Perubahan hormon yang dialami semasa kehamilan, secara tidak langsung turut memberi kesan kepada emosi si ibu hamil. Gangguan emosi yang dialami membuatkan ibu mudah marah.
Berdasarkan pemerhatian, ibu hamil lekas marah semasa berada di trimester pertama. Jangan begitu. Emosi perlu dikawal dengan sebaik-baiknya.
Hal ini kerana emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi di dalam kandungan.Seperti yang ramai sedia maklum, bayi di dalam berupaya ‘merasai’ dunia luarnya melalui si ibu.
Menurut kajian, emosi ibu hamil yang tidak stabil akan membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Akibatnya, ia boleh menimbulkan tekanan kepada bayi.
Berikut adalah kesan yang boleh dialami oleh bayi jika anda selaku ibu hamil tidak berjaya mengawal emosi marah:
# Kelahiran pramatang
Terdapat satu kajian yang mendapati satu daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan sewaktu mengandung akan melahirkan bayi sebelum cukup usianya.
Apabila dilahirkan tidak cukup bulan, bayi pramatang boleh terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti penyakit yang berkaitan paru-paru, pertumbuhan lambat dan paling membimbangkan boleh membawa maut.
Ads
# Aliran darah kepada janin terganggu
Apabila marah, tekanan darah anak naik. Begitu juga dengan degupan jantung. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim.
Jika tekanan terlalu kuat, tumbesaran bayi yang terjejas boleh menyebabkan punca keguguran.
# Berat badan bayi rendah
Berat lahir normal di antara 3kg hingga 3.5 kg. Manakala berat yang rendah pula adalah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.
Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko si ibu melahirkan bayi hiperaktif.
Ads
# Bayi kuat meragam
Sekiranya kerap kali mengalami masalah emosi tidak stabil, bayi yang bakal dilahirkan lebih mudah meragam. Corak tidurnya mungkin boleh terganggu selepas dilahirkan kelak. Corak negatif ini bakal meningkat apabila bayi menjangkau usia dua hingga empat bulan.
Kawal Emosi Marah, Jangan Ikutkan Perasaan!
Anda pasti tidak mahu kesan-kesan yang dinyatakan ini terjadi kepada bayi bukan? Oleh yang demikian, anda perlu bijak dalam mengatur kehidupan dan mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang menimbulkan tekanan kepada diri.
Jangan biarkan gangguan itu mengganggu emosi anda sehingga menjejaskan kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Lakukan perkara berikut yang ternyata dapat membantu pengawalan emosi:
Bersenam
Aktiviti senaman akan merangsang tubuh melepaskan hormon endorfin yang boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira. Antara senaman yang elok dilakukan oleh ibu hamil ialah berenang.
Ads
Bersantai & Relaks
Luangkan masa dengan menonton wayang, mendengar lagu kegemaran ataupun menjalani terapi di spa.
Dapatkan makanan yang boleh memberikan rasa gembira kepada anda. Contohnya ais krim atau coklat. Sekurang-kurangnya dengan mengambil makanan berkenaan, anda akan berasa lebih lega dan kembali tenang.
Tidur secukupnya
Masalah kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan anda mudah tertekan dan cepat marah. Jadi, tidur lebih awal pada malam hari agar anda dapat bangun keesokan harinya dengan rasa lapang dada.
Sebaiknya jangan berjaga sehingga lewat malam kerana ia akan membuatkan anda menjadi letih. Untuk lebih tenang, minum susu dan gunakan haruman aromaterapi dalam bilik tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Punya sejarah kencing manis kehamilan terdahulu pastinya satu yang mengerikan. Bimbang ia akan berlaku lagi untuk kehamilan kedua , ketiga dan seterusnya. Mungkin ada yang sampai fobia untuk hamil lagi. Jangan bimbang mama ini nasihat daripada pakar.
Saya mengalami masalah kencing manis ketika kehamilan terdahulu. Adakah ia boleh berlaku pada kehamilan saya yang seterusnya? Saya dan suami merancang untuk hamil anak kedua dalam tahun ini dan berharap masalah kencing manis tidak menghantui lagi.
Suria – Semenyih, Selangor
Langkah pertama saya menyarankan puan membuat pemeriksaan perubatan untuk memastikan tahap glukos dalam darah berada di paras normal dan bukannya di dalam kategori kencing manis atau diabetes.
Sekiranya keputusan darah puan termasuk di dalam kategori pesakit kencing manis (diabetes mellitus), puan hendaklah bertemu dengan doktor dan mengawal tahap glukos sebelum cuba untuk hamil. Ini adalah kerana tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal dikaitkan dengan kecacatan kepada bayi seperti penyakit jantung kongenital.
