Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam.

Tak Ada Kajian Barut Boleh Elak Kembung Bayi

Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.

Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi kembung perut sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.

Menurut doktor kanak-kanak, Dr. Tengku Putri, tiada kajian yang mengatakan pemakaian barut pada baby boleh mengelakkan colic. Sekiranya kain dan saiz tidak sesuai atau terlalu ketat, ia juga akan lebih menyebabkan anak tidak selesa.

Tapi kalau memang nak pakaikan jugak barut tu, tolong ikut 3 panduan yang Dr Ahmad Luqman Bukhari kongsikan ni:

#1. Pilih barut yang materialnya diperbuat dari kapas lembut. Cuma kalau nampak si kecil tu ada tanda alahan pada material barut tu, lebih baik elakkan.

#2. Jangan pakaikan terlalu ketat. Kadang tu kita rasa barut tu longgar dah tapi rupanya lepas menyusu terus jadi terlalu sempit.

Sebab tu kena tengokkan jugak barut tu tiap kali lepas berikan susu.

Barut yang ketat akan buatkan isipadu perut jadi terhad lalu risiko si kecil tu muntah dan jeluak bertambah. Kalau memang nampak dia tak selesa, tanggalkan je benda tu.

#3. Elakkan barut tu cover tali pusat yang masih belum tercabut lagi.

Kita tak nak kawasan tu asyik lembab je sampaikan kuman beranak pinak kat situ. Tu yang silap haribulan budak tu boleh terkena jangkitan dan jatuh sakit.
Nak tau tak punca baby kembung perut?

IKLAN

Tip melegakan kembung perut pada baby

Teknik penyusuan

Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!

Tukar susu formula

Masalah kembung perut pada baby mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.

Puting yang sesuai

Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.

Menjaga pemakanan

IKLAN

Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.

Sendawakan bayi

Bayi kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.


Alihkan perhatian

Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.

Mengurut

Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

IKLAN

Dodoikan

Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.

Dapatkan bantuan

Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.

Kredit: Dr Tengku Putri , Dr Ahmad Luqman

Tak Ada Kajian Barut Boleh Elak Kembung Bayi

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Tak Ada Kajian Barut Boleh Elak Kembung Bayi

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI