Gambar raya Dr Sheikh Muszaphar bersama keluarga begitu mencuri perhatian warga maya. Seronok tengok macam-macam gaya comel si anak-anak. Boleh dibayangkan betapa meriahnya suasana ketika sesi fotografi berlangsung.
Tidak dapat dinafikan kenangan bersama keluarga boleh diabdikan melalui sekeping foto. Hanya dengan sekeping foto, momen indah bersama keluarga sentiasa berada dalam ingatan walau ke mana sahaja kita pergi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak ramai seperti Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Dr Halina, sesi fotografi hari raya tentunya sesuatu yang ‘mencabar.’ Namun itu bukan halangan untuk pasangan bahagia ini untuk merakamkan kenangan indah bersama anak-anak mereka.
Nah berikut dikongsikan gambar-gambar raya Dr Sheikh Muszaphar:
Fotografi bersama kanak-kanak boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan menghasilkan kenangan yang berharga, tetapi ia pasti memerlukan pendekatan berbeza berbanding fotografi dewasa.
Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda mendapatkan hasil terbaik apabila mengambil gambar dengan kanak-kanak:
Jadikan mereka selesa
Adalah penting untuk memastikan kanak-kanak berasa selesa dan santai sebelum memulakan sesi bergambar. Luangkan masa berinteraksi dan bermain dengan mereka dahulu.
Cahaya semula jadi bukan sahaja memberikan lebih banyak foto semula jadi dan hangat tetapi juga mengelakkan penggunaan denyar yang boleh mengejutkan atau membuat kanak-kanak tidak selesa.
3. Pilih masa yang sesuai
Ads
Kanak-kanak sering mengalami perubahan mood dan tahap tenaga. Cuba atur sesi bergambar pada masa mereka biasanya paling gembira dan penuh tenaga, seperti selepas tidur sebentar.
4. Jadilah fleksibel
Kanak-kanak boleh menjadi tidak dapat diramalkan, jadi penting untuk menjadi fleksibel dengan rancangan anda. Jika anak-anak ingin bermain atau berlari-lari, gunakan peluang untuk mengambil gambar semula jadi dan terang.
Membawa mainan atau objek kegemaran anak anda boleh membantu mereka berasa lebih santai dan terlibat semasa sesi bergambar.
6. Gunakan mode burst
Kanak-kanak bergerak pantas dan menggunakan mode burst pada kamera anda boleh membantu ‘menangkap’ momen yang sesuai tanpa perlu risau tentang mereka bergerak dari kedudukan yang sempurna.
7. Berada pada tahap mereka
Lutut atau duduk supaya anda berada di paras mata kanak-kanak semasa mengambil gambar. Ini akan menjadikan foto kelihatan lebih intim dan peribadi.
Ads
8. Biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri
Daripada memaksa kanak-kanak untuk tersenyum atau bergambar dengan cara tertentu, biarkan mereka menjadi diri mereka sendiri. Foto yang merakamkan personaliti semula jadi mereka selalunya paling diingati.
9. Jadikan sesi bergambar sebagai permainan
Menjadikan sesi bergambar berasa seperti permainan atau pengembaraan boleh menjadikan kanak-kanak lebih terlibat dan bersedia untuk mengambil bahagian.
10. Sabar
Akhir sekali, kunci kepada semua ini ialah kesabaran. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan foto yang sempurna, jadi jangan tergesa-gesa atau tunjukkan kekecewaan.
Ingat, matlamat fotografi bersama kanak-kanak adalah untuk menangkap momen dan kenangan yang berharga. Dengan mengikuti petua ini, anda boleh membantu mencipta pengalaman yang menyenangkan untuk semua orang yang terlibat dan menghasilkan foto yang anda akan hargai selama bertahun-tahun akan datang.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Anak perempuan mana yang tidak rapat dengan ayahnya. Mereka ibarat rakan karib yang bercerita apa sahaja malah berkongsi emosi. Namun jangan dibiarkan anak kecil kita seperti ‘kehilangan’ bila mana kita terlalu sibuk dengan kerja dan tanggungjawab.
Walaupun penat malah pulang lewat dari kerja, ucapkanlah perkataan yang baik dan indah untuk si comel kesayangan kita yang menanti lama kepulangan kita. Dr Redza Zainol berkongsi kisahnya bersama anak perempuannya. Jadikan panduan untuk kita merapatkan bonding dengan anak perempuan.
Setiap hari balik dari tempat kerja, anak perempuan saya mesti akan cari saya. Saya buka je pintu, akan bermulalah segala cerita dia dari pagi sampai ke petang.
Kalau anak saya cerita perkara sedih, saya akan ikut sama merasa sedih. Kalau ada cerita yang kelakar, memang boleh gelak berguling atas lantai.
Benda besar dia akan cerita, benda yang kecil-kecil lagilah dia akan cerita. Sampailah 1 hari tu, mood saya tak baik. Hari-hari rasa penat sangat bila balik dari kerja. Dalam otak ni ada bermacam benda yang saya fikirkan sepanjang minggu.
Perkara yang patut saya tinggalkan di tempat kerja, saya terbawa-bawa sampai ke rumah. Itulah kesilapan saya.
Bak kata orang yang bijak pandai, “Don’t play at work and don’t work at play.”
