Selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Februari lalu, pelakon Ezzaty Abdullah tampil berkongsi nama untuk anak keduanya.
Tidak perlukan nama yang panjang, sebaliknya Ezzaty dan Azwan sepakat memilih nama ringkas namun punya makna yang baik.
Melalui Instagramnya semalam, pelakon yang sering meninggalkan kesan mendalam dalam lakonannya ini berkongsi nama putera sulungnya sambil berkongsi potongan maknanya.
“AHMET BIN MOHD AL AZWAN.
“Semoga empunya nama ini akan menjadi anak yang soleh, mengharumkan nama keluarga dan agama, berbakti pada ramai manusia, baik budi pekerti, tegas berbicara, disegani, dihormati dan menghormati, kaya dunia & akhirat, dan disayangai ramai,” tulisnya di Instagram.
Ads
Sama seperti nama Ahmad, makna Ahmet juga terpuji, sama seperti nama Muhammad, Nabi Muhammad SAW.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan isteri kepada Azwan Kombos ini juga turut sama menitipkan doa untuk bayi lelaki kesayangannya itu.
“Doa ibu untuk Ahmet akan berterusan hingga hujung nyawa ibu. Amin,” tulisnya di Instagram.
Rata-rata pengikut Ezzaty turut memuji pilihan nama ringkas tapi bermakna itu.
Ads
“Sweet & simple. Semoga sentiasa menjadi anak yang berbakti dan menyenangkan ibu & ayah dunia akhirat.”
“Alaaa..comelnya nama Ahmet.”
“Masyaallah cantiknye name baby. Semoga baby Ahmet sihat selalu dan semoga menjadi anak soleh buat ibu dan ayah.”
“Assalamualaikum Ahmet. Moga jadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah ye.”
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil hidap diabetes jangan pandang remeh, boleh bahayakan jantung bayi dalam kandungan. Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik yang banyak diperkatakan terutama komplikasinya kepada penghidap.
Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 menganggarkan seramai 3.9 juta (18.3 peratus) penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi diabetes, peningkatan yang ketara berbanding 13.4 peratus pada 2015.
Angka ini merupakan tertinggi di Asia. Ia sangat membimbangkan kerana angka ini dijangka meningkat kepada 7 juta orang pada 2025. Dianggarkan 50 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya sehinggalah ujian gula dalam darah dilakukan.
Laporan National Diabetes Registry 2013 – 2019 pula menganggarkan hanya 32.4 peratus pesakit diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan mencapai tahap kawalan diabetes yang optimum.
Kawal gaya hidup
Sehubungan itu, kesedaran masyarakat sangat penting mengenai penyakit diabetes, rawatan, komplikasi dan kepentingan mengambil langkah-langkah pencegahan dari peringkat awal melalui gaya hidup serta pemakanan yang sihat.
Bagi ibu-ibu hamil, mereka mungkin telah mempunyai penyakit diabetes sebelum mengandung dikenali sebagai pra-gestasi diabetes (pre-Gestational diabetes). Mereka juga boleh mendapat diabetes semasa mengandung atau lebih dikenali sebagai diabetes gestasi (Gestational diabetes).
Kajian di Malaysia menunjukkan prevalen diabetes gestasi di Malaysia adalah setinggi 27.9 peratus. Oleh itu, pengesanan awal diabetes dalam kalangan wanita yang berisiko tinggi adalah penting untuk mencegah komplikasi bukan sahaja kepada ibu tetapi juga pada bayi dalam kandungan.
Komplikasi dan risiko akibat diabetes
Masalah diabetes yang tidak terkawal pada awal kehamilan memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi yang boleh menyebabkan masalah jantung kongenital.
Ia juga boleh dikaitkan dengan kecacatan seperti sacral agenesis di mana tulang punggung bayi tidak terbentuk dengan normal, kecacatan sistem saraf otak (anencephaly) dan paling serius boleh membawa kepada kematian janin (stillbirth).
Komplikasi lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah saiz bayi terlalu besar yang menyukarkan proses kelahiran, masalah kurang gula pada bayi (hipoglisemia) dan masalah kuning (jaundis).
Ibu-ibu hamil yang menghidap diabetes tidak terkawal didapati mempuyai risiko lima kali ganda bayi mereka menghidap penyakit jantung kongenital berbanding ibu-ibu hamil yang sihat.
