Setelah seminggu dirawat di hospital, kesihatan adik Ainul Mardhiah kini semakin baik dan banyak perubahannya.
Bapanya, Ahmad Safiuddin menjelaskan daripada fasa kritikal sebelum ini, nampak perkembangan Ainul sangat positif dan dia kuat atas izin Allah dan rawatan yang diberikan oleh doktor dan jururawat.
Menurutnya, Ainul kini sudah sedar sepenuhnya dan tidak lagi bergantung pada mesin ventilator.
“Alhamdulillah, Ainul semakin baik. Dia dah sedar 100%. Bacaan darah dia hampir normal semuanya. Ventilator dah off, ubatan pun banyak dah diberhentikan. Cuma kuman masih ada lagi dan perlu teruskan antibiotik.
Ads
“Sehingga bila, itu terpulang pada Doktor. Doktor lebih tahu. Asalkan Ainul sihat je.
Hari ini Ainul kena tambah darah, terima kasih penderma-penderma darah.
“Ainul ni sangat perlukan darah tambahan, beruntung orang yang suka menderma darah ni. Pahala anda sentiasa mengalir sebab telah berbuat ihsan sesama manusia.
“Kalau tak ada yang ingin menderma darah, di mana lah hospital nak cari darah-darah untuk pesakit ni,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan lepas je Ainul sedar dari ditidurkan, dia tak tidur semalam dari siang hari. Malam tadi saya jaga Ainul di wad, pukul 2am baru tidur. Pukul 5.30am dia dah bangun.
“Ni sekarang turn mama dia pulak jaga, walid balik rumah jap tidur. Petang nanti walid datang balik.
“Bila kita ada anak yang tak sihat ni, suami isteri perlu sama sama ambil tanggungjawab. Berkomunikasi dan selalu bertolak ansur. Mudah mudahan Allah SWT bantu lancarkan urusan kita,” katanya.
Ads
Perkongsian walid Ainul itu buatkan ramai yang berasa lega dan mengucapkan syukur dengan perkembangan ini. Doa dan kata-kata semangat terus dititipkan buat Ainul agar kembali sihat seperti biasa tanpa apa-apa kesan sampingan lain.
Kanak-kanak mempunyai antibodi yang agak lemah berbanding orang dewasa. Justeru, hal ini menyebabkan mudahnya terjadi jangkitan. Perkongsian ibu ini tentang mata anaknya yang terkena jangkitan kuman daripada kucing boleh dijadikan iktibar.
Puan Norizan Acu berkongsi tentang pengalamannya berhadapan dengan situasi anaknya Airel Zakwan, 3 tahun yang mengalami keadaan mata bernanah kerana jangkitan kuman dari kucing yang berpenyakit kurap.
Namun update ibu ini dari hari ke hari mata anaknya semakin baik dan sembuh. Berikut ialah perkongsiannya;
Terima kasih yg mendoakan Airel Zakwan. Mata dia berpunca dari kucing kurap yang dia pegang hari tu kucing terbiar dijalanan.
Sebab die tak takut kucing. Kucing yang takut ngan die. Hehehehe.
So doctor nak tahan wad. Kuman die kuat sebab tu die merebak dengan cepat.
Tapi mama tak boleh nak duduk wad sebab ada si debab aida kt rumah. So Airel kena kuarantin jela kat rumah dulu sebab penyakit ini berjangkit.
Tapi mama kena ulang alik klinik untuk sapu antibiotik kat mata dia.
Alhmdulillah kuman ni tak merebak dalam mata airel.. Kalau tidak lagi teruk.
Maafkan mama sayang tak dapat jaga Airel dengan baik… Bertabah la mama..
Ibu ini juga turut memberikan update anaknya semakin pulih selepas diberikan rawatan.
Update terbaru Muhammad Airel Zakwan.
Alhmdulillah lepas rawatan cuci dan letak cream antibiotik mata Airel dah kurang berair dan nanah pun takde dah. Kering dah luka nye.
Tapi still kena continue buat rawatan smpai betul-betul sembuh. Mama is risau sebab melibatkan mata. Kalau mama lambat buat rawatan kemungkinan Airel tak nampak sebelah. Allahuakbar… Maafkan mama sayang…
Bahaya kuman…. Take note uolls.. Jangan bagi anak pegang2 kucing terbiar atau berkurap. Antibodi anak tak kuat macam kita orang dewasa. Sehari je kuman tu merebak cepat.
My hero Muhammad Airel Zakwan semakin pulih dengan jayanya. Berkat doa rakan-rakan,rakan-rakan FB dan ahli keluarga semua. Alhmdulillah. Tq korang,tak dapat nak ucap dengan kata-kata. Tq so much semua. Lega hati mama, tak de la mama risau lagi.
Tak ada la nk berperang dengan Airel nak bagi makan ubat n sapu ubat. Tak ada la nak dengar Airel duk teriak dalam bilik rawatan untuk cuci ann sapu cream antibiotik tu lagi. Leganya Alhmdulillah. Terima kasih Allah.
