Bukan mudah nak buat anak sulung faham yang mereka akan dapat adik baru. Kalau anak yang dah besar sikit mungkin boleh faham, tapi kalau menjadi abang atau kakak pada usia yang masih kecil mungkin menyebabkan mereka ‘memberontak’. Ketika inilah akan banyak drama air mata berlaku.
Buat beberaoa cara ini untuk pastikan mental dan emosi anak sulung bersedia menerima adik baru:
Bawa Bersama Ketika Buat Pemeriksaan Di Klinik
Ada sesetengah Mama dan Papa yang kurang selesa untuk membawa anak pertama ke klinik ketika membuat pemeriksaan kehamilan. Mungkin tidak mahu anak meragam kerana perlu menunggu lama dan sebagainya. Salah satu cara paling mudah dan jelas untuk memberitahu anak anda bahawa mereka akan dapat adik nanti adalah dengan melibatkan mereka seawal pemeriksaan pertama lagi.
Dengan cara ini mereka akan mula faham dan bersedia untuk menerima adik di kemudian hari. Terangkan juga mengapa pertemuan dengan doktor dibuat, biarpun mereka tidak memahaminya ketika pertama kali diberitahu. Namun jika diberitahu berulang kali, mereka akan mula dapat menangkap apa yang cuba anda katakan.
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Tunjuk Album Gambar Ketika Mereka Kecil
Jika anda menyimpan foto-foto anak sulung di dalam album khas, tunjukkan kepada mereka. Katakan pada mereka bahawa di dalam foto itu adalah mereka ketika bayi. Sambil itu, berceritalah yang tidak lama lagi akan ada bayi baru dalam keluarga anda. Ceritakan apa perkara menarik jika ada bayi di dalam rumah, sudah tentu mereka akan merasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran adik mereka.
Anda boleh tempah khas baju T yang menulis bahawa mereka adalah abang atau kakak. Biarpun mereka mungkin tidak boleh membaca lagi, anda sendiri boleh beritahu kepada mereka apa maksud tulisan yang ada pada baju T mereka. Beri mereka pakai baju T tersebut berulang kali supaya mereka merasa bahagia dan sentiasa ternanti-nantikan adik baru mereka.
Selalu Beri Mereka Lihat Foto Bayi
Tunjukkan gambar-gambar bayi kepada anak sulung anda. Sebelum mengetahui jantina anak kedua anda, pelbagaikan pilihan foto bayi yang mahu anda tunjukkan kepada mereka. Beritahu mereka, beginilah mungkin rupa adik yang ada di dalam perut anda. Pasti mereka teruja untuk melihat sendiri rupa adik adik baru!
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Perut Yang Semakin Membesar
Ads
Jelas sekali dengan perubahan fizikal serta perut yang semakin membesar, anda boleh bercerita kepada anak sulung tentang adik mereka. Tunjukkan perut anda dan katakan kepada mereka di dalamnya ada adik. Latih mereka untuk mula sayangkan adik sedari mereka di dalam perut lagi. Melihat perut anda yang semakin membesar akan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka, jadi tugas anda akan menjadi lebih mudah untuk menerangkan tentang bayi dalam kandungan.
Kredit foto: Facebook Nur Zarith Azhar
Untuk anak-anak kecil yang mungkin agak sukar untuk memahami tentang keadaan ini, anda boleh mula perlahan-lahan. Ceritakan satu per satu tentang kandungan anda dan adik mereka. Paling penting, pastikan mereka bersedia dari segi emosi sebelum anda melahirkan bayi seterusnya. Jagalah perasaan mereka dan sesudah melahirkan, jangan abaikan keberadaan mereka di sekitar anda.
Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.
Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
Mesti didik sejak bayi lagi. Bagaimana? Dedahkan dengan kertas. Biar anak itu ‘attach’ dengan kertas lebih awal. Tetapi hati-hati kertas juga boleh mencederakan kulit kita.
Bermain dengan kertas. Ajar anak-anak yang sudah pandai memegang supaya bermain dengan kertas. Bolehlah ibu ayah buat origami ringkas seperti jet, katak dan sebagainya. Ini kelebihan saya boleh buat pelbagai origami termasuk katak, dinasour, pepatung dsbnya.
Selalu bawa masuk ke kedai buku. Biar anak-anak dapat bau buku. Sensor bau dalam dirinya dapat dibiasakan dengan buku.
Wujudkan perpustakaan mini di rumah walau anak-anak belum boleh membaca. Buku-buku itu dimuatkan buku ibu ayah. Supaya dia sentiasa terdengar bunyi-bunyi berkaitan buku. Seperti bunyi buku dibelek, bunyi buku jatuh dan sebagainya.
Ibu ayah kena baca buku walaupun majalah biasa. Tunjukkan contoh kepada anak-anak kecil bahawa membaca buku itu adalah hobi ibu ayah.
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
Latih semua deria anak-anak sejak kecil dengan pelbagai perkara.
Apabila jumpa apa-apa objek yang boleh disentuh, bagi anak itu sentuh. Terutama benda-benda baru diluar rumah. Contohnya, jumpa pokok, sebut ‘pokok’ dan bawakan tangan anak supaya sentuh pokok. Biar anak itu rasa kulit pokok yang menggerutu itu. Atau jumpa daun di pokok, sebut ‘daun’ dan suruh anak sentuh pula supaya dia rasa bentuk pipih daun itu.
