Singgang Daging Kelantan Yang Tersangat Sedap & Mudah Nak Buat. Ni Resipinya!
Jika tiada idea untuk menyediakan menu untuk hari ini, apa kata anda sediakan sahaja Singgang Daging Kelantan yang bukan sahaja mudah disediakan malah enak rasanya. Meskipun menu ini terkenal di neger Pantai Timur namun ramai akui menepati selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Jadi jika anda belum pernah mencuba menyediakan menu ini di rumah, apa kata jadikan resipi yang dikongsikan oleh Femes Media ini sebagai panduan.
Singgang Daging Kelantan
Bahan-bahan:
1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas – ketuk *
Ads
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih – mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
Ads
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Ads
Air
Cara:
Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan-bahan masuk ke dalam daging.
Masukkan air.
Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
Boleh letak serbuk perasa dan budu.
Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan makaroni bakar biasa, apa kata kali ini kita cuba kelainan dengan Baked Macaroni Berapi pula untuk sajian seisi sekeluarga. Memang lain cari yang lain.
Paling penting sekali, asingkan siap-siap untuk anak kecil versi tak pedas dan kemudiannya bolehlah ditambah kepedasan untuk suami pula. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian Pn Tiesha Abdul Rahman ini.
BAHAN-BAHAN
BAHAN (A) :
1 cawan macaroni
1 kiub pati ayam / air rebusan ayam
1 sb minyak masak – untuk elak melekat
Rebus macaroni sampai empuk. Tos dan ketepikan.
BAHAN: SOS PUTIH CREAMY
1 cawan susu segar
1 sb tepung gandum
2 sb mentega
Sedikit garam
Satukan ke semua bahan, kacau hingga tepung larut. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga creamy dan ketepikan.
BAHAN (C):
1/4 biji bawang holland – dadukan
1 ulas bawang putih – cincang
1/2 st serbuk lada hitam
1 tin sos prego – Tradisi
1 batang lobak merah – dadukan
1/2 tin cendawan butang – hiris
5 batang sosej – hiris
5 batang sosej cheese – hiris
Cili padi – hiris
1/8 cawan minyak
2 sb mentega
Garam / gula
Cheese
Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
Masukkan sosej, sosej cheese, lobak merah dan cendawan butang. Gaul rata.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sos prego, sedikit gula dan macaroni yang telah direbus tadi. Gaul rata.
Cara nak melapis pulak, masukkan macaroni ke dalam bekas dan parut cheddar cheese.
Lapiskan sekali lagi dengan macaroni dan tabur cili padi hiris.
Tuangkan sos putih. Letak cheese slice dan tabur lagi cili padi hiris.
Bakar pada suhu 160-170’c selama 20-25 minit atau hingga cheese cair dan permukaannya sedikit keperangan.
Siap!
Nota: * Boleh juga masukkan daging burger. * Nak tabur mozarella cheese pon boleh.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kek merupakan menu utama dalam setiap majlis harijadi. Tapi biasanya kek yang ditempah di kedai mungkin tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi anda yang baru berusia kurang dari setahun.
Apa kata buat sendiri kek harijadi untuk si manja mama yang akan menyambut usia kelahiran yang pertama. Perkongsian resepi oleh Shazleen Shaker menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia ini tentu mengujakan mama-mama semua.
Resepi Carrot Cake versi baby ini menurut Shazleen mudah dan senang untuk dibuat. Mama yang lain boleh cuba buat sendiri kek ini untuk si kecil tersayang!
