“Sipi-Sipi Pun Comel!” Rezeki 7 Ramadan, Datuk Siti Selamat Lahirkan Kembar Aafiyah

Share

Alhamdulillah akhirnya Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada jam 6.21 pagi, Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, di sebuah pusat perubatan di Selangor.

 Bayi seberat 3.84 kilogram

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

ARTIKEL BERKENAAN [“Bayi Lelaki Ni Kembar Aafiyah.” Terjadi Pada Hari & Waktu Sama Masa Buat IVF]

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Terima kasih atas doa semua

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Moga diberi keberkatan atas kelahiran anak kedua

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN