Tahun 2025 mencatatkan lonjakan luar biasa kes HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) – meningkat 266% berbanding tahun lepas dengan lebih 99,000 kes direkodkan sehingga April. Ini bukan statistik semata-mata, ini realiti yang sedang berlaku di sekolah rendah, taska dan tadika seluruh negara. Ibu bapa, jika anak anda berada dalam peringkat ini, wake up call ini adalah untuk anda.
HFMD ialah penyakit berjangkit berpunca daripada virus enterovirus seperti Coxsackie A16 dan Enterovirus 71. Ia mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, dan simptomnya muncul 3-5 hari selepas terdedah:
Kes serius boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang otak (encephalitis), meningitis, dan kematian.
Penyakit ini menular melalui air liur, najis, hingus dan permukaan tercemar. Dalam kata mudah – seorang kanak-kanak dijangkiti boleh menyebarkannya kepada berpuluh lagi dalam sehari.
Ibu bapa mesti bertindak! Bukan tunggu anak kena baru panik. Ini tanggungjawab bersama:
Bila ibu bapa cuai, satu kelas boleh dijangkiti dalam masa 24 jam
Lebih 1,000 premis ditutup tahun ini akibat HFMD – taska, tadika dan sekolah
Anak-anak yang dijangkiti berulang kali boleh hadapi masalah imunisasi & tumbesaran
HFMD bukan sekadar penyakit biasa – ia boleh menggugat sistem pendidikan dan kesihatan negara jika tidak dibendung.
Ibu ayah, kita tak mampu ambil mudah. Bila satu keluarga tidak bertindak, satu komuniti akan terkesan. HFMD bukan ujian individu – ia ancaman nasional. Jangan tunggu anak masuk hospital baru mahu bertindak. Mencegah ialah satu amanah, bukan pilihan.
Tegas tapi penuh kasih – demi anak-anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar. Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, “Air dicincang tidak akan putus” Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.
Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya.
Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!
Tip 1:
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.
Tip 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.
“Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!”
Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.
Tip 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.
Panggil adik, beritahu adik. “Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira.”
Panggil pula kakak, beritahu kakak. “Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?”
Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.
Sumber: wanrohaniismail.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena cuti sekolah ini, ibu ayah boleh membawa ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Tentunya cuti sekolah selama seminggu ini sudah tentu pelbagai permintaan destinasi percutian yang anak-anak akan pilih. Buat ibu bapa yang kesibukkan dengan kerjaya dan masih belum merancang percutian, tempat-tempat ini tidak perlu mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar.
Perkongsian ibu kepada seorang anak ini, Puan Eswati Azni, modernmumthingy.com boleh menjadi panduan untuk membawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Jom kita survey!
Terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall. Berskala agak besar dan penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar. Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti ninja warrios. Memang hero kecik tu selalu berangan dapat buat aktiviti sebegitu . Terdapat beberapa tarikan yang menarik disini seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.
Yang menariknya untuk anak anak kecil juga dapat merasai pengalaman yang sama kerana juga di bina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur. Amat digalakkan membawa anak anak ke sini kerana pasti adrenalin mereka akan meningkat dengan fasiliti yang disediakan. Orang kata cara budak budak lepaskan energy pastikan mereka selalu aktif.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
Kawasan ini juga terletak dalam shopping mall yang sama di IOI putrajaya Mall. Boleh di katakan setiap minggu ataupun kawasan Ice skating cuti sekolah memang penuh. Hari biasa mungkin agak kurang pengunjungnya. Walaupun terdapa beberapa shopping mall yang lain jugak menyediakan lantai ice skating, tetapi icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik kerana terdapat tingkap atau cermin yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.
Untuk mereka yang biasa berkungjung ICe Scape ini sebernaya boleh menjimatkan kos seperti memakan sarung tangan dan stokin yang sama. Jangan lupa bawa jika berkunjung kali ke 2
Kami pernah beberapa kali membawa Iman untuk beriadah di sini. Memang seronok melihat keletahnya buat pertama kali mencuba ice skating ini. Tapi sayangnya tidak jumpa gambar untuk dikongsi disini. Yang pasti anak anak yang ingin bermain di sini hati mesti kena kuat, jatuh terduduk dan terlentang itu fenomena biasa di kawasan ini.
Untuk anak anak yang biasa bermain atau pun sudah pandai, hari minggu bukan lah option terbaik untuk mereka, kerana kawasan ini terlampau sesak.
Mini Zoo Menara KL ini terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Tidak sebesar di kawasan zoo negara tapi ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak. Terutamanya mereka yang betul betul sukakan binatang
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Harga Tiket:
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,
Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: I
snin – Jumaat RM58/pax |
Sabtu, Ahad,
Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
5. KL CAR FREE RIDE KUALA LUMPUR
Aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma di Kuala Lumpur ini. Boleh di katakan kami beberapa kali berjaya terlibat sama untuk program ini. KL car free ride ini diadakan setiap pagi dari jam 7 pagi hingga 9 pagi setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan dan menawarkan jalan tertutup untuk orang-orang dari semua lapisan masyarakat untuk larian, skateboard, rollerskate, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata memang macam macam gaya.
