Siapa saja yang tidak mengenali pelakon berbakat besar, Fauzi Nawawi kan? Sama ada memegang watak sebagai seorang bapa atau penjahat dalam sesebuah karya seni, lakonannya tidak pernah mengecewakan. Bukan sekadar berlakon bahkan Fauzi juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.
Gandingan dia dan isteri, Lisdawati, sering mendapat perhatian bukan hanya kehebatan mereka memainkan sesebuah watak dalam lakonan bahkan kemesraan pasangan ini menjadi inspirasi kepada ramai orang.
Pada usianya 48 tahun, siapa sangka Fauzi sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu. Pada awal tahun ini, anak perempuannya iaitu Hanna Faresha telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Hanna telah melahirkan bayinya pada 3 Januari 2023 dan berkongsi berita baik ini melalui laman Instagramnya. Anak lelakinya itu diberikan nama yang cukup indah, Tuan Hamzah bin Mohd Aqif.
Terdahulu, Fauzi telah menimang cucu pertamanya selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan bernama Yasmin. Kemudian, anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Fareez, pula bergelar seorang ayah. Isterinya, Nurwathiqah melahirkan anak sulung mereka yang dinamakan Farrel.
Bersyukur dan meraikan kehadiran dua orang cucu pada bulan yang sama, Fauzi sangat teruja menjadi seorang datuk dan keluarganya juga semakin besar.
Hanna Faresha telah bernikah dengan suaminya pada 12 Disember 2021. Sekadar pengetahuan, Hanna merupakan anak ketiga hasil perkahwinan bersama bekas isterinya.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Elok Mama Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Sebenarnya seawal remaja, wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja. Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas.
Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim. Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Dua beradik termakan keropok ada racun tikus kritikal. Walaupun racun tikus efektif dalam mengawal tikus, ia juga boleh mendatangkan bahaya yang serius, terutamanya kepada kanak-kanak.
Racun tikus adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengawal populasi tikus yang sering menjadi punca kepada kerosakan harta benda dan penyebaran penyakit.
Memetik Sinar Harian, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar, Kulim, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
“Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mohd Azizul berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen Sek 284 Kanun Keseksaan.
Bahaya racun tikus kepada kanak-kanak dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh ibu bapa dan penjaga.
Kesan Racun Tikus kepada Kanak-kanak
Keracunan akut:
Kanak-kanak, terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, cenderung untuk memasukkan benda ke dalam mulut mereka. Jika mereka menelan racun tikus, mereka boleh mengalami keracunan akut. Tanda-tanda keracunan termasuk muntah, pening, kesukaran bernafas, dan dalam kes yang lebih teruk, sawan atau koma.
Pendarahan dalaman
Banyak racun tikus mengandungi bahan antikoagulan yang menyebabkan pendarahan dalaman. Jika kanak-kanak terdedah kepada bahan ini, mereka boleh mengalami pendarahan yang sukar dihentikan, yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.
Kerosakan organ
Racun tikus boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti hati dan ginjal. Pendedahan berterusan atau dos yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan organ yang kekal, memerlukan rawatan perubatan yang panjang dan intensif.
Langkah Pencegahan
Penyimpanan selamat
Simpan racun tikus di tempat yang tinggi dan terkunci, jauh daripada capaian kanak-kanak. Pastikan bekas racun mempunyai label yang jelas dan tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.
Penggunaan yang betul
Gunakan racun tikus mengikut arahan yang tertera pada label. Elakkan daripada meletakkan racun di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Sebaiknya, gunakan perangkap tikus yang tidak beracun sebagai alternatif yang lebih selamat.
Pengawasan
Sentiasa awasi kanak-kanak ketika mereka bermain di dalam atau di luar rumah. Pastikan mereka tidak bermain di kawasan yang mungkin mengandungi racun tikus atau sisa racun.
Pendidikan
Didik kanak-kanak tentang bahaya racun tikus dan mengapa mereka tidak sepatutnya menyentuh atau memasukkan sebarang benda ke dalam mulut mereka tanpa kebenaran orang dewasa.
Tindakan kecemasan
Ketahui langkah-langkah kecemasan jika berlaku keracunan. Simpan nombor telefon pusat kawalan racun dan bawa kanak-kanak ke hospital dengan segera jika mereka menunjukkan tanda-tanda keracunan.
Racun tikus adalah alat yang berguna untuk mengawal populasi tikus, tetapi ia juga boleh mendatangkan bahaya yang serius kepada kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.
Dengan penyimpanan yang selamat, penggunaan yang betul, pengawasan, edukasi, dan tindakan kecemasan yang pantas, risiko keracunan dapat dikurangkan, dan keselamatan kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Dapat menyusukan anak dengan susu ibu merupakan impian semua mama yang baru melahirkan. namun tak semua mempunyai peluang sebegitu. Menyusukan bayi bagi seorang ibu bukanlah satu tugas yang enteng.
Macam-macam perkara yang perlu dibuat, kena bersedia untuk bangun malam susukan anak, redakan tangisan si kecil, tak cukup tidur, kuat mengempeng itu lumrah yang akan ibu-ibu menyusu bakal hadapi.
Justeru itu peranan suami dalam membantu ibu yang dalam pantang dan menyusukan anak amatlah penting. Seperti perkongsian oleh Nurasyikin Ali tentang keadaan sebenar ibu yang menyusu bakal hadapi.
Wanita ini juga turut senaraikan apa yang boleh dibantu oleh suami pada isteri yang sedang menyusukan bayi.
Ikuti perkongsian ini:
“Ibu tengok anak lelaki ke anak perempuan? ” tanya nurse.
Itulah kali pertama bertentang mata dengan permata hati. Jatuh cinta! Momen terindah bila suami ucapkan terima kasih lalu suami azankan di telinga si kecil.
Ibu-ibu dan para suami masih ingatkah? Namun waktu itulah cabaran sebenar bermula.
Kena ready bangkit lewat malam, redakan tangisan anak, tukar lampin, tak cukup tidur, anak kerap ngempeng, kena jaga jadual pumping dan lain-lain.
Tu belum termasuk situasi ibu yang ada masalah susu badan tak keluar, anak menangis lapar, puting melecet, ada yang sakit kena bengkak susu, double sakit pinggang, sakit luka jahitan, paling kesian ada yang terpaksa berpantang sendiri, dah la takde pengalaman!
Silap hari bulan, MEROYAN si ibu.
Jujur cakap, kebanyakan isteri takkan sesenang mengadu atau minta tolong kalau dia masih boleh bertahan. Tapi bila isteri mula bersuara, itu maknanya isteri sangat perlukan suami ketika itu.
Dok dengar banyak dah berita kes ibu kelar anak, tampar-tampar anak, campak anak. Gangguan emosi terjerit pekik. Takuttt!
Sakit meroyan ni jangan dibuat main oii. Tak boleh buat sambil lewa. Sedap sama-sama, sakit pun mesti lalui sama.
Buat para suami, bukankah dia juga insan yang anda pernah katakan ini suatu ketika dahulu.. “Abang janji apa pun terjadi, abang akan jaga sayang dan terus mencintai hingga akhir hayat abang… “
Sebab tu peranan dan tanggungjawab suami tidak terhenti di situ sahaja. Banyak lagi perkara yang suami boleh bantu especially dalam urusan isteri ketika berpantang dan menjayakan penyusuan susu ibu.
Jom lihat satu per satu. Moga ada manfaat buat semua.