
Tindakan seorang wanita hamil yang didakwa ditahan dan disyaki mencuri ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Selayang, Selangor, mengundang perhatian ramai selepas kisah berkenaan tular di media sosial.
Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri Ketika Membeli-Belah
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Fareez menerusi laman Thread mendakwa isterinya yang sedang hamil diarahkan berdiri selama kira-kira 20 minit selepas disyaki mencuri ketika membeli-belah di sebuah cawangan pasaraya berkenaan.

Tambah memburukkan keadaan bila mana bakal ibu itu diminta untuk menunjukkan perut dan buku pink yang sememangnya tidak wajar dilakukan.
Menurut dakwaan yang dikongsikan di media sosial, situasi itu dikatakan menyebabkan isterinya berasa tertekan dan tidak selesa, lebih-lebih lagi dalam keadaan sedang hamil.
Malah dakwaan dituduh sebagai mencuri mencalarkan imej dan maruah seorang wanita bakal ibu yang sepatutnya dilayani dengan baik.

Jalankan Siasatan Menyeluruh
Susulan kejadian itu, pasar raya berkeaan tampil memberikan respons dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.
Menerusi kenyataan oleh laporan Harian Metro, pasaraya yang cukup dikenali ramai itu mengesahkan telah mengambil maklum mengenai insiden tersebut dan menegaskan bahawa perkara itu dipandang serius.
“Kami amat kesal mengetahui bahawa perkara itu menimbulkan keresahan kepada pelanggan terbabit. Kami memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan.
“Kami sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai apa yang berlaku.
“Pihak kami juga sudah menghubungi pelanggan terbabit bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai pengalaman dialaminya,” jelas syarikat itu.

Perkongsian Tular Undang Pelbagai Reaksi
Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai meluahkan rasa tidak puas hati serta mempersoalkan cara insiden berkenaan dikendalikan oleh pihak berkaitan.
Ada juga yang berpendapat setiap dakwaan perlu disiasat secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
Orang Ramai Harap Siasatan Telus
Dalam masa sama, orang ramai berharap siasatan yang dijalankan oleh pasaraya berkenaan dapat dilakukan secara telus, profesional dan adil bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Selain itu, kebajikan pelanggan serta prosedur keselamatan di premis perniagaan turut menjadi perhatian orang ramai agar insiden seumpama ini dapat dikendalikan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Setakat ini, siasatan masih diteruskan dan orang ramai menantikan hasil penjelasan rasmi daripada pihak yang terlibat berhubung kejadian tersebut.
Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!
Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!
Sumber: Harian Metro & Thread @fareezshah10
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





