Alhamdulillah akhirnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada jam 6.21 pagi, Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Terima kasih atas doa semua
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Ads
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Ads
Moga diberi keberkatan atas kelahiran anak kedua
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah memilih nama Alkaf Zayne untuk cahaya mata kedua mereka yang dilahirkan 1 Mac lalu.
Nama tersebut didedahkan menerusi ruangan Instagram (IG) anak pertama mereka, Muhammad Riyadh Zafri.
Menerusi foto terbaru di akaun Instagram Nureffy atau lebih mesra dengan panggilan Effy itu juga sudah mula menggunakan hashtag #mybabyAZ.
Bagaimanapun buat masa ini, Effy dan Hafiz masih belum mendedahkan wajah anak kedua mereka.
“Rambut dah sama… Ni nangis mesti ikut suara bapak die, vokal terbaik tu,” komen @miszleina
“Tahniah Hafiz dan isteri, comel baby walaupun nampak kakinya,” tulis @jamalroha
Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, dan pada akhir Disember 2017 mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.
Lambakan pil untuk minda dari pelbagai jenama yang dikatakan mampu membuatkan anak jadi pandai, baik dan taat semakin banyak di pasaran.
Ramai ibu bapa yang terpengaruh dengan pelbagai teknik promosi yang dilakukan sehingga berharapkan agar pil minda yang diberikan kepada anak mampu mengubah tingkah laku atau tahap kecerdikan si anak.
Ketahuilah wahai ibu ayah, tiada yang mudah di dalam dunia ini dengan berharapkan kepada sebutir pil untuk mencapai apa yang diimpikan. Tingkah laku anak dan rangsangan pada minda perlu dilakukan sendiri oleh ibu bapa jika mahu anak cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sebagai pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli yang terkenal seringkali membidas pelbagai mitos produk-produk yang menjanjikan bulan dan bintang kepada para pelanggan mereka supaya berpijak di bumi yang nyata.
Semoga peringatan yang dikongsi oleh beliau dapat dijadikan panduan berguna kepada semua ibu bapa.
PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?
Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.
Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.
Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni. Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.
Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar. Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.
Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.
Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang. Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami.
Selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh cantik, 22 Februari lalu, Aurel Hermansyah, anak kesayangan Kris Dayanti kini sudah pun kembali ke rumahnya bersama bayi comelnya yang bergelar Baby A.
Sempena kelahiran sulung ini, suami Aurel yang juga Youtuber terkenal, Atta Halilintar memuat naik beberapa siri video kepulangan Aurel yang kini sudah semakin sihat dan cergas.
Malah Atta dan Aurel turut sama berkongsi wajah kesayangan mereka kepada umum melalui medium itu. Si comel Baby A yang sudah diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta turut sama dikongsikan wajahnya di Instagramnya keduanya. Comel sekali.
“My life” tulis Aurel dan Atta di kapsyennya.
Namun apa yang menarik perhatian, wajah comel Baby Ameena ternyata menarik perhatian ramai. Kulit mulus dan gebu dengan mata yang begitu cantik dikatakan persis ibunya, Aurel Hermansyah.
Malah melalui beberapa siri video yang dikongsikan Atta, pastinya video menyentuh hati dan sayu saat mendengar Baby Ameena menangis sebaik dilahirkan ke dunia.
Kekuatan yang bukan sedikit dibawa oleh ibu cantik ini untuk berjuang melahirkan bayi sulungnya. Kelihatan Atta setia di sisi memberikan semangat buat Aurel saat berdepan detik cemas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji wajah comel Baby Ameena yang begitu redup dan mulus.
“Naturally born beautiful like her mother ❤️”
“Maasyallah tabarakallah”
“Welcome to the world Sweetheart 💝💝💝”
“Sempurnanya, gemesh.”
“Omg so kyoootttt. Masha Allah masha Allah semoga jadi anak soleha amin.”
Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. Sebelum menyambut kelahiran Baby Ameena yang ditunggu-tunggu pada 22 Februari lalu, Aurel pernah keguguran di awal perkahwinannya.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!