Singgang Ikan Ubi Cekur, Baik Untuk Sembuhkan Luka Jahitan Lepas Bersalin. Resipi Ringkas & Sedap!

Share

Pernah dengar singgang ikan cekur ubi? Bagi yang mungkin tak tahu tentang hidangan ini, mari kita kenali sajian yang sangat sedap ini. Singgang ikan cekur ubi sangat bagus untuk kesihatan terutamanya untuk ibu yang baru lepas bersalin.

Cekur yang digunakan dalam masakan sangatlah bagus dalam merawat penyakit seperti batuk, selesema, demam, sakit kepala, penyakit kulit, sakit sendi, vertigo, luka, sakit gastrik, penawar bagi bisa ular, keradangan, muntah darah, kudis dimulut dan lepuh lidah dalam kalangan kanak-kanak.

Cekur dapat membantu dalam mengecutkan rahim ibu yang baru bersalin dan turut digunakan untuk menggalakkan pembuangan angin. Badan akan berasa segar dan ringan jika si ibu mengambil cekur sebagai bahan tambahan dalam masakan mereka.

Cekur juga boleh membantu melegakan keradangan kerana mempunyai ciri- ciri antiradang dan antinosiseptif iaitu menghalang rasa sakit. Khasiat cekur dibuktikan dalam satu kajian terhadap haiwan yang mendapati ekstrak daun cekur menunjukkan ciri- ciri antinosiseptif dan antikeradangan terhadap haiwan yang diuji. Ciri- ciri ini menyokong penggunaan cekur dalam bidang perubatan tradisional dalam merawat ulser mulut dan sakit tekak.

Sebatian fenolik dalam cekur juga turut didapati mempunyai ciri- ciri antibakteria dan antikulat terhadap bakteria yang lazimnya menyebabkan keracunan makanan terhadap manusia. Jom kita lihat resipi singgang ikan cekur ubi yang dikongsikan di pautan Facebook.

Resepi ini dikongsikan oleh Nurasykin Ali di Facebook.

RESIPI SINGGANG IKAN CEKUR UBI

Lauk fevered anak- anak dan suami. Kalua masak SINGGANG IKAN CEKUR UBI ni confirm licin tau! Hirup pulak kuah panas- panas pehh
Nak sediakan pun mudah. So kalau mak- mak tengah BERPANTANG, menu sihat macam ni sesuai dan bagus juga untuk orang yang tengah berdiet sebab rendah kalori.

Sumber foto: Facebook Nurasyikin Ali

#KHASIAT_UBICEKUR
Selain bantu buang angin, cekur juga membantu menyembuhkan kembung perut, memulihkan rahim, bantu banyakkan susu badan, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, meghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.

Baca Juga:

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Bahan- bahan:
– 3- 5 ekor ikan selar/ kembung/ any ikan yang sesuai.
– 9 biji cili api
– 3 ulas bawang putih – hiris
– 3 biji bawang besar
– 1- 2 keping asam keping (kalua suka masam boleh tambah lagi)
– 2 batang serai dititik
– 3 inci halia – dihiris nipis
– Ubi cekur 3 inci – hiris atau tumbuk
– Bendi kuantiti terpulang
– Daun limau 1 tangkai
– Daun ketumbar dan akar
– Air masak (kuantiti terpulang)
– Garam secukupnya

Sumber foto: Facebook Nurasyikin Ali

Bahan tambahan:
2 inci kunyit hidup dihiris/serbuk kunyit
1 inci lengkuas – hiris
Bungan kantan 1

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris.

Sumber foto: Facebook Nurasyikin Ali

3. Lepas tu masuk asam keping
4. Bila kuah dah betul mendidih masukkan pula ikan. Ikan tu kalau naks edap korang boleh bakar dulu atau goreng sekejap. Pakai minyak sikit je. Terpulang.
5. Tutup periuk biar ikan masak.
6. Lepastu taruk bendi dan perasakan garam.

Sumber foto: Facebook Nurasyikin Ali

7. Siap untuk dihidang.

Makan ikan singgang macam ni kalau lawan dia budu ngan ulaman, fuh bole menambah nasi sampai tersandar oii.

Mudahkan resepi singgang ikan ubi cekur ni. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN