Ads

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

Tahun depan anak bakal melangkah ke Darjah 1? Ibu ayah, jangan hanya memberi tumpuan membeli beg sekolah, kasut dan pakaian seragam! Ada beberapa perubahan besar dalam sistem pendidikan negara bermula 2027 yang perlu diketahui supaya anak benar-benar bersedia memasuki alam persekolahan.

Maklumlah, masuk sekolah rendah bukan sekadar belajar membaca, menulis dan mengira. Anak juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, guru, rakan sebaya serta rutin harian yang berbeza.

Lebih menarik, tahun 2027 menyaksikan perubahan dalam kemasukan murid Tahun 1, pelaksanaan kurikulum baharu serta pendekatan pembelajaran yang memberi penekanan kepada pembentukan karakter anak.

Jadi, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu ayah?

Apa Itu Perubahan Besar KPM 2027?

Bermula sesi persekolahan 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) secara berperingkat.

Pembaharuan ini bukan sekadar melibatkan silibus, tetapi turut merangkumi struktur mata pelajaran, kaedah pengajaran, pentaksiran dan pembangunan sahsiah murid.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan anak yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai kemahiran berfikir, literasi digital, keyakinan diri dan nilai murni.

Selain menerima dua kohort murid Tahun 1, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) dan memperkukuh usaha memastikan anak meneruskan pendidikan hingga peringkat menengah.

Supaya ibu ayah tidak keliru dengan pelbagai maklumat yang beredar, ini 12 perkara penting tentang perubahan KPM 2027 yang wajar difahami sebelum anak memulakan alam persekolahan.

1. Tahun 1 2027 Akan Menerima Dua Kohort Murid

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

Bermula 2027, kanak-kanak daripada dua kumpulan umur boleh mendaftar Tahun 1. Kohort enam tahun (5+) melibatkan anak lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2021, manakala kohort tujuh tahun (6+) melibatkan kelahiran 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021. Ini membuka peluang kepada anak yang lebih muda memulakan persekolahan rendah.

2. Masuk Usia Enam Tahun Bukan Wajib, Tiada Ujian Saringan

Ibu ayah tidak perlu tergesa-gesa. KPM menetapkan kemasukan pada usia enam tahun secara sukarela dan tanpa ujian saringan. Laluan masuk pada usia tujuh tahun masih diteruskan.

Anak yang bermula lebih awal juga tidak perlu mengulang Tahun 1. Mereka tetap mengikuti enam tahun pendidikan rendah seperti murid lain. Pertimbangkan kesediaan emosi anak, bukan kemahiran membaca semata-mata.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

3. Bilik Darjah Dan Guru Sedang Ditambah

Pertambahan murid tentu menimbulkan persoalan tentang kesesakan kelas. KPM sedang membina 2,596 bilik darjah baharu di 838 sekolah, selain mengoptimumkan ruang sedia ada dan mempertimbangkan sekolah dua sesi mengikut keperluan.

Kementerian turut menyediakan pengambilan 3,150 guru secara kontrak bagi membantu menampung pertambahan murid. Pelaksanaan sebenar bergantung kepada kesiapsiagaan sekolah masing-masing.

4. Kurikulum Baharu Bukan Terus Melibatkan Semua Murid

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

KP2027 akan bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala kurikulum prasekolah baharu sudah diperkenalkan pada 2026.

Ads

Murid Tahun 2 hingga Tahun 6 serta Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 masih menggunakan kurikulum sedia ada yang diselaraskan. Perubahan akan diperluas secara berperingkat apabila kohort baharu meningkat ke tahun seterusnya.

Ini bermakna perubahan kurikulum bagi Tahun 1 2027 tidak semestinya sama dengan pengalaman pembelajaran abang atau kakak yang sudah berada di sekolah rendah.

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

5. Matlamatnya Melahirkan ‘Insan Sejahtera’

KP2027 bukan sekadar menukar buku teks atau menambah silibus. Matlamatnya ialah membentuk Insan Sejahtera, iaitu murid yang berpengetahuan, beradab, bertanggungjawab dan mampu menjalani kehidupan seimbang.

KPM juga memberi perhatian kepada perpaduan, daya saing serta budaya belajar sepanjang hayat. Pendek kata, kejayaan anak bukan diukur melalui keputusan akademik sahaja.

 

6. Tujuh Kompetensi Utama Diberi Penekanan

Anak akan dibimbing melalui tujuh kompetensi, iaitu perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.

Ini termasuk belajar menyampaikan pendapat, bekerjasama, menilai maklumat dan menggunakan teknologi secara selamat. Ibu ayah boleh membantu dengan banyak berbual, membaca bersama dan menggalakkan anak bertanya soalan.

7. Mata Pelajaran Baharu ‘Alam dan Manusia’ Diperkenalkan

Bagi murid Tahap 1, mata pelajaran Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu menggabungkan kandungan Sains, Pendidikan Kesihatan, Seni Visual, Muzik serta elemen TVET dan digital.

Sebagai contoh, aktiviti menanam pokok boleh mengajar anak memerhati pertumbuhan, mengira, melukis dan bercerita. Pembelajaran jadi lebih dekat dengan kehidupan, bukan sekadar menghafal fakta.

8. Subjek Sains Dan Seni Bukan Dimansuhkan

Jangan salah faham! Kandungan beberapa subjek digabungkan untuk murid Tahap 1, bukannya dibuang terus daripada pembelajaran.

