Lain anak, lain pula ragamnya kan? Begitulah yang dikongsi oleh pelakon cantik manis, Ozlynn Wati apabila bercerita tentang perangai anak-anaknya.
Bercerita tentang anak kelimanya, Moleiq Hanania yang kini berusia 4 tahun, Ozlynn mengakui Moleiq seorang anak yang sangat rajin dalam membantu membuat kerja rumah.
Ada suatu ketika Moleiq menangis jika kerja yang ingin dilakukanya sudah diselesaikan oleh orang lain. Malah si kecil pipi gebu ini juga lebih memilih membuat kerja rumah berbanding memilih barang permainan.
Ads
“Moleiq ni ada satu perangai yang kadang susah betul nak baca.”
“lepastu sejenis yang kalau dia nak makna dia nak.. contoh basuh pinggan.. kalau dia cakap, dia nak tolong.. dia akan tolong.. tapi kalau kita dah terbasuh pinggan tu.. dia akan melalak.”
“Sebab dia cakap tu kerja dia.. tak dapat toys pon takpe.. dia takkan melalak.. tapi kalau tak dapat buat kerja.. mesti melalak.”
Ads
Tambah ibu kepada 6 cahaya mata ini, anak kelimanya ini memang dari kecil suka membuat kerja-kerja rumah.
“Lipat baju ke angkat baju ke, memang dari kecik.. dia dengan haziq memang ada perangai nih. Haziq pon pandai masak tau, Haziq baru 9tahun. Suka tolong dekat dapur.”
Ads
“Kalau papa dia nak makan ramen dengan cheese.. memang dia la yang masak semua.. tak ada siapa tolog pon.. rasa perangai Moleiq ni memang ikut abg Haziq..kuat makan pun sama”
Ozlyn dan Johan Raja Lawak dikurniakan 6 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq
Terus rasa kurang berselera untuk menyuap bila terasa kapur dalam mi goreng. Mi kuning dengan rasa kapur yang kuat buat mi jadi tak sempurna.
Macam mana nak hilangkan rasa kapur ni? Pengguna Tik Tok @aliabangs berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom ikuti perkongsiannya.
1. Leraikan mi kuning dalam bekas.
2. Masukkan air. Tak kisah air suam atau air biasa.
3. Masukkan sedikit gula putih atau gula perang. Kacau sekejap biar rata.
Ibu antara golongan yang selalu mengadu stress kerana terlalu penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak dan kerja di pejabat.
Tak dinafikan pelbagai bebanan yang dilalui dalam kehidupan seharian yang serba pantas menjadikan ibu antara golongan yang mudah mendapat penyakit.
Paras stress yang keterlaluan boleh menyebabkan tekanan mental, emosi dan fizikal seterusnya mencetuskan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya hingga boleh membawa kematian.
Pakar Perbidanan & Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat berkongsikan cara-cara menangani stress dan yang best nya boleh awet sihat sekali.
AWET SIHAT. KAWAL STRESS
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress
1. TAWAKAL.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA.
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR.
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH.
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah, di kalangan keluarga dan di tempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF.
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.
6. TIDAK DENDAM.
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM dan kawal perasaan untuk membalas.
7. MAKAN UBAT.
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. BUAT AKTIVITI BERKEBUN.
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. BERZIKIR & BERSELAWAT.
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING.
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA.
Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. InshaAllah, kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang soleh dan solehah impian ibu bapa. Didikan sempurna sewaktu kecil akan menjadi bekalan untuk mereka berjaya di dunia dan akhirat. Cuma dalam keadaan hari ini kita sebagai ibu bapa adakalanya terleka.
Masing-masing sibuk dengan komitmen sehingga anak-anak rindu pelukan dan kata-kata sayang dari ibu bapannya. Bagi memastikan semuanya lancar, ibu bapa harus memastikan amalan ini perlu dibuat untuk anak-anak sentiasa dalam jagaan Allah dan membesar penuh kasih sayang.
Ni sharing dari Ustazah Asma’ Harun. Ustazah kata, dia buat hari-hari kat setiap anak-anak beliau. Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.
Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur.
Ye lah. Kita ni sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak-anak.
Caranya pulak memang senang je kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni;
1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.
Apa-apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu ibu diluar sana ya. Boleh jugak tag ibu-ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...