyai keprihatinan mengenai aselerasi pertumbuhan ini atau sebarang aspek perkembangan kanak-kanak, rujuk dan berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
Memang betul lah anak perempuan akan rapat dengan ayahnya. Manja sungguh! Dalam sesetengah situasi, bila dengan ayah semua boleh tapi kalau ibu ada saja yang tak kena. Bila ibu rapat dengan ayah pun kena jeling. Begitulah rapatnya anak perempuan dengan ayahnya.
Biasanya bila anak perempuan merajuk, hanya ayahnya yang dapat pujuk. Mungkin ayah lebih peka dengan emosi anak perempuan dan dah faham cara terbaik untuk ambil hati anak yang tengah merajuk.
Sama seperti video yang dikogsikan oleh aifa_fai ni, anak perempuannya dilihat sedang merajuk. Katanya, sudah tiga kali percubaan dia memujuk anak perempuannya itu tetapi gagal.
“PEREMPUAN SANGAT!! IKUT PERANGAI SAPA HAH??? Ibu pujuk 3 kali x jalan.. Abie take over settle!”.
Tonton video ini;
Namun bila suaminya yang pujuk, sekali saja dah ‘jalan’. Pada awalnya kanak-kanak perempuan tersebut menyilang tangan sambil menghentakkan kaki sambil diperhatikan si ayah. Gelagatnya mencuit hati dan si ayah kelihatan ketawa lantas terus memujuk kanak-kanak tersebut.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...