Bila lagi nak merasa berjalan di Kuala Lumpur tanpa sesak dengan kereta kan! Kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal, dan disinilah buat pertama kalinya Iman membawa basikal dan menyertai program sebegini. Memang seronok bila dapat ramai orang berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.
Nampaknya kesedaran kesihatan yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan penghargaan mereka yang sering terlibat di dalam program KLcar Free ride ini.
Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan membawa para peserta melalui jalan-jalan utama sekitar 7 kilometer di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
Setiap kali program ini berlansung salah satu penaja OCBC Bank menawarkan 140 basikal untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.
Kami difahamkan, bukit gasing ini sangat sesuai untuk beginner macam kami terutamanya untuk aku dan Iman. Ianya betul betul terletak di kawasan segitiga kuala lumpur, dan boleh diakses dari beberapa kawasan seperti Pantai hillpark dan petaling jaya. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat tenaga dan kecergasan.
Hutan Simpan Bukit Gasing terletak di sebidang hijau 100 hektar yang membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Titik tertinggi di bukit gasing ini adalah ‘Bukit Atas‘ yang terletak adalah kira-kira 160 meter. Itu menjadikannya’ bukit bayi’ mengikut piawaian Malaysia. Tetapi terdapat beberapa cerun curam di sini termasuk salah satu yang dipanggil Abu Baker Slope) dan ia adalah tempat yang baik untuk mendapatkan beberapa latihan untuk lebih mencabar.
Rata rata pendaki disini memang mempunyai pelbagai peringkat umur, dari kanak kanak sehinggalah orang tua. Kawasan ini menjadi kawasan favourite untuk mereka yang ingin menikmati alam sekitar atau melepaskan penat lelah bekerja sambil beriadah dalam masa yang singkat.
7.INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
FRIM terletak di kawasan kepong. Ianya adalah kawasan terbuka kepada orang ramai tetapi ada dikenakan bayaran yang kecil untuk menikmati pelbagai aktiviti seperti jogging, hiking, berbasikal atau hanya berkelah. Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Yuran tambahan dikenakan untuk Kanopi Walk dan tiket boleh dibeli di Pusat Setempat sebelum anda memulakan perjalanan.
Sebaiknya datang pada awal pagi kerana kawasan ini memang menjadi tarikan untuk penduduk setempat dan lebih penting memudahkan untuk mencari kawasan parking kereta.
Peminat basikal extreme juga memilih kawasan FRIM ini kerana terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar. Selain dari itu jugak sekolah dan IPTA juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkemah.
Pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini diselia baik oleh phak FRIM. Sambil beriadah boleh kita belajar beberapa ilmu mengenai pokok pokok di sini dengan membayar tour guide yang disediakan oleh Pihak FRIM.
Harga Tiket:
Masuk- RM1.05/Malaysian & RM5.30/bukan warganegara Malaysian |
Kereta – RM5.30 | Canopy walk – RM5/Malaysian & RM20/Non-Malaysian
Tahap kepayahan: Senang – Sederhana
8. PUTRAJAYA
Selain dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara, di sini juga terdapat pelbagai tarikan menarik yang pasti memberikan pengalaman berbeza dan menarik. Boleh dikatakan putrajaya menjadikan pilihan terbaik untuk kami sekeluarga sekiranya ingin berbasikal dan beriadah kerana hampir dengan kawasan tempat tinggal kami.
Antara tempat aktiviti yang boleh dilakukan di sini
Ada beberapa tempat di senaraikan di atas yang dikenakan bayaran, tetapi ada juga yang masih boleh di nikmati secara percuma.
Petrosains juga tempat yang wajib di lawati jika ke kuala lumpur. Yang pasti ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Walaupun berada di dalam KLCC tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak anak sekolah dari seluruh malaysia.
Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat pameran interaktif pendidikan, hands-on interaktif dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Ia berjaya memaparkan sains untuk semua. Apa yang menarik di sinit terdapat pelbagai tema istimewa dan pameran perjalanan semasa lawatan didalamnya , dan kita juga berpeluang untuk mencuba dan meneroka setiap barang pameran secara fizikal dan mental. Anak-anak malah orang dewasa berpeluang untuk melihat bagaimana proses cari gali minyak dilakukan. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.
Jadi pastikan korang terjah sini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di KUALA LUMPUR
Ahli keluarga pasti dapat berkongsi pengalaman dan aktiviti yang menarik disini
Waktu operasi
Selasa-Khamis
9:30am – 5:30pm
Last Admission: 4:00pm
Sabtu, Ahad, & Cuti umum
9:30am – 6:30pm
Last Admission: 5:00pm
Isnin
Tutup (kecuali jatuh pada Cuti umum dan cuti sekolah )
10. MUZIUM NEGARA
Terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, Muzium Negara (Muzium Negara) yang dibina dalam gaya istana Melayu adalah penjaga sejarah negara. Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang menarik dan inovatif untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah hingga sekarang. Muzium Negara dibuka secara rasmi oleh Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.
Ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman untuk mengenali sejarah Negara kita.
Sesekali lawatan ke tempat seperti ini pasti akan memberikan impak yang sangat positif dalam mengenali sejarah negara kita. Malah pasti membuka pemikiran anak anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bersama anak anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!