Apabila kohort KP2027 meningkat ke Tahun 3 dan 4 bermula 2029, mereka akan mempelajari Eksplorasi Sains dan Teknologi serta Eksplorasi Seni dan Dunia. Pada Tahun 5 dan 6 pula, mata pelajaran khusus seperti Sains, Sejarah dan Muzik diperkenalkan mengikut tahap.

9. Dua Guru Boleh Mengajar Dalam Satu Kelas

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

Ads

Pendekatan co-teaching membolehkan dua guru bekerjasama merancang dan mengendalikan pengajaran bagi mata pelajaran Alam dan Manusia.

Namun, ini tidak bermakna setiap kelas akan mempunyai dua guru sepanjang masa. Pelaksanaannya berperingkat mengikut kesediaan tenaga pengajar, dan seorang guru masih boleh mengajar apabila berlaku kekangan. Tujuannya memberi pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif.

10. Fokus Pembelajaran Berubah Mengikut Umur

Bagi Tahun 1 dan 2, keutamaan diberikan kepada literasi, numerasi dan pembentukan karakter. Tahun 3 dan 4 lebih menekankan penggunaan ilmu dalam kehidupan, sementara Tahun 5 dan 6 memperkukuh pemikiran analitikal, inovasi dan penyelesaian masalah.

Pendekatan ini mengambil kira perkembangan anak supaya mereka membina asas kukuh sebelum mempelajari perkara lebih kompleks.

11. Ada Slot 60 Minit Untuk Pembentukan Karakter

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

Satu lagi pembaharuan ialah Program Pembentukan Karakter yang diperuntukkan 60 minit seminggu bagi sekolah rendah dan menengah.

Program ini memberi perhatian kepada adab, akhlak, disiplin, integriti serta pengurusan emosi. Anak bukan sahaja diajar menjadi pandai, tetapi juga menghormati orang lain, memahami perasaan rakan dan bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan masa khusus selama 60 minit seminggu bagi pelaksanaan Program Pembentukan Karakter di sekolah rendah dan menengah di dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Menurut KPM, program itu akan disediakan dalam jadual waktu persekolahan untuk membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang memberi tumpuan kepada penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

12. Pendidikan Menengah Sedang Diusahakan Menjadi Wajib

Melalui Akta Pendidikan (Pindaan) 2025, Menteri Pendidikan diberi kuasa menetapkan pendidikan menengah sebagai pendidikan wajib melalui perintah yang diwartakan.

Bagaimanapun, kewajipan itu tidak boleh dianggap sudah berkuat kuasa secara automatik. Matlamat usaha ini ialah mengurangkan keciciran murid selepas sekolah rendah dan memastikan lebih ramai anak terus mendapat pendidikan.

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Ads

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Persediaan Anak Masuk Darjah 1 2027, Ibu Ayah Boleh Mula Dari Sekarang!

KPM 2027: Ada Perubahan Besar Tentang Persekolah Anak, 12 Perkara Ini Ibu Ayah Wajib Tahu!

Selain menyediakan kelengkapan sekolah, terdapat beberapa perkara yang perlu dilatih di rumah.

1. Latih anak berdikari. Biasakan anak memakai kasut, mengemas beg, membuka bekas makanan dan menggunakan tandas sendiri.

2. Kukuhkan kemahiran 3M. Galakkan anak membaca buku cerita, mengenal nombor dan menulis melalui aktiviti menyeronokkan tanpa tekanan.

3. Bina keyakinan berkomunikasi. Ajar anak meminta bantuan guru, memperkenalkan diri dan memberitahu orang dewasa apabila menghadapi masalah.

4. Biasakan rutin sekolah. Tetapkan waktu tidur, bangun pagi, sarapan dan bersiap supaya anak tidak terkejut apabila sekolah bermula.

5. Ajar urus duit belanja. Latih anak membeli makanan, menunggu giliran, mengenal nilai wang dan menyimpan baki.

6. Sediakan emosi anak. Ceritakan perkara menyeronokkan tentang sekolah dan yakinkan anak bahawa rasa takut atau rindu pada hari pertama adalah normal.

7. Sentiasa berhubung dengan guru. Pantau perkembangan anak dari aspek akademik, pergaulan, tingkah laku dan emosi.

Ibu Ayah, Jangan Mudah Percaya Maklumat Tular!

Dengan pelbagai perubahan baharu, ibu ayah dinasihatkan mendapatkan maklumat daripada portal rasmi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau pihak sekolah.

Sesi persekolahan 2027 dijadualkan bermula pada 4 Januari 2027 bagi kedua-dua kumpulan negeri. Pendaftaran utama Tahun 1 sesi 2027 telah dilaksanakan melalui sistem idMe pada 15 Februari hingga 31 Mac 2026. Ibu ayah yang sudah memohon perlu menyemak penempatan dan arahan lanjut daripada pihak sekolah.

Ingat, setiap anak mempunyai tahap perkembangan berbeza.

Ada anak sudah yakin pada usia enam tahun, manakala ada yang memerlukan sedikit masa lagi untuk bersedia.

Jangan jadikan kebolehan membaca atau usia masuk sekolah sebagai ukuran kejayaan anak semata-mata.

Apa yang lebih penting, anak melangkah ke sekolah dengan rasa seronok, yakin, selamat dan bersedia untuk belajar.

Sumber: KPM1 KPM2 KPM3Astroawani Berita Harian   Sinar Harian  ecentral

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

40 Tahun Mengangkat Kisah Wanita Hebat, NONA Gala Awards 2026 Bukti...

NONA Gala Awards 2026, mengangkat kisah wanita inspirasi selama 40 tahun.