Realiti kehidupan mak-mak sememangnya penuh dengan cabaran. Tak jadi singa tak sah! Terpaksa meninggikan suara untuk menenangkan anak-anak yang bermain dan membuat bising. Inilah realitinya.
Namun gelagat MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz memang menghiburkan. Itulah yang boleh digambarkan dengan keletah Mua Bellaz yang memarahi anak-anaknya.
Persis gaya seorang komando, Mua Bellaz meninggikan suaranya untuk menenangkan anak-anaknya yang bermain.
Menurut perkongsiannya di akaun Tik Tok dan Instagramnya, inilah realiti sebenar seorang ibu. Penuh sabar dalam mengawal dan mendidik anak-anak yang masih kecil.
“Depa tak tau mak depa komando, keluaq sora jantan ku dah. Tara besaq jenuh bertempit dengan depa,”tulisnya.
Malah kata Mua Bellaz lagi, walaupun hanya merakam momen indah itu dalam masa sembilan saat sahaja namun kesukaran dan cabarannya cukup dirasakan.
Ads
“Walaupun video ni 9 saat tapi inilah kenyataan.
“Sikit lagi nak dengaq sampai Kuala Kedah …hmmm,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mua Bellaz, tiga anaknya dilihat sedang melompat-lompat sambil menjerit-jerit. Apa yang menarik perhatian pastinya gaya komando Mua Bellaz yang begitu lantang namun bersahaja. Memang kelakar tapi cukup disukai pengikutnya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setia Mua Bellaz di Tik Tok meninggalkan pelbagai reaksi. Masing-masing cukup terhibur dengan gaya dan suara jurusolek disenangi ramai itu.
Terdahulu, Mua Bellaz dikurniakan empat orang cahaya matanya yang terdiri dari dua cahaya mata perempuan dan dua orang lelaki.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Memang banyak perancangan untuk bercuti terpaksa dibatalkan akibat penularan Covid-19. Walaupun kes-kes baharu di Malaysia sudah makin berkurangan, penangguhan untuk bercuti dan berkumpul di tempat orang ramai amatlah digalakkan.
Pelakon Ezzaty Abdullah ada berkongsi cerita tentang kisah percutian yang dirancang dan dijadualkan pada harijadinya tahun ini, namun dek kerana penularan Covid dia dan keluarga tidak dapat meneruskan perancangan yang dibuat.
Jelasnya lagi tahun depan setelah penularan Covid berakhir, dia akan membawa anaknya Harum untuk bercuti dalam Malaysia sehinggalah keadaan betul-betul selamat barulah akan merancang kembali untuk bercuti ke luar negara.
“Patut birthday anak ibu last year kita jalan2 tapi schedule ibu busy nak cari duit. Rezeki jgn di tolak kata org. Pastu plan travel masa birthday ibu tapi ade Covid19 pulak.
“Hmmm nampak gayanya lagi 3 ke 4 tahun lah baru kita dapat travel balik, Harum.
“Menyesal pulak bulan 12 haritu x luang masa dgn Harum bwk jalan2. Skrg ibu luang masa dengan Harum dekat rumah je la ye. Kita jalan2 dalam rumah.
“Tahun depan kalau dah habis covid kita jalan2 dlm Malaysia dulu sampai betul2 sembuh 355% baru kita ke oversea ok. Masa tu nanti Harum dah boleh baca caption ibu ni. Hahahaha,” Tulisnya
Dalam beberapa posting lain di Instagram, Ezzaty dilihat melakukan pelbagai aktiviti dengan anaknya Harum sepanjang PKP. Antaranya mewarna dan melukis serta membuat make up tutorial. Comel sangat!
Untuk makluman, pelakon Korban Kasih ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Azwan Kombos pada 16 Julai 2016. Ezzaty selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Harum pada 27 Disember 2017.
Sumber: Media Hiburan & Ezzatyabdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kembar seringkali menjadi perhatian apabila berada di tempat awam. Berbaju sedondon, wajah seiras, ketinggian lebih kurang sama, bermain bersama, keletahnya sangat mencuit hati. Ramai yang jatuh cinta dengan anak kembar, tidak kurang juga ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar.
Namun, adakah anda telah bersedia mental dan fizikal untuk memelihara dan membesarkan mereka? Tidak sama dengan membesarkan dua orang anak anda yang selang setahun umurnya. Ianya begitu berbeza kerana anak kembar ini umurnya sama, perkembangannya sama, akalnya sama, lasaknya sama.
Kadang-kala bayi kembar menangis serentak, ibu ayah pun jadi keliru mahu menenangkan siapa terlebih dahulu. Oleh itu, saya mahu mengatakan bahawa kedua ibu ayah perlu memainkan peranan yang sama banyak dalam membesarkan anak kembar. Lebih-lebih lagi semasa bayi berumur bawah 1 tahun yang memerlukan lebih perhatian. Di sini saya ingin berkongsi tips menguruskan anak kembar kepada ibu dan ayah.
