Masalah anak sembelit memang boleh buat hidup seorang ibu jadi susah hati. Siapa tak risau bila setiap kali nak buang air besar, anak akan menangis sekuat hati sampai merah muka dan meneran bersungguh-sungguh tapi najis tak keluar juga.
Rasanya ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar buang air besar atau sembelit. Sebenarnya masalah sembelit sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu tetapi bagi bayi yang minum susu formula, risiko untuk mereka terkena sembelit adalah sangat tinggi.
Kadangkala masalah bayi sembelit juga boleh berlaku di kalangan bayi yang baru mula makan makanan pejal tetapi biasanya ia bukannya masalah berpanjangan. Tetapi bagi anak yang bermasalah sembelit biasanya akan berlaku setiap kali mereka hendak membuang air besar sehinggakan ada si kecil yang takut setiap kali mereka rasa nak buang air besar.
Ini antara tanda-tanda biasa menunjukkan si kecil mempunyai masalah sembelit. Cuba periksa anak anda.
Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
Meragam
Sakit pada abdomen
Gastrik
Abdomen yang keras
Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Menyedari hal tersebut, Puan Herny Hafiz berkongsi tip mengatasi masalah bayi sembelit mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras (refer bristol stool chart)
Ads
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
6-7 bulan beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving) – buah naga, avocado, betik,plum
Ads
elak buah buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit) – epal, pisang,
beri makanan berasaskan >timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit)
Tak semua baju bayi dan kanak-kanak ada label ini. Biasanya hanya pakaian yang diimport dari luar negara mempunyai label ini.
Mungkin juga kalau ternampak pun anda tak tahu apa fungsinya dan boleh jadi ada ibu yang terus menggunting label tersebut kerana beranggapan ia tidak penting.
Namun perkongsian daripada ibu ini sangat penting untuk diketahui oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Berdasarkan rasa ingin tahu yang sangat tinggi maka Norhani Mohd Nor melakukan penyelidikan sendiri melalui banyak pembacaan dan berkongsi info bermanfaat ini.
APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?
Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?
Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.
Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju.
Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.
Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah?
Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.
Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini.
Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!
“Safety starts from home.”
Tulisan: Mama safety concern Norhani Aida Mohd Nor
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh. Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak. Sila ambil peduli!
Kepentingan penjagaan gigi susu
Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi si manja sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba masanya untuk ia tanggal secara semula jadi.
Gigi yang tumbuh ketika masih bayi ini penting untuk memupuk tabiat pemakanan baik melalui teknik kunyahan yang betul.
Selain itu, gigi tersebut juga berfungsi dalam membantu perkembangan pertuturan si manja.
Umumnya, kehilangan gigi susu bermula pada usia 5 atau 6 tahun bagi kebanyakan kanak-kanak dan akan selesai sekitar usia 12 tahun.
Selalunya, gigi si manja akan mula hilang secara semula jadi mengikut urutan ia tumbuh. Biasanya 2 gigi depan bahagian bawah akan tanggal terlebih dahulu.
Akar pada gigi susu ini akan pecah mengikut proses disebut sebagai resorpsi ketika gigi kekal menolaknya.
Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu yang hilang dalam tempoh beberapa minggu
Ia adalah 1 proses penting kerana gigi yang tumbuh ketika bayi ini berfungsi sebagai penahan ruang untuk gigi kekal atau gigi dewasa tumbuh.
Tetapi bagaimana pula kalau si manja alami gigi rosak dan perlu dicabut sebelum masanya?
Gigi rosak jejaskan pertumbuhan gigi
Kanak-kanak yang hilang gigi susu lebih awal daripada waktunya berikutan gigi rosak akan mengalami kesan seperti di bawah:
1# Gigi di sebelah kanan dan kiri akan tumbuh dan bergerak untuk menutupi ruang yang ditetapkan untuk gigi kekal tumbuh dalam masa beberapa tahun. Kesannya gigi kekal akan tersumbat di dalam tulang.
2# Melambatkan pertumbuhan gigi kekal atau menyebabkan gigi kekal pramatang tumbuh sebelum masanya.
3# Kehilangan panjang lengkungan gigi menyebabkan ruang yang tinggal sempit untuk gigi kekal tumbuh. Kesannya menyebabkan gigi berlapis atau pertumbuhan gigi yang sesak.
4# Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring akan terganggu sehingga memerlukan rawatan lebih kerap serta penggunaan pendakap gigi (braces).
5# Bahagian gigi tengah akan beralih ke bahagian kosong tersebut
6# Gigi bertentangan dengan ruang kosong akan lebih panjang dan berlebihan
7# Perkembangan aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal menjejaskan proses gigitan
8# Kecacatan pertuturan
9# Tabiat pemakanan dan nutrisi yang lemah
10# Gigi rosak yang dicabut sebelum masanya akan menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada anak
Cara kekalkan ruang pada gigi rosak yang dicabut
Ibu bapa perlu berunding dengan pakar ortodontik dalam situasi ini bagi menentukan rawatan pencegahan yang perlu untuk mengelakkan si kecil berdepan situasi yang lebih rumit.
Selalunya, ruang kosong selepas gigi yang rosak itu dicabut mesti ‘disimpan’. Namun ia bergantung kepada usia anak dan lokasi gigi tersebut.