Bila anak saya nak berbual, saya kata nanti dulu dan terus masuk ke bilik. Saya mandi, solat, makan dan lepas tu saya tak tengok pun anak saya tadi. Sampailah dia tertidur sendiri. Dan itulah kebodohan saya yang terbesar.
Malam tu anak saya tertunggu-tunggukan saya. Dia bukannya nak apa-apa, dia cuma mahukan secebis masa dari saya. Itulah yang terjadi setiap hari selama seminggu.
Sampai satu hari, anak perempuan saya jatuh sakit. Demam, tak ada selera makan. Kebanyakan masa dia baring saja. Sekelip mata rumah ni hilang serinya. Tak ada lagi gelak ketawa dia. Tak ada lagi suara dia yang selalu memenuhi segenap ruang rumah ni.
Semuanya jadi diam. Sunyi. Barulah terasa langit ni tinggi ke rendah. Saya rindu nak dengar suara anak saya.
Saya datang pada anak dan minta dia cerita apa-apa pada saya. Dia buka mata separuh dan dia kata dia nak tidur. Allah, luluh hati saya ni.
Dalam fikiran ni, nak je saya merayu supaya dia cakaplah apa-apa pun. Sampai malam pun saya sanggup dengar.
Anak perempuan, mereka nak rasa keberadaan ayahnya. Anak perempuan, mereka nak kita rasa kagum dengan cerita dan usaha mereka. Anak perempuan, mereka nak kita faham dunia mereka.
Hargailah anak yang ada disisi. Anak yang banyak bercakap itulah yang paling kita rindui bila mereka membesar dan tiada lagi disisi satu hari nanti.
Ya benar, kita semua sibuk bekerja. Mencari rezeki tak putus masa. Namun di sebalik kesibukan kita, ada anak kecil yang merindui wajah dan senyuman kita.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara kerja, anak dan keluarga? Ini persoalan yang sentiasa bermain difikiran wanita sehingga sampai satu tahap dah buntu untuk difikirkan. Amat berat sebenarnya untuk wanita yang dah bekerja melepaskan jawatan yang dipegangnya sebelum kahwin hinggalah mempunyai anak.
Namun ada sesetengah wanita ini mereka terpaksa berbuat demikian atas alasan tertentu demi keluarga. Walaupun agak berat nak tak nak kena hadap juga. Mungkin mulut orang susah nak di tutup, tapi setiap keputusan yang dibuat itu dah difikir semasak-masaknya.
Perkongsian dari Puan Surina Shahril Rayyan ini sangat memberi inspirasi kepada wanita yang bergelar ibu kerana tindakannya berhenti demi anak-anak dan keluarga. Walaupun dah tak bekerja makan gaji, kini dia dah mulakan bisnes sendiri.
DIAM tak diam, sudah enam bulan saya berhenti kerja. Alhamdulillah, selama enam bulan berhenti kerja, tiada sesalan walaupun penat berganda. Tak tipu, memang jujur kata duduk rumah penat berganda.
Ini punch card yang terakhir di bank. Ramai cakap kagum tengok saya tak menangis di hari terakhir dan semasa memberi ucapan serta masa peluk kawan-kawan. Hehehehe!
Jawapan saya, buat apa nak menangis untuk sesuatu yang gembira? Saya gembira berhenti kerja demi anak. Di usia saya, 32 tahun saya berhenti kerja. Lambat laa tu kan.
Saya gembira sebab dah lepas bebanan bila saya selalu EL (cuti kecemasan) anak sakit. EL anak sakit ini tak semua faham, kadang-kadang depan kita saja macam faham tetapi di belakang kita, sebakul pula kita dikeji. Ini namanya politik kerja dan di mana-mana tempat pun ada.
Masa saya bekerja sebagai PA selama lima tahun di bank, walau kerja teruk macam mana, KPI kita tara itu saja, C. Hehehe! Ye, C, tetapi itu dah memang lumrah. Memang C itu normallah tu. Tetapi perasaan tak dihargai itu tinggi.
Walaupun ramai yang dapat C dan C itu adalah normal kalau dapat tetapi tetap ada beza antara A dan B, betul kan?
Jadi perlu ke berkhidmat di tempat yang tidak menghargai kita sebagai kakitangan? Moral down membuatkan kita tak ikhlas bekerja tetapi setiap bulan kutip gaji. Hehe! Jadi, untuk apa? Resign sajalah jalan yang terbaik.
Selepas resign, boleh fokus pada anak 100%. Sengkek ke selepas resign? Jawapan saya, tidaklah. Saya semakin senang selepas resign. Allah tarik tang sana, Allah lebihkan tang sini. Allah tambah rezeki bisnes saya semakin banyak pelanggan. Allah tambahkan rezeki saya anak-anak sentiasa sihat. Jadi nikmat apa yang perlu didustakan?
Sebab itu bila Allah tetapkan, kita yakin saja dengan kuasa Dia. Duduk di rumah ini memang tiada kawan. Duduk di rumah ini adakalanya bosan tiada rakan diajak bersembang. Duduk di rumah ini asyik melayan anak-anak bergaduh, menangis, berebut barang, menjerit tetapi itu nikmat sekali saja. Benda ini kita tak boleh putar balik tahun depan.
Jika berkemampuan, jika ada rezeki lebih, duduklah di rumah jaga anak. Tetapi cari juga pendapatan sampingan supaya kita senang hati duduk di rumah.
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...