Fakta ini menunjukkan bahawa pengawalan diabetes sangat penting sebelum merancang untuk hamil, begitu juga ketika hamil untuk mengelakkan komplikasi tersebut.
Bahaya diabetes kepada jantung bayi
Sebagai doktor pakar jantung kanak-kanak yang mempunyai minat dalam pengesanan awal masalah jantung bayi semasa dalam kandungan, saya terpanggil untuk membincangkan isu ini.
Sejak kepulangan saya dari melanjutkan kepakaran dalam bidang pediatrik kardiologi di Children Hospital of Philadelphia, Amerika pada awal tahun 2016, hampir separuh rujukan yang diterima daripada pegawai perubatan atau pakar obstetrik dan ginekologi untuk pemeriksaan lanjut jantung bayi adalah daripada kalangan ibu-ibu hamil yang menghidap diabetes.
Masalah jantung kongenital yang dikaitkan pada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap diabetes adalah jenis jantung berlubang (ventricular septal defect), masalah saluran darah terbalik (transposition of great arteries), masalah injap saluran darah ke paru-paru dikenali (pulmonary atresia) dan masalah jantung kompleks yang lain.
Terdapat juga bayi yang mempunyai anatomi jantung yang normal tetapi mempunyai otot jantung yang tebal dikenali sebagai hypertrophic cardiomyopathy.
Pemeriksaan imbasan (ultrasound scan) jantung bayi dalam kandungan atau lebih dikenali sebagai fetal echocardiography boleh dilakukan pada usia kandungan seawal 18-22 minggu.
Kaunseling sebagai persediaan
Pengesanan awal ini membolehkan kaunseling diberikan pada ibu bapa mengenai jenis masalah jantung yang dialami, perancangan kelahiran dan rawatan yang diperlukan selepas bayi dilahirkan. Kaunseling banyak membantu ibu bapa untuk lebih bersedia daripada segi mental.
Perancangan kelahiran yang dilakukan dapat memastikan rawatan sebaiknya diberikan di hospital yang menyediakan kepakaran dalam merawat jantung bayi.
Pengesanan awal ini memberi impak yang besar terutamanya pada masalah jantung kongenital yang kritikal kerana bayi boleh mengalami biru yang teruk (severe cyanosis) akibat tahap oksigen yang terlalu rendah atau kegagalan jantung jika mendapat rawatan yang lambat.
Cabaran melakukan fetal echocardiography pada bayi dalam kalangan ibu yang menghidap diabetes ialah kebanyakan mereka juga mengalami masalah obes dan masa rujukan pada usia kehamilan agak lewat yang menyukarkan penghasilan imej jantung bayi yang jelas.
Oleh itu, kerjasama doktor di Obstetrik dan Ginekologi, dan mereka yang terlibat dalam rawatan ibu hamil di klinik kesihatan kerajaan atau swasta adalah penting untuk memastikan kejayaan pengesanan awal masalah jantung kongenital.
Justeru, memastikan kawalan diabetes yang baik sebelum merancang kehamilan dan semasa tempoh kehamilan adalah penting untuk mengelakkan komplikasi diabetes pada bayi.
Diabetes yang tidak terkawal membawa kesan yang serius pada jatung bayi dalam kandungan. Pengesanan awal masalah jantung pada bayi boleh dilakukan melalui fetal echocardiography. Ia membolehkan perancangan pengurusan yang sebaiknya kepada bayi dan memberi kaunseling kepada ibu-bapa yang terlibat.
Artikel ditulis oleh Dr Putri Yubbu merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Pakar Kardiologi (Pediatrik), Hospital Serdang.
Gigi macam dalam gambar ni memang ramai sangat anak-anak yang datang ke klinik gigi seperti ini. Nampak macam normal, sebab kebanyakkan budak-budak ada pattern gigi seperti ini.
Ini BUKAN NORMAL ini sangat tak bagus dan perlu dicegah daripada terus rosak. Perlu dirawat sekiranya anak-anak berusia 3 tahun dan ke bawah.
GIGI BURUK NAK BUAT APA?
Bagaimana nak elak daripada rosak?
Pencegahan melalui :
-Beruskan gigi dan floss kan gigi anak setiap hari
-Bagi minum air masak yang banyak terutama selepas makan
-Jangan kenalkan anak-anak dengan makanan dan minuman yang manis seperti air sirap, gula-gula dan sebagainya
-Bawa anak ke klinik gigi seawal gigi pertama tumbuh
Rawatan apa yang sesuai?