Kebiasaannya doktor gigi akan memasukkan space maintainer (alat pengekal ruang) bagi menggantikan gigi rosak yang dicabut sehinggalah gigi kekal tumbuh.
Alat tersebut akan menghalang gigi lain daripada memasuki ruang kosong tersebut.
Jika dibiarkan, gigi lain akan mencerobohi ruang itu dan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan sebaiknya. Akibatnya ia mungkin tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya.
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan kesan domino dengan mengganggu kedudukan gigi lain dan menyebabkan pertindihan atau kesesakan gigi.
Keadaan gigi yang tidak teratur akan menyukarkan proses membersihkan gigi, sekali gus meningkatkan risiko untuk anak mengalami masalah gigi berlubang.
Tip hindari gigi rosak
Untuk mengelakkan gigi anak daripada rosak, sudah tentu ia memerlukan penjagaan kesihatan oral yang baik, seperti:
1.Pemeriksaan gigi berkala
Garis panduan daripada American Academy of Pediatric Dentistry mengesyorkan kanak-kanak melakukan pemeriksaan pergigian pertamanya sebaik saja gigi susu pertama keluar atau paling maksimum, ketika mencapai usia 12 bulan.
2.Gigi rosak
Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa gagal untuk membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan gigi.
Kesannya mengakibatkan masalah gigi rosak yang teruk dan memerlukan rawatan pergigian lebih komprehensif seperti mencabut gigi.
3.Rawatan awal
Dapatkan rawatan awal jika anak mengadu sakit gigi.
Sentiasa dapatkan nasihat pakar pergigian secepat mungkin apabila wujud masalah dan bukannya menunggu sehingga keadaan menjadi lebih kronik.
Ia akan memberikan lebih banyak pilihan untuk melakukan pemulihan sederhana pada gigi anak.
Sudah tentu tindakan tersebut dapat mengelakkan anak daripada terpaksa menjalani prosedur rawatan pergigian yang lebih menyakitkan.
Amalkan kebersihan mulut
Memberus gigi 2x sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida (jumlah penggunaannya berbeza mengikut usia anak), floss gigi serta amalan diet rendah gula adalah cara terbaik mengurangkan risiko gigi rosak.
Aspek penjagaan penting
Kesimpulannya, ajar anak cara menjaga kebersihan gigi yang betul agar gigi susu dapat dikekalkan sehingga waktunya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya disebabkan kita cemas bila mana disahkan positif Covid-19, pelbagai jenis ubat-ubatan kita mahu ambil dan makan serentak. Semuanya kerana dikatakan badan jadi lebih baik dan cepat pulih. Benarkah cara pengambilan dos yang semacam ini?
Menurut Dr. Erna Nadia, tidak perlu bertindak sedemikian. Hakikatnya dos berlebihan hanya akan membuatkan tubuh lebih terkesan dikemudian hari. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Bila kena Covid, memang sesetengah orang akan rasa sengal sengal badan, sakit kepala melampau, demam.
Ini berlaku disebabkan oleh tindak balas badan nak melawan virus tersebut dan pembetukan antibodi dalam badan.
Apa apa sahaja perubahan yang berlaku dalam badan, tak kira terkena jangkitan ke stress ke masalah kesihatan ke, automatik badan akan bereaksi untuk cuba melawan supaya badan akan kekal normal.
Jadi, semasa proses inilah yang kita akan mula rasa badan tak selesa atau tak kena. Ini kita sebut pathophysiology.
Jadi, ada pesakit tanya boleh tak nak makan panadol actifast dan panadol extend dalam masa yang sama supaya cepat sikit berasa lega?
Jawapannya adalah tidak boleh. Jangan bebankan hati anda dengan sesuatu yang terlebih lebih.
Paracetamol ini adalah anti sakit dan anti radang. Ambil dalam dose yang sesuai untuk kita. Kalau baby dan kanak kanak, kita ikut berat. Kalau dewasa, 1g setiap 4-6jam.
Kalau in between 4 jam tu, suhu masih tinggi dan anda berasa tak larat, datanglah berjumpa doktor. We must investigate kenapa itu berlaku.
Dan, elakkan makan ubat tahan sakit yang biasa orang suka sebut ubat urat, ubat saraf, ubat angin. Ubat tahan sakit jika diambil di waktu yang salah dan tak kena gaya akan meninggikan risiko pendarahan di dalam badan terutama perut.
Bila sakit, memang the best adalah berehat. Makan ubat, minum air banyak dan berehatlah baik baik. Tak semua benda kita nak ekspress saja kan. Pagi sakit, tengah hari dah nak kebah. Sabar.
Maybe Allah nak kita duduk diam diam sekejap dan ingat Dia. Kalau masa sakit pun kita masih tak sabar dan nak maki hamun, memang sedihlah kan.
Jadi, bila kena covid, memang simptam sakit sakit badan atau myalgia itu akan ada. Dan ianya boleh berlanjutan sehingga 12 minggu ke atas. Ini kita sebut Long Covid.
Tak perlu makan paracetamol pun jika sakit badan biasa. Boleh cuba untuk stretching atau bersenam dan minum air suam. Berpeluh dan dedahkan diri dengan cahaya matahari juga boleh membantu. InshaAllah.
Jangan terlebih dos ubat ya. Nanti kesian dekat hati, buah pinggang dan jantung kita.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.