Detik seorang ibu merakam video ketika menyiapkan anaknya, penuh kasih dan senyuman, tidak pernah disangka menjadi kenangan terakhir yang abadi dalam ingatan.
Dalam sebuah video TikTok berdurasi 27 saat, Amelia Kartika Mappatata terpancar rasa rindu terhadap anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi atau mesra dipanggil “Bunga.” Rakaman itu memperlihatkan momen Amelia sedang mendandan rambut Bunga pada pagi kejadian, dengan kapsyen:
“Mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi tu untuk balik ke rumah kita jumpa yayah…”
Tanpa diduga, insiden kemalangan tragis menimpa mereka selepas itu. Bunga meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, Pahang, manakala Amelia mengalami patah rusuk dan tangan. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa pemandu yang dipercayai ibu saudara Amelia dan seorang individu berusia 18 tahun.
Ads
“Mommy tak dapat mandikan Bunga buat kali terakhir, tak dapat hantar Bunga ke rumah baru. Tapi mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi tu…”
Amelia juga dilihat berkongsi video di TikTok yang menunjukkan dia bersama suami menziarahi kubur anak tercinta. Dalam kapsyen, pasangan itu menyebut pusara tersebut kini menjadi “rumah baharu” buat si kecil yang dirindui.
Nahas yang mengorbankan Chempaka serta dua lagi mangsa lain sebelum ini dilaporkan secara meluas di media. Difahamkan, ketika insiden berlaku, Chempaka bersama ibunya menaiki sebuah Perodua Myvi bersama empat individu lain dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perkahwinan di Melaka.
Bagaimanapun, di Kilometer 142, Jalan Kuantan-Seremban berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Serok, kenderaan mereka berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Besar pengorbanan dia, saya memang tak dapat nak balas jasanya. Moga Allah bagi ganjaran syurga buatnya,” kata pelakon Along Eyzendy mengulas pengorbanan isteri, Hamidah Mohd. Yatim yang mendermakan sebelah buah pinggang untuk dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pelakon berusia 42 tahun itu dan Hamidah, 37, melakukan proses pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang pada 15 April lalu dan kini masih dalam pemulihan.
“Kami masuk wad pada 10 April lalu. Pada 16 April baru saya dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU). Mungkin saya akan ditahan selama dua minggu dan isteri keluar awal sikit. Alhamdulillah, keadaan kami berdua stabil,” katanya.
Along berkata, keinginan isterinya untuk mendermakan sebelah buah pinggang bermula apabila menemaninya setiap kali menjalani pemeriksaan doktor.
“Doktor beritahu cara untuk pulihkan buah pinggang sepenuhnya ialah menerusi pemindahan buah pinggang. Dari situlah isteri kata dengan doktor, dia berminat nak buat.
“Mulanya saya terkejut juga. Dia cakap buat ujian dulu untuk tengok keserasian. Dia nak dermakan buah pinggang kanan.
“Setahun juga kami ambil masa untuk buat pemeriksaan untuk tengok hasil. Kebetulan darah kami sama jenis AB. Alhamdulillah isteri pun sihat tiada apa-apa penyakit,” katanya.
Menurut Along, proses itu sepatutnya dibuat pada Januari lalu tetapi tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
“Kos untuk proses ini saya tanggung sendiri. Namun syukurlah saya dapat sumbangan daripada kawan sekolah. Saya amat terharu dan berterima kasih kepada mereka.
“Sedikit sebanyak ia membantu juga. Harapan saya agar cepat sembuh untuk kembali bekerja bagi menampung keluarga,” katanya yang mengajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Perkahwinannya dengan Hamidah, seorang suri rumah tangga dikurniakan tiga anak. Terdahulu media melaporkan Along menghidap sakit buah pinggang kronik dan hanya 19 peratus saja berfungsi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika kita bersama pasangan terasa cabarannya membesarkan anak bersama, inikan pula terpaksa membesarkan anak bersendirian. Memang tidak mudah. Hal inilah yang dilalui oleh selebriti, Lufya Omar.
Menerusi Instagramnya, Lufya berkongsi rasa dan meluahkan kepayahannya bergelar ibu tunggal. Namun akui Lufya, dia paling beruntung kerana dibantu oleh ibu dan empat adik perempuannya yang setia membantunya menguruskan anak tunggalnya, Laana Haura yang kini berusia enam tahun.
“Haura sudah ada 6 emak. Saya, mama dan 4 adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi.
“Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakap ni. Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.
“Alhamdulillah she’s a happy kid and blessed with love 💖 #laanahaura,” tulisnya meluahkan penghargaan buat adik-beradiknya yang setia membantu.