Rangsang bau yang tidak merbahaya. Contohnya bau bunga, daun, buah, sayur dan sebagainya. Biar ada rangsangan bau dan otak akan mencetuskan untuk tahu lebih lagi.
Berikan informasi yang betul apabila anak tanya. Contohnya anak tengok berita dan dia tanya.
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Memarahi anak memang suatu yang ramai ibu bapa tak suka. Namun, ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada dah turun naik.
Maka terloncatlah kata-kata dengan aura perkataan yang sangat besar dan kuat, ibarat dentuman bom ke dalam diri anak. Anak terus berhenti membuat apa yang dilarang serta merta. Dan ramai ibu bapa menyangka, ianya sangat efektif. Sebab hasil terus dapat dan sangat cepat.
Maka bila ini berlaku, maka ramai yang meneruskan cara ini dan menjadikan marah itu sebagai cara untuk mengawal anak yang tidak tahu duduk diam dan sering mahu lakukan cara dia. Maka parentingnya menjadi parenting yang asyik marah anak. Adakalanya memang tulenlah kemarahan itu kerana nak membetulkan anak. Tak kurangnya, sebab keadaan diri yang penat tapi banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Rimas dengan masalah harian. Sesak nafas dengan duit asyik tak cukup. Lantarannya, marah yang pada mulanya adalah kerana sayang dan mahu membentuk, menjadi cara melepaskan emosi dan anak menjadi ‘punching bag’.
Apa yang lagi menyedihkan adalah, ada yang menggunakan alasan untuk menyakinkan diri bahawa perbuatan marah-marah adalah okay…mereka memberi alasan yang biasa dah didengari, “saya marah anak sebab saya sayangkan dia. Saya tak nak dia buat silap!”
Ketahuilah, tak salah marah anak. Terutama bila sangat perlu untuk dia tidak meneruskan perbuatan yang bakal merosakkan dia dan keluarga dan orang ramai. Yang salah adalah bila parenting kita hanyalah dipenuhi dengan marah-marah.
Jika ini yang berlaku, kita perlu ambil langkah ke belakang dan berfikir dan bertenang; tanya diri; “Adakah ini cara parenting yang hendak saya teruskan?” Apakah kesan jika parenting ini diteruskan?
Ikuti perkongsian daripada anak ini bagaimana kesan jika ibu ayah selalu memarahi anak-anak tanpa sebab.
Kesan Dibesarkan Seorang Ibu Depresi
Kesannya Bila Selalu Ditengking Walaupun Hal Remeh Temeh Sejak Kecil
Mula Rendah Diri & Takut
Otak Lembab & Bodoh
Kalau Ada Pembaca Yang Suka Marah Anak, Ingat Kesan Pada Otak Anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu anak kecil, ramai yang merungut penat. Tidur tak cukup, tak boleh nak rehat dengan aman dan macam-macam lagi. Hari-hari mesti terkeluar cakap cepatlah besar. Senang mama nak uruskan nanti. Tapi…
Ingatlah anak-anak kita tak selamanya kecil. Kadang-kadang terdetik dalam hati, biarlah anak-anak cepat membesar. Biarlah anak-anak tidur lama sikit. Biarlah anak-anak cepat berdikari. Biarlah anak-anak cepat sekolah.
Supaya mama ada masa untuk diri sendiri. Supaya mama boleh rehat dan tak penat lagi.
Tapi ada masanya, bila diperhati telatah anak-anak. Bila tengok balik gambar tahun-tahun lepas. Allah, betapa pantasnya masa berlalu.
Betapa cepatnya mereka membesar. Setahun, dua tahun, tiga tahun. Begitu cepat mereka menginjak umur. Anak-anak tak selamanya kecil.
Betapa comelnya bila mereka saling mengusik, ketawa, bergaduh dan menangis tentang benda yang kecil.
Tangan yang comel. Ambil itu ini. Koyak kertas. Makan. Sepahkan makanan. Bongkar baju. Selak buku. Tutup tv. Rampas mainan. Cakar muka masa menyusu.
Tapak kaki yang kecil. Pantas berlari ke sana sini. Sekejap ke dapur. Panjat kerusi meja. Sekejap ke bilik. Menapak ke bilik air. Tumpahkan air.
Mulut yang mungil. Menyanyi, membebel. Ketawa dan menangis. Merengek minta itu ini. Marah. Muncung merajuk.
Badan yang masih pendek. Berjoget ceria. Mengamuk terlentang. Tidur. Bergolek.
Bila kenang kembali semua ini, mama tarik nafas dalam-dalam. Rasa tak sanggup nak biar jam berdetik.
Rasa tak sanggup nak lepaskan anak-anak jadi dewasa yang bebas. Biarlah ada depan mata selalu.
Seolah-olah rasa tak puas lagi nikmati masa berharga ni. Percayalah waktu akan berlalu. Masa susah ni akan pergi.
Tapi kalau diorang meragam, automatik tiba-tiba mama nak suruh diorang cepat besar lagi kan? Betul tak?
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.