Susu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar ataupun susu tepung. Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung.

Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik? Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya

Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung

Kedua-dua susu segar dan susu tepung mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya. Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.

Kelebihan susu segar

IKLAN

Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5. Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5. Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.

Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid. Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus. Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.

Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.

IKLAN

Kelebihan susu tepung

Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini. Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.

Susu yang manakah paling sesuai buat anda?

IKLAN

Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.

Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik. Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.

Konklusinya, susu segar dan susu tepung mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada anda untuk memilih susu yang terbaik buat anda.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI