Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Ads
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Ads
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Ads
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adat anak-anak yang sedang membesar tentu sekali banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Ada sahaja soalan yang pelik-pelik ditanya. Itu menandakan otak mereka sedang berfikir dengan pantas.
Bertanya memang sesuatu yang bagus dan disarankan agar dapat menambah pengetahuan anak-anak. Namun ibu bapa haruslah berhati-hati dalam memberikan sebarang jawapan lebih-lebih lagi sesuatu yang melibatkan fakta. Jika salah jawapan yang diberikan tentu sekali memori tersebut akan tersimpan dalam minda anak-anak buat selamanya.
Dr. Izaza berkongsi situasi di mana ibu bapa perlu bijak menangani anak yang suka bertanya. Ikuti perkongsian beliau.
Penat nye lah layan anak-anak nih, especially bila ajak pegi klinik gigi. Asik soal bagi soalan “kenapa” kena pegi klinik gigi? “kenapa” kena jumpa doktor gigi, “kenapa” Ibu tak cek gigi kiteorang sendiri
KENAPA ye agaknya anak-anak suka gunakan ayat KENAPA bila ibu ayah ajak buat something yang dia orang tak suka?
Actually ada 3 sebab je anak-anak suka guna perkataan KENAPA bila ditanya tentang sesuatu yang mereka tak suka.
Pertamanya, anak-anak memang tak suka dengan soalan tu, jadi anak-anak saje lengah-lengahkan mak abah dengan soalan kenapa banyak-banyak.
Pandai kan budak-budak nih nak ngelat?
Kedua pula, anak-anak nak perhatian dari ummi dan abi dia. Yelah, kalau terus jawab soalan atau terus setuju dengan apa yang disuruh oleh ummi abi, tak best sebab tak ada cabaran
So, anak-anak suka nak menyusahkan ummi abi dengan tanya soalan yang kadang-kadang penat nak layan dan soalan yang menguji kesabaran seorang ummi dan abi. Heehehhe
Ketiga, sebab anak-anak nih memang sangat bijak dan memang nak tau jawapan KENAPA tu. Contoh, “Kenapa saya kena berus gigi tiap hari ibu, kenapa tak boleh berus seminggu sekali atau sebulan sekali je?” annoying?
Jadi, mommy daddy kena jadi orang yang sangat bijak juga dan kena jawab soalan-soalan anak dengan fakta yang tepat.
Boleh ke kalau nak kelentong anak sebab mommy daddy pun tak leh nak jawab soalan yang banyak-banyak tu?
Ishishh, mana boleh kelentong anak-anak, sebab anak-anak nih bijak. Kalau tipu selalunya akan lekat kat kepala, esok lusa anak tanya balik soalan yang sama, pastu jawapan lain, ingat anak tak ingat ke?
Kesimpulannya, mak ayah kena banyak belajar dari sekarang segala macam fakta untuk jadi mak ayah yang bijak macam anak-anak.
Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa. Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pula, bagi anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri. Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
7 CARA LATIH ANAK ADA SIFAT BERDIKARI
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan.
Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu majlis ijab dan kabul, ketika pengantin lelaki melafazkan Aku Terima Nikahnya… bermakna mulalah hidup susah dan senang suami dan isteri dalam melayari rumah tangga.
Jika hubungan ini berlandaskan syariat Islam, datanglah apa dugaan sekalipun, kedua-duanya boleh menghadapinya dengan sabar dan sentiasa bertolak ansur. Hadirnya anak juga, ia dianggap pengerat hubungan rumah tangga dan tanggungjawabnya makin besar.
Sebab itulah pakar kekeluargaan selalu mengingatkan 5 tahun pertama adalah fasa paling menduga suami isteri, fasa kedua, masuk 10 tahun perkahwinan, Allah mula buka 1001 pintu rezeki ke arah yang lebih baik. Manakala untuk fasa ketiga, masuk 15 tahun perkahwinan kehidupan lebih stabil dari segala sudut.
Perkongsian yang sangat bermakna sungguh memberi inspirasi untuk kita sebagai suami isteri agar hubungan ini kekal hingga ke syurga.
Hebat aura kasih sayang pak cik & mak cik
Dalam berbual terselit nasihat. Pak cik datang bawa isteri pilih cincin. Orang lelaki mungkin dah jadi tabiat agaknya. Semua cantik kalau si isteri cuba! Berkenan 1 bentuk ini terus bayar dan pakai.
Bila ambil gambar mereka baru saya perasan, aura kasih sayang tu terserlah sungguh!
“Mak ayah siapa lah yang bertuah ni ya?” Ujar saya dalam hati sambil tersenyum melihat mereka berlalu pergi.
Nasihat dari orang yang banyak pengalaman
Mungkin tuhan hantar mereka ini untuk jentik hati saya. Dengan melihat dan berbual pendek sahaja, macam-macam nasihat yang saya perolehi.
Antaranya kena selalu bagi hadiah dekat isteri! Kalau bini saya tu, beli makanan pun dia dah gembira sangat. Jimat duit saya, sayang dia pun saya dapat! Senang saja sebenarnya kalau difikir balik.
“Kalau panas sangat nak marah orang, pergi jauh-jauh dulu bagi tenang hati sendiri.” Ada betulnya bila saya fikirkan balik. Ya lah, bini saya ni kalau tengah marah tak boleh nak bawa bincang. Lagi kita menjawab, lagi pelik soalan yang keluar. Tak jawab langsung pun tak kena juga!
Usah di serang anak isteri, sendiri yang rugi. Kan malam nanti tak boleh tidur sekali! Jauh lagi perjalanan nak sampai umur pakcik. Kalau boleh biar kekal sampai ke sana nanti.
Terima kasih kerana datang ke kedai kami. Semoga pak cik sekeluarga sihat dan bahagia sentiasa.
Kredit : Syamsul Fitri &VMJ
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!