Next appointment Monday turn babah Jazmel Apex lak.. Hehhehehe.Bertabah la. Misi mama dah habis.
Puan Norizan ketika dihubungi Pa&Ma berharap ibu bapa lain tidak membenci kucing dan menjauhkan kucing daripada anak-anak. Cuma perlu mengambil sikap lebih berhati-hati memandangkan antibodi kanak-kanak masih belum kuat.
Ibu bapa yang ada anak kecil, pastikan waktu anak makan buah-buahan atau apa saja makanan keras, perlu sentiasa diberi perhatian. Risau berlaku perkara yang tak dijangka pada anak.
Seperti perkongsian Dr Ahmad Samhan, kisah kanak-kanak yang tercekik buah anggur, benar-benar menyayat hati.
Tak ubah seperti mayat! Sejuk kaku tangan dan pucat lesi muka budak ini. Nadi tak dapat dirasai. Tekan dada diteruskan. Banyak lendir terkeluar dari hidung dan mulutnya.
Dalam hujan yang lebat, Ambulans terus meluncur laju. Bunyi siren membingitkan telinga.
Kanak-kanak 5 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana tiba-tiba berhenti bernafas. Muka kebiruan. Tiada tanda-tanda kehidupan.
Dalam usaha untuk memasukkan tiub pernafasan, tiba-tiba kelihatan sesuatu di kerongkong yang menutup salur pernafasan. Bila dikeluarkan, rupanya sebiji anggur sebesar ibu jari.
Anak ini akhirnya tak mampu diselamatkan. Kasihan. Tak dapat bayang bagaimana perasaan ibu yang menanggung. Ini bukan kes pertama kanak-kanak tercekik makanan hingga membawa maut.
Tolonglah mak ayah, jangan cuai. Perhatikan jika beri makanan atau buahan pada anak. Bukan tak boleh makan anggur atau buah-buahan, tapi pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil untuk elakkan anak dari tercekik.
Tolong kongsikan ilmu pada mak ayah lain sebab masih ramai mak ayah yang tak tahu ilmu penting ini.
Sementara itu, menerusi perkongsian Public Health Malaysia, kisah anak lelaki berusia 5 tahun ini juga wajar diambil perhatian.
Seorang kanak kanak berusia 5 tahun dikejarkan ke hospital kerana alami sesak nafas selepas tercekik sebiji buah anggur.
Walaupun nampak lembut dan kecil, buah anggur suduh cukup untuk menyendal saluran pernafasan kanak kanak.
Mangsa ini bernasib baik kerana masih terdapat sedikit ruang udara untuk menyalurkan tiub pernafasan. Pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan buah anggur tersebut.
Bukan tak boleh makan anggur atau buah buahan lain, pastikan ia di potong secara memanjang dan bersaiz kecil
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air selusuh diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Benarkah akar fatimah mempercepatkan proses kelahiran?
SELUSUH YANG MELIBATKAN HANYA AIR KOSONG DENGAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DAN DOA, SEPATUTNYA TIADA MASALAH UNTUK DIAMALKAN. ADA BEZA TU, DOA DAN JAMPI YANG BUKAN-BUKAN. JANGAN KELIRU!
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang mungkin tidak saya ketahui.
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan kimia aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.
Ia merbahaya kerana jumlah dos untuk menggalakkan kontraksi ini tidak dapat diketahui berbanding hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dosnya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Ia juga tidak diberikan kepada si ibu sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh.
Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kehamilan & Kesihatan Wanita, tentang isu ini.
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini sepanjang berkhidmat di bidang ini yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya TIDAK menggalakkan penggunaan air selusuh yg menggunakan bahan-ibu seperti yang saya nyatakan tadi. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menggalakkan penggunaannya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
IBU BERPUASA
PERTAMA : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada ibu.
AIR SELUSUH ‘PAKSA’ PINTU RAHIM
KEDUA : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Bukan kepalang sakitnya. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa.
Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat, berjam jam lamanya.
KONTRAKSI YANG KERAP KETIKA BERSALIN AKIBAT AIR SELUSUH INI KADANGKALA MENYEBABKAN PEREDARAN DARAH PADA BAYI TERGANGGU DAN BOLEH MENGAKIBATKAN BAYI LEMAS SECARA TIDAK SEMENA-MENA.
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut.
Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ADA untuk kita.
KONTRAKSI ‘TERPAKSA’, SAKITNYA BUKAN MAIN!
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN.
Semoga dengan penerangan dari Dr Izzat ini dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang sedang ‘menunggu hari’ tentang penggunaan air selusuh untuk melancarkan proses kelahiran. Elakkan meminumnya untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebaiknya apabila datang kontraksi atau sebarang tanda untuk melahirkan, segeralah ke hospital untuk pemerhatian doktor dan jururawat berpengalaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.