Tidak dinafikan, bila ada anak, mama papa seronok lihat anak cantik dan comel didandan. Pemakaian barang kemas dan headband memang sinonim untuk bayi perempuan. Namun pengalaman ibu ini memberikan info baru mengenai pemakaian barang kemas dan headband kepada bayi.
Menurut ibu ini, Cik Puan Auni telah menceritakan pengalamannya memakaikan gelang emas kepada anak kedua yang bernama Puteri Alice Kayyisa. Sehingga satu hari ia membongkarkan sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka-sangkan kepada anak kecilnya itu. Berikut ialah perkongsiannya;
Penantian menunggu second baby setelah 4 tahun. Alhamdulillah dapt baby girl diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Ciwi baby girl tak payah cakap lah sebagai seorang ibu mesti nak dandan ank perempuan kan tapi. baca sampai habis
PAKAI GELANG DARI USIA 3 BULAN
Bagi Alice pakai gelang dari umur dia 3 bulan.
Setiap bulan adjust saiz gelang dia.
Gelang tu boleh gerak-gerakkan pada tangan.
Tapi bulan lepas saja lah, rasa nak pi cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice.
PERGELANGAN TANGAN JADI MENGECIL
Tangan Alice Mengecil kat pergelangan tangan. Walaupun gelang tu boleh gerak-gerak. Jadi Auni dah fobia nak bagi pakai. Nasib la buka nak pergi cuci kalau tidak tak tahulah apa yang jadi. Allah gerakan hati untuk buka
Lepas kejadian Auni bawak Alice pergi klinik cek tangan dia.
Doktor cakap jangan bagi baby pakai gelang, Rantai atau anything sebab ia boleh mengganggu tumbesaran baby. Baby membesar waktu tidurnya.
Ya Allah seriat darah saya mendengarnya. Kalau la tak buka untuk cuci tentu lagi teruk jadi
Tu tangan Alice dah semakin sembuh. Gambar tangan tu gambar hari ini. Ok dah Tangan tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajaa la. Tunggu Alice besar sikit baru Mommy bagi pakai atau tak pakai dah.
Biasalah mak-mak nak anak dara segak comel.
Nampak comel pakai emas, pakai headband. Rupanya bila jumpa doktor, tak elok banyak kesan sampingn kalau kita cuai tak ambik tengok. Sumpah dah fobia.
JANGAN LALAI
Jangan Judge Auni, sebab Auni pun tak akibatnya.
Mungkin ada yang pakai tak jadi apa-apa. Ada yang senasib macam Auni. Niat nak share agar ramai dapat info ni dan tak terima nasib macam ni.
Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak memang tak dinafikn excited bila dapat baby girl mulalah nak berhias-hias. Tak salah pun cuma kita jangan lalai ja. Nasib Allah gerakkan hati untuk buka , kalau tidak, tak tahu nak cakap.
Auni Harap ibu-ibu muda di luar sana boleh terima dgn hati terbuka atas perkongsian yang terjadi kepada ank Auni sendiri.
Kalaulah kita tau benda tu buruk mana mungkin kita buat. Auni pun tak tahu tapi lepas jadi kat diri sendri baru ada ilmu. Apa pun terima kasih kepada yang positif.
Kongsilah dgn rakan-rakan, tak salah Pakai. Cuma kena alert sentiasa . Tapi Auni dah fobiaa
Minuman Probiotik memang menjadi kegemaran kanak-kanak termasuklah orang dewasa. Rasanya yang lemak dan manis membuatkan si kecil makin ketagih untuk minum dalam kuantiti yang banyak.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari”
p/s : Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu takpe lah.
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau. Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.
Dalam kebanyakan kes, jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang menakutkan. Bakal ibu juga akan merasa ‘seriau’ jika membayangkan hal ini. Ikuti penerangan daripada Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkaitan topik ini.
RISIKO JAHITAN TERBUKA
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourish) dan kurang daya tahan penyakit. Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka.
Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut.
Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tanda-Tanda Jahitan Terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Jika tidak dirujuk kepada doktor, kemungkinan akan ada beberapa komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka:
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.
APA PERLU BUAT?
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan mencadangkan ibu membersihkan sendiri, kadang-kala digalakkan rendam dengan air garam dan ubat sapuan akan diberikan supaya luka sembuh dengan sendiri (secondary wound healing) . Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula setelah luka tersebut bersih.
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
TEMPOH UNTUK SEMBUH
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat dan diserap/reput semulajadi. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
BANYAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN C
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.
Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
JAGA KAWASAN LUKA
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Kadang-kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri, tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah, berada jauh daripada ahli keluarga dan sebagainya. Jangan risau anda masih boleh berpantang sendiri, tetapi perlu menitikberatkan beberapa perkara bagi menjayakan proses penyembuhan itu.
Bagi anda yang ingin berpantang sendiri, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah mencari pembantu rumah. Namun, jika gagal sebaik-baiknya suami mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga minggu bermula dari tarikh bersalin untuk membantu menguruskan anda, bayi dan anak-anak lain.
Buat stok rempah herba dan ikan yang boleh dimakan ketika berpantang. Sebaik-baiknya seminggu sebelum tarikh cadangan pembedahan, dapatkan stok ikan mentah, bersihkan dan simpan sebagai stok sejuk beku. Kemudian hanya perlu minta suami bakar atau kukus sahaja ikan yang ada untuk setiap kali waktu makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...