Alhamdulillah susu untuk Yusoff sentiasa ada dan tak pernah kurang, Datin Shahida memuatnaik video berkenaan tip untuk ibu-ibu yang bekerja dalam masa yang sama masih menyusukan anak.
Susu ibu susu yang terbaik sebagai pemakanan anak-anak. Patutlah Yusoff Alqardawi nampak sihat dan gebu. Shahida tak lokek berkongsi rahsia bagaimana dia menguruskan jadual untuk mengepam, pemakanan walaupun dia sibuk menguruskan syarikat Dherbs bersama suami, Dato Aliff Syukri.
Ni lah rutin saya bila di ofis pump susu 3 jam wajib ikut timing…..minum air banyak….saya buat stok susu seminggu lepas bersalin sebab saya masuk kerja awal….Alhamdulillah susu utk yusoff x pernah kurang dan sentiasa ada…makan makanan berkhasiat sbb apa yg kita makan akan sampai melalui susu.
Ads
Pump susu, buat stok ketika berada di ofis
Simpan susu dalam storage milk bag kemudian
Tulis nama, tarikh pam dan juga masa
Masukkan ke dalam milk storage bag, dan pastikan ada ice pack
Ambil makanan tambahan sebagai milk booster
Set alarm 3 jam sekali untuk pump
Setelah pulang, masukkan kedalam freezer
Netizen memuji sikap sikap Shahida yang masih menyusukan Yusoff walaupun sibuk bekerja. Mereka juga berterima kasih atas tip yang diberikan malah ada juga yang sempat bertanya bebrapa tip yang lain.
Setelah mendirikan rumah tangga, persefahaman dan saling memahami amat penting kalau nak bahagia. Jangan cepat melenting membuat kesimpulan,selidik dan fahami dulu keadaan isteri di rumah dengan anak-anak.
Suami isteri ibarat gigi dan lidah. Tapi jika saling faham memahami banyak perselisihan boleh dielakkan. Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan buat para suami. Menjadi suami yang bertolak ansur boleh mengelakkan keretakan dalam rumah tangga.
Saya cuba didik diri sendiri, jika balik kerja isteri tidak hidangkan air atau lambat masak untuk sedangkan saya lapar, saya akan cuba ke dapur buat air sendiri dan pelawa isteri nak minum air apa atau makan apa, saya akan cuba sediakan. Kadang-kadang kita(suami) juga perlu memahami keadaan isteri lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil.
Mereka bukanlah malas untuk sediakan semua itu setiap hari. Ada yang dah kahwin 10 -15 tahun, suasana akan banyak berubah. Anak mungkin 3 atau 5. 5 orang anak 5 ragam. saya adik beradik 12 orang, pasti ragamnya tidak sama. Bayangkan kalau 5 orang semuanya masih kecil. 2 serang diruang tamu, 2 lagi serang di bahagian dapur, 1 lagi jadi sniper dalam bilik mak ayah,saya sudah boleh bayangkan keadaan seorang ibu ketika itu.
ISTERI BALIK RUMAH TERUS TERKEJAR-KEJAR
Kadang-kadang kita suami tidak perlu buat apa-apa lagi hatta ubat gigi tidak payah lagi picit, langsung gosok gigi sahaja. Sekarang mungkin isteri terlalu penat dengan kerja rumah, lagi penat jika isteri bekerjaya, balik rumah langsung perlu buat apa yang patut untuk suami dan anak-anak.
Hari ini saya didik diri saya bukan lagi untuk isteri perlu memahami kehendak saya, sebaliknya saya perlu berusaha untuk memahami apa yang dapat mengurangkan beban isteri. Masak, sediakan air, menyapu, mop lantai, kemaskan katil, basuh baju, bukan lagi tugas wajib isteri, sebaliknya saya perlu faham itu juga tanggungjawab saya.
TAK SALING MEMAHAMI PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA
Salah satu keretakan rumahtangga adalah disebabkan masing-masing tidak mahu memahami pasangan, masing-masing cuba untuk pasangan memahami kehendak diri sendiri. Sebenarnya ini salah,ini punca keluarga tidak bahagia. Saya dan kita semua perlu berubah, perlu berusaha memahami pasangan, memahami dalam hal yang positif dan tidak bertentangan dengan ugama. Letak jiwa pasangan dalam jiwa kita. Sebagaimana awal berkenalan dahulu.
“Mana air? aku balik penat2 dari kerja kau tak faham ke ? masak pun Lambat!”
