Suami rendah, isteri tinggi, katanya murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.
Suami Rendah, Isteri Tinggi – Katanya Murah Rezeki?
Dalam masyarakat kita, ramai yang secara spontan akan ketawa bila nampak pasangan yang suaminya lebih rendah daripada isterinya. Macam janggal, kata mereka. Tapi realitinya, bahagia itu bukan terletak pada tinggi atau rendah, besar atau kecil — tapi pada persefahaman dan rezeki yang Allah kurniakan.
Persepsi Masyarakat VS Realiti Kehidupan
Kalau kita tengok dari sudut pandang budaya, masyarakat Melayu memang banyak kepercayaan yang unik. Ada yang logik, ada juga yang hanya mitos. Tapi menariknya, pasangan ‘tinggi rendah’ ini selalu dikaitkan dengan rezeki yang murah dan rumah tangga yang harmoni. Kenapa agaknya?
Jawapannya mungkin bukan terletak pada fizikal semata-mata, tetapi pada dinamika hubungan itu sendiri.
Lelaki yang berani berkahwin dengan wanita yang lebih tinggi biasanya seorang yang yakin dengan diri sendiri. Dia tidak kisah pandangan orang luar, sebaliknya fokus pada nilai dan hati pasangannya. Manakala wanita pula yang memilih lelaki lebih rendah daripadanya selalunya lebih terbuka dan matang — dia nampak nilai lelaki itu bukan pada ketinggian, tapi pada kualiti diri.
Dan bila dua orang yang ‘luar biasa’ ini bersama, mereka saling melengkapi. Komunikasi lebih matang, ego lebih terkawal, dan masing-masing tahu peranan dalam hubungan. Maka dari situ, datanglah rezeki — bukan sahaja dalam bentuk duit, tapi juga ketenangan, kesihatan, kebahagiaan dan anak-anak yang membahagiakan.
Rezeki Itu Rahsia Tuhan
Perlu kita ingat, rezeki bukan datang sebab tinggi atau rendah seseorang. Ia datang daripada Tuhan yang melihat usaha dan keikhlasan hati kita. Tapi andai pasangan rendah dan tinggi itu saling menyokong dan membina rumah tangga yang harmoni, maka tidak mustahil pintu rezeki itu terbuka luas.
Kata orang, bila kita reda dengan pasangan kita seadanya, Allah tambah lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Mungkin itulah maksud sebenar pepatah tu — bukan sebab beza tinggi, tapi sebab mereka bersyukur dan saling menerima.
Jadi kalau anda seorang wanita tinggi yang rasa susah nak cari jodoh sebab lelaki asyik rendah daripada anda, jangan risau. Mungkin rezeki anda ada pada seseorang yang tidak tinggi dari segi fizikal, tapi tinggi akhlak, tinggi usaha dan tinggi cinta dia pada anda.
Ads
Dan untuk lelaki pula, jangan cepat rasa rendah diri bila pasangan anda lebih tinggi. Tinggi rendah tu urusan badan, tapi bahagia itu urusan hati.
Apa kata kita ubah cara pandang? Daripada gelak atau sindir, lebih baik kita doakan — moga pasangan ‘tinggi-rendah’ ni terus dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan yang tak putus-putus.
Melalui satu hantaran pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim, dia berkongsi situasi tentang dirinya dan isteri, pempengaruh Maryam Younarae. Berbanding dirinya, Maryam memiliki lebih ketinggian berbanding dirinya.
“Dah tahu tinggi pakai selipar jepun cukup lah”- tulisnya di ruangan kapsyen.
Hantaran Ryzal itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Ads
Untuk rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia 4 tahun
dan seorang cahaya mata lelaki, Nik You Rian yang dilahirkan pada 19 Februari lalu.
Zalif Sidek timang anak kedua, isteri selamat bersalin bayi lelaki, dah dapat sepasang. Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Zalif Sidek Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Dah Dapat Sepasang
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
Zaman sekarang, ramai mommy bukan setakat urus rumah, tapi juga jadi tulang belakang kewangan keluarga. Tapi bila dua-dua peranan ni digalas serentak tekanan boleh jadi berlipat ganda. Kadang-kadang, rasa macam hilang diri sendiri dalam rutin harian.
Jangan risau, bro bawakan 3 tips utama yang boleh bantu mommy cari keseimbangan tanpa perlu jadi “superwoman” yang sempurna cukup jadi manusia yang bahagia.
1. Jangan Buat Semua Seorang Diri Belajar Minta & Terima Bantuan
Ramai mommy rasa semua benda kena buat sendiri dari kerja pejabat, urus anak, masak, lipat baju sampai kemas mainan yang tak pernah habis. Tapi hakikatnya, mommy bukan robot. Kita ada suami, anak-anak, malah kadang-kadang jiran dan rakan sekerja yang boleh bantu… kalau kita minta.
Contohnya:
Suami boleh bantu ambil anak atau tolong beli barang dapur.
Anak-anak kecil boleh diajar kemas mainan sendiri.
Kalau ada kemampuan, upah part-time cleaner seminggu sekali pun dah cukup membantu mental mommy.
Yang penting mommy kena lepaskan rasa bersalah bila tak boleh buat semua benda. Minta tolong bukan tanda lemah, tapi tanda kita pandai urus sumber dan tenaga.
2. Cari ‘Ritual Ringkas’ Untuk Recharge Diri Setiap Hari
Mommy penat sebab tenaga diberi pada semua orang bos, klien, anak, suami tapi diri sendiri selalu dapat sisa. Lama-lama, hati mula kosong.
Cuba cari ‘ritual recharge’ harian. Tak perlu lama, cukup:
15 minit minum kopi dalam senyap.
Mandi sambil pasang lilin aroma terapi.
Dengar lagu zaman remaja sambil buat kerja dapur.
Kunci dia buat sesuatu yang buat mommy rasa hidup balik. Bila hati rasa terisi, kita lebih tenang urus kerja dan rumah.
3. Setkan Sempadan Masa & Emosi Antara ‘Kerja’ dan ‘Rumah’
Kalau mommy kerja WFH atau kerja yang fleksibel, cabaran paling besar ialah bila kerja dan rumah tak ada garis pemisah. Tengah suap anak makan, bos minta update. Tengah mandikan anak, email masuk lagi.
Sebab tu mommy perlu belajar “letak garisan” bukan saja dari segi masa, tapi juga dari segi emosi.
Contoh:
Letakkan waktu kerja yang jelas (contoh 9 pagi – 6 petang). Selepas itu, ‘tutup fail’.
Gunakan dua ruang berbeza: satu untuk kerja, satu untuk ‘rumah’.
Belajar cakap: “Saya akan respond esok, sekarang masa bersama keluarga.” (Dan jangan rasa bersalah!)
Bila mommy jaga sempadan ni, mommy akan kurang rasa “bersalah” bila berehat dan lebih fokus bila bekerja.
💗 Khas Buat Mommy Hebat:
Tak apa kalau rumah tak perfect, tak apa kalau anak pakai baju tak matching, tak apa kalau kerja siap lambat sikit. Yang penting, mommy sihat luar dan dalam. Sebab dari situ datangnya rumah tangga yang stabil dan anak-anak yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita Kelantan guna duit syiling beli barang kemas. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Wanita Kelantan Guna Duit Syiling Beli Barang Kemas
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.