-Tampalan
-Fissure sealant
-Topical fluoride
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan, Doktor Pergigian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah perumpamaan buat Mimi Minerva dan pasangan yang kini sedang diuji dengan keadaan anak yang masih kecil dan baru sahaja disahkan menghidap kanser Limfoma atau kanser darah.
Menurut Mimi dalam perkongsiannya di Facebook, anak perempuannya yang diberi nama Aqila Almeera, dimasukkan ke hospital pada 28 Januari yang lalu disebabkan ada jangkitan kuman dalam paru-paru.
Assalamualaikum sya ibu aqila almeera.
Anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru paru skrng anak sya bergantung pernafasan oksigen yg level kuat. Saya mau tanya leher anak sya membengkak dan lebam. Anak saya dalam icu keadaan yg kritikal disebabkan leher membengkak lama lama jadi lebam seluruh leher dia. Pada awal nya anak saya duduk wad biasa 13 hari. Dan tiba2 semakin teruk terus masuk icu. Hari demi hari bawa leher anak sya membengkak dan lebam. Doktor sndiri tidak boleh kesan bengkak dan lebam tu dtg dari mana. Ada siapa2 perna lalui tak ? Lebam dan bengkak tu berapa lama akan hilang ?
Siapa perna alami leher anak jadi mcm ni ?
Membengkak dan lebam
Namun keadaan anaknya itu sedikitpun tidak menampakkan untuk sembuh malah semakin teruk dengan dengan leher yang membengkak, lebam dan mula mengeluarkan darah. Hal tersebut membuatkan Mimi agak gusar tambahan pula anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.
Salam, Aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning doktor selalu tambah darah kuning jugak . Makin hari makin bengkak lebam tu makin merebak kebawa risiko boleh kacau pernafasan aqila . Siapa yang perna lalui mcm ni berapa lama akan surut dan hilang ? Sebab apa sampai jadi mcm ni
Aqila duduk wad 13 hari sebab jangkitan kuman dalam paru2 subuh tu aqila makin teruk dan terus masuk dlm icu. Saya tanya doktor aqila pendarahan bahagian leher sebab kekurangan darah kuning .
Hari2 masuk darah kuning tapi smpai skrng tiada perubahan. Siapa perna alami mcm ni berapa lama ambil masa untuk sembuh dari bengkak dan lebam.
Jangkitan kuman dalam paru2 aqila ada lagi.
Tu sebab aqila kekurangan darah kuning sebab virus tu
Menerusi perkongsian terbaru Mimi di Facebook miliknya, dengan rasa rendah hati dia memohon doa dari semua untuk anaknya Aqila yang telah disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah.
Dalam perkongsiannya itu juga, dia turut memohon bantuan kepada yang sudi membantu keluarganya bagi membantu menampung kos rawatan kimoterapi dan rawatan susulan yang lain yang menelan belanja sebanyak RM150 ribu.
Assalaimualaikum Dengan ini saya rendah hati ingin meminta doa dari saudara saudari yg mengenali saya dan suami mahu pun yang tidak mengenali untuk doakan anak kesayangan kami Aqila almeera yang kini dirawat di ICU hospital tawau akibat kanser plymfoma kanser darah..
Setakat ini tiada ucapan yang saya dapat luahkan selain meminta pertolongan dari allah dan doa rakan2. Anak sya memerlukan kos sebanyak Rm150k untuk rawatan kimoterapi di hospital likas untuk rawatan selanjutnya… keadaan anak saya semakin hari semakin kritikal..dan perlukan rawatan segera🙏🏻
terima kasih Semoga ada keajaiban untuk anak saya yang belum ada perkembangan saat ini. Mohon doanya semua 🙏🏻 Amin ya rabbal Al-Amin 🤲🏻
Yang ingin memberi sumbangan seiklas hati boleh terus pm saya ibu kepada aqila almeera semoga dengan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anak kami alami 🙏🏻
Untuk sumbangan bole disumbangkan ke akaun 37251008012 Zulkifli irwansyah…
Hong Leong bank…
No hp ibu ( 0162485798 )
Keadaan Aqila juga dikatakan semakin hari semakin kritikal dan anak kecil itu memerlukan rawatan dengan kadar segera. Bagi yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Hong Leong Bank bernombor 37251008012 atas nama Zulkifli irwansyah