Jika keputusan darah didapati normal, puan bolehlah cuba untuk hamil sekali lagi. Walau bagaimana pun, ketika hamil, hormon kehamilan boleh menyebabkan paras glukos di dalam tubuh meningkat lebih tinggi daripada biasa. Keadaan ini dinamakan sebagai gestational diabetes yang hanya berlaku ketika hamil dan ‘hilang’ selepas bayi dilahirkan.Bagi ibu hamil yang mengalami diabetes, terdapat beberapa rutin dan risiko yang perlu dihadapi.
Membuat lawatan ke klinik antenatal dengan lebih kerap.
Temu janji dengan doktor perbidanan.
Pemeriksaan darah lebih kerap.
Temu janji dengan pakar makanan.
Pengawalan makanan dan minuman.
Kelahiran secara induksi jika perlu.
Bayi bersaiz besar ketika lahir atau macrosomia.
Masalah bayi yang meninggal dalam kandungan secara tiba-tiba.
Oleh itu, saya menyarankan puan untuk mula mengawal pengambilan makanan dan melakukan senaman sebelum hamil. Glukos berasal dari gula yang ditambah ke dalam makanan, minuman serta sumber makanan berkarbohidrat. Kurangkan pengambilan gula sama ada dalam makanan atau minuman. Pilih atau tukar kepada air tanpa gula.
Saya pernah menasihatkan perkara ini kepada seorang pesakit dan beliau menjawab bahawa tidak boleh hidup tanpa minum air bergula. Hal ini kerana gula boleh membawa kepada ‘ketagihan’. Apabila cuba mengurangkan kadar gula, kadang kala diri jadi lemah, mengantuk, marah, beremosi dan lain-lain. Ia memerlukan kekuatan mental untuk melakukannya!
Elakkan mengambil makanan karbohidrat ringkas secara sederhana. Sebaiknya gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti nasi beras perang, roti mil penuh atau bijirin penuh. Buah-buahan yang manis juga diambil secara sederhana manakala sayur-sayuran berdaun boleh dimakan sepuas-puasnya!
Senaman juga penting untuk membina otot untuk membakar glukosa dan membolehkan puan mencapai berat badan yang baik sebelum hamil. Sejarah kencing manis di dalam keluarga adalah satu risiko untuk mendapat kencing manis ketika hamil. Kesimpulannya, lakukan pengawalan pemakanan dan penjagaan kesihatan serta bersenam sejak sebelum hamil. Saya berharap kehamilan puan dipermudahkan kali ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal ibu yang hamil biasanya teringin untuk menikmati pelbagai makanan. Begitu juga dengan isteri penyanyi rap, Yonnyboii yang begitu teringin untuk menikmati kuih akok.
Menerusi satu laporan Harian Metro, Yonnyboii berkongsi isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.
Malah kata Yonny lagi, bukan mudah untuk menunaikan hasrat isterinya itu kerana dia mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.
“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan. Jika dahulu dia tidak boleh makan mahupun minum kini dia bersyukur melihat perkembangan baik isterinya.
“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan.
“Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.
“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya.
“Alhamdulillah” itulah kata-kata yang diucapkan saat berita kehamilan disampaikan oleh Dr. Halina. Hasrat Dr Sheikh Muszaphar Shukor ingin menambah cahaya mata yang dikongsi dalam webinar Mama Tak Penat Susukan Anak Pa&Ma pada tahun lepas akhirnya termakbul jua pada tahun ini.
Angkasawan pertama negara itu berkongsi berita gembira tersebut melalui sebuah video yang dikongsi di laman instagramnya.
Gelagat anak-anak yang comel mencuri tumpuan ramai. Terlihat mereka tidak sabar untuk menantikan kehadiran adik baru mereka.
Namun gelagat Emelia yang paling mencuri tumpuan kerana kelihatan seperti dia ingin menjadi anak bongsu buat selamanya.
Dr Sheikh bersyukur dan memberitahu kesemua ahli keluarga mereka sangat teruja. Dia turut berdoa agar segalanya dipermudahkan.
“Whispering the good News, Alhamdulillah. Syukur sangat. Everyone is excited”
Semoga dipermudahkan. Amiinn …Salam Jumaat Everyone. Love As Always”
Di akhir video, Dr Sheikh sempat berkongsi kedudukan janin dan dengupan jantung janin. Kelihatan semuanya dalam keadaan baik dan normal.
Rata-rata rakan selebriti dan warga maya tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga ini. Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 32 ribu selepas 1 jam dimuatnaik ke akaun Instagramnya.
hadiah_ayu emelia x nak dengar 😂 nak stay bongsu kot
rumah_kita_gaji_kita الله الله الله… ألحمد لله…. Another cutie pie coming… congratulations
nyss_annyss Alhamdulillah, congrats Dr Sheikh & Dr Halina 😍 Emelia is soo cute, she want to stay as the last one 😂
hadymirzapasha Another addition to the family is on the way maybe… if yes congratulations & may Allah ease everything 😀
Dr Sheikh Muszaphar, 50 tahun, dan Dr Halina, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11 tahun, Sophea Natasha, 9 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia 5 tahun dan si kembar Eusof dan Emelia, 2 tahun.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.