MOIST CARROT CAKE (Baby friendly version)
So I made cake for Jazmine’s one year old birthday on 25/5/2020. First time buatkan birthday cake sendiri. I think this is the simplest and nyummy-est cake’s recipe I ever had! Betul betul senang nak making this cake. Now, everyone can make birthday cake to your love one hehe
MOIST CARROT CAKE
Bahan-bahan:
•1 egg
•1/4 cup corn oil
•1 tbsp full cream milk
•2 tbsp honey (Below 1 year can sub to 2 tbsp dates paste)
•1/2 cup grated carrot (perahkan airnya)
•1/4 cup unbleached flour
•1/4 tsp aluminium free baking powder
•1/4 tsp baking soda/soda bicarbonat
Cara-cara: 1. Heat the oven 5 mins, 200c. 2. Ratakan sedikit minyak pada loyang 4inch. Mommy tersilap beli loyang 4.5inch, so mommy gandakan adunan. 3. Lapik baking paper dipermukaan bawah. 4. In a bowl, put egg,corn oil,full cream milk and dates paste/honey. Pukul sebati dengan mengunakan whisk. Tidak perlu sampai kembang. 5. Masukkan grated carrot, unbleached flour together with baking powder and baking soda. 6. Kacau sebati adunan. 7. Masukkan ke dalam loyang and baked for 30mins 200c, depends pada oven masing masing. 8. To make sure cake betul betul masak, cucuk dengan lidi. If dah bersih means dah masak. Then sejukkan, deco with your own creativity
Cara-cara: 1. Pukul all the ingredients sehingga kembang. Simpan didalam chiller/sejukkan. Then baru guna untuk frosting cake.
Side Notes:
•Selain bakar cake, mommies boleh mengunakan kaedah mengukus.
•Simpan frosting dalam chiller at least 2 hours before frosting.
•Frosting cake ni senang cair if dekat luar because the frosting made from cream cheese and butter so kena selalu ditempat sejuk or nak serve baru keluarkan.
•This cake is so moist and terlalu sedap, everyone should try! Selamat mencuba mommies boleh la buatkan untuk birthday anak anak nanti! More healthy baby recipes at https://www.instagram.com/mealforjazmine/ #mealforjazmine#jazmine1yearold#babyfriendlycake#babysmashcake#carrotcake
Sekarang tengah musim demam. Bila ada yang demam, cuba buat #TALBINAH, makanan sunnah yang di anjurkan Nabi Muhammad saw untuk redakan demam.
TALBINAH MAKANAN SUNNAH WAKTU DEMAM
Talbinah ni simple. Guna 3 bahan je.
Tepung barli, susu dengan madu. Sunnah, 3 bahan ni je atau kadang kadang, boleh campur kurma. Siat-siatkan kurma atas bubur tu.
Kalau tak ada tepung barli, boleh guna barli yang biji tu. Dah masak, blend. Atau blend dulu barli tu, pastu masak. Yang mana senang la.
Kalau nak beli tepung barli pulak, cari yang asli. 100% barli. Tepung barli kat kedai, banyak yang di campur tepung. Khasiat dah tak sama.
Jangan terpedaya bila tengok harga murah. Yang Kak Bib guna ni, memang 100% original.
Oh. Selain bagus untuk redakan demam, talbinah ni ada banyak lagi khasiat lain.
Antara khasiat talbinah;
1. Hilangkan stress
2. Rawat sistem penghadaman
3. Bantu hilangkan kesedihan
4. Elakkan darah tinggi
5. Kawal kanser
6. Lambatkan penuaan
7. Bantu kurangkan kolesterol
8. Rawat insomnia
9. Turunkan gula dalam darah
10. Kuatkan imunisasi badan
Ah. Banyakkkan khasiat talbinah ni. Pasni, kalau anak demam, boleh kasi talbinah ok! Tak demam pun boleh. Khasiat dia banyak sesangat.
RESEPI TALBINAH
Masak tepung barli dengan susu dan air. Biar sampai pekat sikit. Agak-agak jek. Kalau pekat sangat, boleh tambah air atau susu lagi. Tutup api.
Bila nak makan, masukkan talbinah dalam mangkuk, tuangkan madu. Guna madu yang asli ok. Biar mahal, tapi berkhasiat dan sihat.
Jangan campur madu time tengah masak Khasiat madu tu boleh hilang. Talbinah ni kita boleh makan talbinah bila bila masa jek. Budak kecik, orang tua semua boleh.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.