Tahun ini dianggap paling bermakna buat penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil apabila anak sulungnya, Dr. Puteri Julia Nabilah kini hamil.
Perasaan keterujaan itu dikongsi Ziela menerusi Instagram yang nampaknya tak sabar untuk menimang cucu dan melangkah ke satu fasa seterusnya bergelar nenek.
Dalam kegembiraan itu, Ziela turut menitipkan doa buat anak dan menantunya serta kandungan Julia semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati semua orang dan seorang yang mentaati dan memulikan ibu bapanya nanti.
Setelah pengumuman yang dibuat oleh Julia minggu lalu mengenai dirinya sedang hamil, ramai peminat Ziela turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk kandungan Julia.
Menghargai ucapan dan doa yang baik dari semua netizen, Ziela sangat berterima kasih dan mengharapkan Allah memberi perlindungan buat anak, menantu dan bakal cucunya, baby A.
Ads
Sebelum ini, berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia dengan memuat naik foto imbasan ultrasound.
Ads
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Sumber: ig zielajalil
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alhamdulillah, Allah pinjamkan satu nyawa kecil dalam rahim isteri saya…”
Hati mana yang tak berbunga bila dapat tahu isteri hamil anak sulung? Itulah perasaan yang dialami pelakon popular, Atiq Azman, namun di sebalik kegembiraan itu, terselit juga rasa cemas yang sukar digambarkan apabila doktor pernah mengesyaki kandungan isterinya, Alia Natasha, berisiko luar rahim.
“Beberapa hari lepas hati kami diuji dengan ketakutan…” luah Atiq jujur dalam perkongsian di laman sosial miliknya.
Menurut Atiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, semuanya bermula apabila isterinya, Alia, melakukan beberapa ujian kehamilan sendiri. Ada masa keputusan menunjukkan satu garisan, ada masa samar-samar. Mana-mana pasangan yang pernah lalui fasa ini pasti faham rasa berdebar yang mereka tanggung.
“Bila isteri saya buat ujian tu, ada masa satu line, kadang-kadang samar je. Kami jadi takut, terus cepat-cepat ke klinik untuk kepastian,” kongsi Atiq yang berkahwin dengan Alia pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Namun, sebaik sahaja bertemu doktor, kegembiraan mereka seakan-akan terhenti seketika apabila doktor menyatakan ada kemungkinan kandungan itu luar rahim. Bayangkanlah, dalam hati tengah teruja bakal bergelar ibu dan ayah, tiba-tiba dihujani berita yang cukup meresahkan.
“Jujur, jiwa kami hilang arah dan hanya mampu berdoa serta berharap…” luahnya penuh emosi.
Selepas beberapa hari yang penuh debaran, Allah SWT tunjukkan kasih sayang-Nya. Pemeriksaan lanjut mengesahkan kandungan Alia berada dalam keadaan normal dan selamat di dalam rahim.
“Hari ini Allah tunjukkan kasih sayang-Nya. Alhamdulillah kandungan normal. Kami bakal jadi ibu dan ayah. Terima kasih Allah untuk satu nyawa yang kami pernah takut kehilangan sebelum sempat kami peluk,” tulis Atiq sambil berkongsi video momen indah mereka di klinik.
Dalam video yang dimuat naik itu, jelas kelihatan raut wajah syukur dan sebak Atiq yang tidak dapat menahan air mata apabila doktor mengesahkan isterinya kini benar-benar hamil dan kandungan dalam keadaan baik.
Untuk pengetahuan pembaca Pa&Ma, kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy adalah keadaan serius di mana janin melekat di luar rahim, selalunya di saluran fallopio. Ini boleh membawa komplikasi berbahaya jika tidak dirawat segera.
Tanda-tanda awal yang ibu-ibu perlu beri perhatian:
✅ Sakit perut sebelah yang kuat dan berpanjangan ✅ Pendarahan luar biasa atau spotting ✅ Rasa pening, lemah atau hampir pitam ✅ Bahu berasa sakit (tanda pendarahan dalaman serius)
Jika ada simptom-simptom ini, cepat-cepatlah ke hospital, ya ibu-ibu. Usah ambil mudah.
Pa&Ma yakin, ramai pasangan pernah melalui detik cemas sebegini, namun percayalah setiap ujian Allah itu penuh hikmah. Apa yang penting, jangan putus asa, sentiasa berdoa dan ikhtiar mendapatkan rawatan terbaik.
Buat Atiq dan isteri tersayang, Alia Natasha, tahniah diucapkan atas bakal kehadiran cahaya mata sulung. Semoga Alia terus sihat sepanjang kehamilan dan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna, insya-Allah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Degupan itu akhirnya terhenti & hilang dari pandangan. Takziah buat Amy search & isteri, semoga tabah melalui ujian ini.
Amy melalui Instagram memaparkan video ujian imbasan ke atas janin isterinya itu menunjukkkan bunyi degupan jantung janin yang tiba-tiba terhenti. Perkara ini menimbulkan kesedihan kepada Amy sekeluarga termasuk anak-anak yang lain.
Degupan itu akhir nya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka. Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA ” Aku Tersentak Langsung Tersedar Cuaca Dingin Menanda Hati Yg Kian Rawan Terbayang Seribu Kemungkinan Sejenak Ku Mendakap Kau pn Hilang, Dari Pandangan. “
Beberapa bulan yang lalu, Amy Search mengumumkan kehamilan isterinya yang ketika itu berusia 4 minggu. Semalam, kegembiraan itu tidak lagi kekal apabila dia mengkhabarkan bahawa janin dalam kandungan isterinya tidak bernyawa lagi.
Amy dan isterinya Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
PEMINAT TURUT BERSEDIH & UCAP TAKZIAH
Lagenda rock Malaysia ini mendapat ucapan takziah daripada follower & peminatnya yang turut bersedih dengan kehilangan ini.
Peminat memang sedia maklum bahawa pelakon Fasha Sandha sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga untuk perkahwinan keduanya bersama suami tercinta yang juga merupakan seorang pelakon, Aidil Aziz.
Kemesraan pasangan selebriti ini selalu menjadi tumpuan warga maya. Sikap kasih dan sayang yang dicurahkan oleh Aidil Aziz untuk isterinya memang tidak dapat disangkal lagi. Fasha juga amat menyayangi suami itu dan sering
Menerusi satu entri Instagram, Fasha ada memuat naik tentang hubungan suami isteri buat mereka berdua yang menerima ketidaksempurnaan masing-masing.
Selain itu juga, Fasha turut mengungkapkan ucapan terima kasih buat suami tercinta kerana setiap hari bercakap dengan baby dalam kandungan dan rajin mengurut kakinya yang semakin sakit.
“Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing-masing, InsyaAllah…”
“Terima kasih suami, hari-hari bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit,” tulisnya di entri tersebut.
Turut menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar urusan Fasha untuk bersalin nanti dipermudahkan.
Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat diijabkabulkan pada 30 Mac 2019. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fasha.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Tumpang gembira melihat kebahagiaan Fasha Sandha dalam melayari rumah tangga. Semoga bahagia sampai syurga dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti.
Jenis Makanan Yang Baik Untuk Diamalkan Ketika Hamil
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad beliau mencadangkan beberapa jenis makanan ini elok diambil sepanjang kehamilan sekiranya tiada apa-apa masalah kesihatan lain yang memerlukan diet tertentu.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al-Quran) dan sangat bernutrisi. Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah. Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mengimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem. Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...