Malah kata Lufya lagi, lebih mencabar bila mana anaknya, Haura pernah berdepan masalah speech delay serta hyperactive suatu ketika dahulu.
Namun kini dia bersyukur berkat pertolongan semua dan kegigihannya memulihkan anak kesayangannya itu, Haura kini jauh berubah dan menjadi anak yang ceria dan suka tersenyum.
“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka), speech delay, dan hyperactive dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong.
“Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ini kepada umum,” kongsinya meluah rasa.
Malah Lufya juga turut memohon orang ramai untuk terus menyokong wanita bergelar ibu tunggal. Jangan sekali-kali melemahkan semangat mereka tetapi berilah semangat dan kata-kata yang positif untuk membesarkan anak.
“Tapi apa Fya nak share ni sebenarnya walaupun kita ini Ibu Tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga.
“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka.
“Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan “bangkit” lebih baik dari yang dulu.
“Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yang mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga. Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting.
“Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak, kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita jadi begini kan?.
“Berikanlah sokongan kepada ibu-ibu ini untuk bangkit meneruskan kehidupan. Mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan. Wallahuaklam,” luahnya lagi.
Masalah ketumbuhan pada rahim seperti cyst atau fibroid sering kita dengari dalam kalangan wanita. Bahkan menurut doktor, ia ada pada setiap wanita cuma aktif atau tidak. Menurut sebuah perkongsian dari pemilik akaun Facebook Eyza Zakiey, dia menceritakan tentang masalah cyst yang dia alami.
Kata Eyza, dia tidak pernah mengalami senggugut teruk ketika datang haid. Kitaran haidnya juga teratur cantik. Juga pernah menjalani imbasan, tetapi cyst tidak kelihatan. Sehinggalah minggu lepas, wanita ini terasa sakit badan seperti dimasuki angin. Dia juga hampir pitam. Untuk mengatasi masalah itu, Eyza mengupah tukang urut. Ketika diurut, dia diberitahu seperti ada ketulan pada bahagian rahimnya. Tidak berani untuk meneruskan sesi bertungku, tukang urut tersebut menasihatkan Eyza untuk berjumpa pakar.
Ketika menjalani imbasan, di dapati terdapat dua ketul ketumbuhan. Minggu lepas ketika diimbas, saiznya 5.7sm dan 2.8sm. Ia membesar dengan cepat kerana minggu ini didapati saiznya meningkat kepada 9.7sm dan 5.7sm. Pakar mengarahkan agar Eyza menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut kerana saiz yang besar dan turut berambut.
Ikuti cerita Eyza:
Ramai sgt wasap masuk,pm masuk tnya kenapa kak eyza admit??kenapa kak eyza oprte??smpai xtrbalas wasap..
ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan?? kak eyza xpenah rasa sakit pun sblum ni period mai mcm biasa xpenah sengugut penah scan bulan 12..2018 tp xda lagi benda alah ni.xtau kot xnmpk lagi ka mcm mna kan..
tpi mnggu lepas kak eyza rasa mcm sakit badan ingat angin,smpai nk pitam..amik tukang urut..akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh kak eyza scan..dia xbrani nk tungku..
mlm tu jgk kak eyza scan..betui ada ketui(dua pulak tu) mnggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm mnggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm
akhirnya jumpa pakar kmc..teruih kena oprte secepat mungkin..sb cyst yg besaq tu mcm ada sesuatu siap ada rambut..
doc bgitau benda ni ada dekat smua perempuan cuma active dengan dak ja salah satu punca sb kak eyza suka sgt makan fast food,mcd kfc,seafood,soya..makan dlm tin..
besaq tau oprte mcm beranak malah..kali ni lagi teruk dari beranak sakit tuhan ja yg tau… harini pun kak eyza dok sakit sakit bangun ja nk pitam..dengan angin serang dlm perut??sakit…
dan skng kak eyza tengah berpantang mcm org beranak… doakn kak eyza mana tau lepas buang ni boleh pregnant lagi..
Allah sebaik2 perancang.. doakan kak eyza cepat sembuh..
ingat jgn mkn ayam byk sgt sb ayam cucuk,jgn mkn fastfood sgt…tauhu pun cpt activekan dia…soya pun jgn…
bole share dgn kak eyza x apa lagi kena pantang?
Seperti yang dinasihatkan pakar, pengambilan makanan proses atau makanan segera tidak digalakkan. Ia memudahkan kerja memasak tetapi memberi impak kepada kesihatan kita. Sebaiknya jika anda mengalami masalah senggugut teruk mahupun kitaran haid tidak teratur, sebaiknya rujuklah masalah kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.