1) Bahagi tugas
Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai anak kembar, kedua ibu dan ayah perlu berbincang dan berbahagi tugas. Bukan sahaja tugas menjaga anak, ianya juga meliputi tugas menguruskan rumah dan juga tugas di pejabat. Sebagai contoh, ketika ibu sedang menidurkan kembar A yang mengamuk mahu tidur, si ayah boleh melayan kembar B yang ingin bermain. Dalam menyelesaikan kerja rumah, ibu ayah juga perlu berbahagi tugas. Ibu membasuh pakaian, kemudian ayah menyidainya jika ibu tidak sempat. Apabila ibu mempunyai kerja pejabat yang perlu diselesaikan di rumah, ayah boleh mengambil alih membantu menjaga anak. Pembahagian tugas ini perlu dibincang, dan dipersetujui sejak sebelum si kembar lahir lagi. Dengan itu, selain sibuk menjaga bayi kembar, kerja-kerja lain pun dapat diselesaikan. Ingat, ayah jangan hanya berharap kepada ibu, dan ibu juga jangan hanya berharap kepada ayah. Kedua-duanya ada peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan beri tekanan kepada salah seorang sahaja untuk menguruskan si kembar. Kedua ibu ayah mesti bekerjasama.
2. Bahagi kasih sayang
Ibu ayah perlu bijak memainkan peranan. Menguruskan anak kembar memang sulit. Apatah lagi apabila seorang demam, seorang lagi berpotensi untuk demam juga kerana mereka sentiasa berdampingan bersama, mudah untuk virus merebak. Dalam bab kasih sayang, anak kembar kadang-kala mempunyai rasa cemburu terhadap kembarnya sendiri. Oleh itu, ibu ayah harus bijak mencari solusi dalam hal ini. Kerana itulah anak kembar seringkali dipakaikan baju yang sama, dan dibelikan barang-barang yang sama. Ini salah satu cara untuk meminimumkan rasa cemburu antara mereka. Apabila salah seorang menangis, berilah perhatian kepadanya dahulu. Jika kedua-duanya menangis serentak, di sinilah kreativiti dan kesabaran ibu dan ayah diperlukan. Tugas ini ternyata mencabar, dan kadang-kala ibu ayah juga bimbang tidak mampu memberi kasih sayang yang sama rata. Buat yang terbaik semampunya.
3. Ikut jadual
Ibu ayah anak kembar pastinya ada cara menguruskan anak mengikut keselesaan dan keutamaan yang tersendiri. Sebenarnya, cara paling berkesan dan teratur tanpa rasa sangat terbeban adalah dengan membuat jadual harian. Jadual atau rutin ini adalah berbeza dari hari pertama si kembar lahir sehinggalah besar. Ini sangat perlu supaya ibu ayah dapat menguruskan masa dengan lebih bagus, dah mempunyai masa untuk berehat walaupun sekejap. Ianya nampak remeh, tapi percayalah ia dapat memberi impak yang besar untuk rumahtangga yang lebih harmoni dan kurang bebanan dan tekanan. Sebagai contoh dalam keluarga saya, kami mempunyai jadual yang berbeza untuk hari minggu dan hari bekerja. Untuk rutin hujung minggu pastilah lebih panjang kerana si kembar berada 24 jam dengan kami. Tentukan masa untuk si kembar tidur serentak (sebaik-baiknya jika boleh), masa makan yang sama setiap hari, dan masa yang sama untuk tidur setiap hari. Bayi harus dibiasakan dengan rutin sejak lahir.
4. Berkorban
Benar kata orang, membesarkan anak kembar ini, penat dan letihnya dua kali ganda. Harus berkorban dua kali ganda juga dari segi kewangan. Jika anak kembar tiga, akan jadi tiga kali gandalah semuanya. Sebelum lahirnya anak kembar, ibu ayah harus bersiap sedia secara fizikal dan mental. Banyakkan membaca buku-buku panduan menguruskan anak kembar. Bertanya kepada ibu ayah lain yang ada pengalaman dengan anak kembar. Barang-barang keperluan bayi juga perlu disediakan untuk dua orang. Apabila mereka lahir,ibu ayah harus berkorban dari sudut lain pula. Tekanan dan perasaan penat sememangnya ada. Ibu dan ayah bergilirlah menjaga si kembar. Beri peluang antara satu sama lain bergilir untuk berehat juga. Kedua-duanya harus ringan tulang dan tahu peranan masing-masing.
Semakin si kembar membesar, lain pula cabaran yang ibu ayah bakal hadapi. Bersabarlah, semua kepenatan dan tekanan ini hanya sementara. Melihat keletah mereka setiap hari akan menjadi hiburan dan pengubat buat ibu ayah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Tiada seorang pun minta untuk dilahirkan tak sempurna. Anak yang dilahirkan istimewa ini sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa untuk hidup.