SUAMI SEKALI SEKALA CUBA JADI PENGINTIP ISTERI
Saya selalu dapat PM begini, suami balik kerja marah isteri, lepas marah , pukul , langsung keluar rumah cari kawan. Ini salah , cukup salah.
Kita perlu faham kenapa lambat masak, kenapa lambat sediakan air. Cuba satu hari ‘mengintip’ isteri dirumah. Apa dia buat dari pagi sampai petang. Jika anak sorang mungkin boleh terima, jika anak 5?
JENGUK KE DAPUR TENGOK APA YANG PERLU DIBELI
Ada kita pergi dapur tengok keperluan untuk memasak? Ikan, ayam, sayuran dan barang-barang lain. Ini cukup salah jika saya tidak belajar bagi masa untuk ke dapur tengok apa perlu dibeli, bukan tunggu isteri yang senaraikan.
Masalah perut jangan jadikan satu isu besar, kadang-kadang lucu jika suami isteri bergaduh sebab lambat masak, lambat hantar air. Yang kita kena ‘gaduh’ kenapa hari ini tidak solat Dhuha, kenapa abang hari ini tidak solat berjemaah di masjid, kenapa hari ini isteri tidak tutup aurat dengan sempurna dan banyak lagi kita perlu ‘gaduh’ dalam hal yang lebih besar terutama tentang akhirat.
Kata orang lama, “suami isteri perlu ‘gaduh’ , sebagaimana lidah lagikan tergigit, tetapi ‘tergigit’ jangan sampai jadi ulcer, lambat nak baik nanti, perlu jumpa doktor untuk rawat.
BERSYUKURLAH PUNYAI PASANGAN YANG SANGAT MENGHARGAI KITA.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Seperti yang diketahui umum, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr. Halina Mohd Yunos, selesa menggunakan pendekatan untuk menjadi sahabat dengan anak-anak mereka. Angkasawan pertama negara ini juga mengakui dia sentiasa mencuba yang terbaik untuk bersahabat dengan anak-anaknya dengan harapan mereka selesa untuk berkongsi cerita dengannya tentang apa-apa sahaja termasuklah soal teman lelaki.
Menurutnya lagi, dia tidak kisah anak-anaknya berkawan dengan budak lelaki asalkan tahu batasnya. Anak-anaknya, Sophea Isabella, 8, dan Sophea Natasha, 6, kini selesa berkongsi cerita dengannya. Lebih lucu, Dr. Muszaphar berkongsi tentang dia tahu yang anaknya Bella mempunyai enam boyfriends, tetapi Tasha hanya ada seorang sahaja. anak-anaknya masih muda tetapi Bella kelihatan lebih matang dan perwatakannya juga seperti remaja.
Anak keduanya, Tasha, lebih memilih dalam berkawan dan bukan semua orang dapat mendekatinya. Bapa kepada empat orang anak ini berkongsi sebuah video di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan Tasha sedang bercerita tentang seorang kawan lelaki yang dikenali sebagai Scott.
Pasangan ini menjadi role model kepada banyak ibu ayah lain kerana cara didikan mereka yang memberi inspirasi dan boleh dipraktiskan kepada anak-anak mereka. Pa&Ma berpendapat cara ibu bapa mendekati anak-anak untuk mengetahui tentang mereka juga perlu kena pada gayanya. Jika tidak, pasti mereka sukar meluahkan emosi dan lebih gemar berahsia.
Tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak bukan setakat memberi nafkah makan, minum dan pakaian tetapi lebih dari itu lagi. Berjaya bimbing anak dengan sentiasa menggerakkan hatinya ke arah kebaikan satu bonus besar buat ibu bapa.
Disebabkan itulah, ibu bapa digalakkan untuk melakukan beberapa amalan ini semasa anak tidur bagi merangsang minda separa sedar mereka. Ini sangat penting kerana minda separa sedarlah yang akan membentuk emosi dan peribadi anak secara keseluruhannya.
Setiap malam, apabila anak tidur wiridkanlah “Ya Latif” pada ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau sekurang-kurangnya 100x.
Seterusnya, bacakan surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) sekali.
Bisikkan di telinga anak kita dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuhnya.
Bisiklah yang baik-baik seperti nasihat, pujian dan luahkan perasaan kasih sayang kita kepada mereka.
Mengikut kajian, percakapan kita kepada anak yang sedang tidur sangat berkesan kepada kesihatan jiwa dan rohnya. Hebatkan! Jadi sama-sama amalkan untuk kebaikan anak kita.
Peliharalah diri anak dengan akhlak yang baik dan sikap terpuji kerana merekalah yang akan mendoakan kita pula selepas ini.