Itulah luahan Dr Atiyah Azmi, anak kepada Prof Dr Muhaya di laman instagram miliknya, itulah moto kehidupan Muhammad sejak dalam rahim mamanya ketika dalam kandungan. Walaupun Muhammad menghadapi pelbagai cabaran kesihatan dilalui, dengan rahmat Allah, Muhammad berjuang dengan penuh semangat.
Melalui perkongsiannya, meskipun Muhammad belum menunjukkan kemajuan untuk duduk dan angkat kepala sendiri, namun boleh lihat usaha dan semangatnya untuk berbuat demikian bila meniarap dan berusaha untuk praktis dengan lebih lama.
Malah, Muhammad juga seperti bayi biasa, pantang bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sedikit, Muhammad juga akan kuatkan suara sebagai tanda membalas respon mamanya.
Dr Atiyah juga selitkan pengajaran yang perlu diambil oleh orang ramai, bagi yang sedang tertekan dan murung, ingatlah kembali diri tentang apa tujuan dilahirkan, teruskan maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan kerana tidak ada seorang pun tahu bila masa mereka akan tamat sebelum ke alam kekal abadi.
Semangat untuk hidup… Rasanya itulah moto kehidupan Muhammad, sejak dalam rahim Mama Tiyah dapat rasakan anak yang dikandung ni punya semangat yang tinggi. Walau pelbagai cabaran kesihatan yang dilalui, dengan rahmat Allah.. Muhammad berjuang dengan penuh semangat. Walaupun Muhammad belum dapat duduk dengan sendiri, kepala nak angkat sendiri namun nampak usaha dan semangat Muhammad untuk angkat kepala bila meniarap dan berusaha nak biar lama. Bila dengar orang ketawa atau cakap kuat sikit, Muhammad pun juga akan kuatkan suara ? tanda membalas kami. Allahuakbar. Bismillahi MasyaAllah. Memang luar biasa semangat anak-anak istimewa, anak syurga ni. Kita je yang juga datang dari syurga, dah terlupa dan alpa dengan hal dunia. Rasa tertekan dengan hal dunia dan kehidupan yang tidak akan henti. Sedangkan mereka yang diberi mata hati yang terang, menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh yakin akan dicukupkan rezeki, mendapat rahmat Allah dan tenang serta redha dengan situasi diri. Jika ada yang sedang tertekan dan murung, ayuh ingatkan diri kembali tentang apa tujuan kita dilahirkan. Renungkan berapa lamakah masa yang kita ada? Jom kita terus maju menjalani kehidupan dengan harapan dan berkejar berbuat kebaikan. Kerana tidak ada seorang pun yang tahu bila masa mereka akan tamat… untuk memasuki alam yang kekal abadi. ❤️ Coretan Mama Tiyah
Bagi ibu bapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa ini, jangan pernah berputus anak untuk mendidik dan melayani anak anda. Anggap Tuhan sangat menyayangi anda sehingga menurunkan ujian yang begitu bermakna buat ibu bapa. Pa&Ma kongsikan tip untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa:-
#1 Kekal Positif Dalam Mendidik Anak-Anak Istimewa
Anak-anak istimewa sama juga seperti anak-anak biasa, sepanjang perjalanan membesar ada proses pembelajaran yang tertentu. Jika ibu bapa terapkan positif untuk anak-anak, InsyaAllah mereka turut rasa positif ibu bapa dan perkembangan mereka juga akan semakin baik.
#2 Jangan Malu Dengan Anak Anda
Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini mengalami kesukaran dan rasa rendah diri untuk membawa anak keluar. Ini kerana mereka khuatir orang ramai merendahkan dan pandang aneh anak mereka. Bangkit ibu bapa semua! Sebenarnya anda perlu berbangga kerana anda diuji sebegini. Malah anda perlu mengambil langkah jujur untuk menerngkan situasi anak kepada orang ramai supaya mereka peka dengan dunia sebenar.
#3 Berikan Kebebasan Untuk Anak Bergaul
Ini juga menjadi masalah terbesar untuk ibu bapa. Disebabkan anak-anak ada kekurangan, mereka menyekat untuk anak-anak berkomunikasi dengan orang lain. Jika begitu, sampai bila-bila mereka tidak akan berkembang. Kan? Ibu bapa boleh berikan mereka kebebasan untuk berkawan, tetapi anda jangan pernah lepaskan mereka dari pantauan anda.
#4 Tetapkan rutin yang konsisten
Misalnya waktu makan, bermain dan tidur. Dengan mengekalkan rutin ini, mereka lebih peka dengan apa yang perlu mereka lakukan untuk kehidupan seharian mereka. Malah, ini juga akan mengajar mereka untuk lebih berdisplin dalam menguruskan perihal diri.